Followers

Monday, March 18, 2013

Kalau di Sulu ada Raja 'Jamalul Kiram', di Malaysia ada Raja 'Belit Walauta'! Nak tahu siapa?

Orang tua ini memang 'bijak', bijak merekacipta alasan. Selagi mulut dia boleh bercakap dia akan terus mencipta alasan untuk menutup bekas-bekas busuk dari apa yang pernah dia lakukan. Namun nak mengaku salah, minta ampun lah!

Dia akan terus cipta alasan walaupun dia sedar orang mungkin boleh baca bahawa kata-kata alasan yang terbit dari mulut dia itu macam atau 'sah' BOHONG!

Habis kalau dulu mereka itu konon akan memberontak, apakah hari ini penduduk kampung yang Mahathir cadang hapuskan  itu semuanya tunggul kayu? Mereka akan tengok sambil gelak-gelak aja lah apabila kampung mereka dihapuskan?

Kampung Air yang diduduki rakyat marhaen akan menyebabkan pencemaranlah konon! Habis itu Kilang Lynas di Gebeng Kuantan tidak menyebabkan pencemaran kalau salah urus atau berlaku kemalangan? Hak rakyat miskin nampak sangat pencemarannya, hak para cukong kroni tak membawa pencemaran pulak!

Ooo...kampng air yang diduduki rakyat marhaen boleh menyebabkan pencerobohan asing! Cheh...yang bagi IC  kepada pendatang asing itu tidak pulak boleh menyebabkan penecerobohan asing? 

Padahnya Sabah berada dalam bahaya sekarang, kerana boleh berlaku perang gerila pada bila-bila masa!

Kepada orang tua itu, sudah-sudahlah merapu dan merepek apatah lagi berbohong! Elok benarlah duduk diam-diam main dengan cucu! Kalau malas sangat, sekali sekala pergilah ke masjid!

Dipertik dari Malaysiakini:



Masa itu takut mereka memberontak, kata Dr M


Ahmad Fadli KC   18 Mac 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah sewaktu mengetuai pentadbiran sebagai perdana menteri kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.


Bagaimanapun keadaan senario semasa yang berbeza di Sabah pada masa ini mewajarkan perkampungan berkenaan dihapuskan, katanya.

"Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga.

"Kita tak mahulah ada banyak masalah tanpa ada sebab. Tetapi, kali ini kita dapati mereka terbuka kepada kemasukan orang asing tanpa diketahui oleh pegawai-pegawai," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu susulan gesannya pada hari Khamis lalu agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu itu.


Mahathir memberi alasan, ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing selain menyumbang kepada pencemaran.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.


No comments: