Followers

Wednesday, March 27, 2013

KAHKAHKAHKAHKAH....perasan...perasan!


Payah jugak jadi orang perasan ni.  'Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka....' Cheaaarrr!  Konon ada beberapa ulamak Pas yang cadang bertanding di Shah Alam! Adoi ......entah ya ke tidak tak tahu! Mungkin Abdullah Saamah kot?

Kahkahkahkahkah....pakcik ambik cermin muka ni dulu nah!

Dipetik dari sinar harian.

Hassan Ali: Saya kaji semua syor termasuk tanding di Shah Alam

WARTAWAN SINAR HARIAN

27 MAC 2013

HAMPIR setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan sam ada saya bertanding dalam PRU ke-13 dan kalau bertanding di mana dan atas tiket apa.

Pertanyaan sedemikian bukan sahaja datangnya daripada pengamal media tetapi juga dari kalangan ahli-ahli politik BN dan Pakatan Rakyat serta sahabat-sahabat dan orang ramai yang ingin mengetahui arah tuju kerjaya politik saya.

Saya tersentuh dengan darjah kepedulian mereka yang terlibat.

Barulah saya memahami sebenarnya nilai politik seseorang daripada kaca mata mereka yang sering mengikuti perkembangan politik tanah air.

Sebenarnya banyak cadangan dikemukakan kepada saya khususnya mereka yang ingin melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada negeri dan negara yang selama ini dilihat bahawa saya berkecenderungan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Sebahagiannya mencadangkan saya bertanding di peringkat negeri dan tidak kurang pula yang ingin melihat saya berada di peringkat Parlimen seperti yang pernah saya lakukan dalam PRU ke-10. Bahkan terdapat gesaan supaya saya mengekalkan kerusi Dun Gombak Setia.

Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama Pas sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun di kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu.

Sehingga ini saya belum membuat keputusan akhir mengenai cadangan-cadangan yang di terima termasuk perancangan pilihan saya sendiri.

Saya sedang meneliti situasi dan persekitaran politik sam ada negeri atau nasional. Di samping itu saya lebih selesa memilih pendekatan untuk terus mengalu-alukan input daripada berbagai pihak untuk membolehkan saya menjuruskan langkah akhir yang sepatutnya saya ambil dalam karier politik saya.

Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui Jati yang saya diminta menerajuinya.

Apa pun yang penting bagi saya bukan negeri atau Parlimen atau sama ada bertanding atau pun tidak.

Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan institusi raja.

Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang.

Mengenai parti atau lambang apa saya harus gunakan, perkara ini pun saya menerima banyak cadangan.

Saya masih meneliti kebaikan keburukan bukan sahaja mengenai diri saya yang terlibat secara langsung malah berkait rapat dengan anggota keluarga, sahabat handai, rakan seperjuangan dan seluruh anggota masyarakat.

Diharap penjelasan ini dapat meredakan sedikit keinginan yang melonjak di kalangan mereka yang begitu prihatin untuk bersama-sama melihat kejayaan politik saya dan mesej IMR yang saya perjuangkan.

Seperti biasa sebagai insan yang kerdil mungkin saya hanya dapat merangka, merancang dan melaksanakan apa juga bakal keputusan yang dibuat tetapi seperti kelaziman seorang Muslim saya menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan ALLAH SWT.

No comments: