Followers

Sunday, March 03, 2013

Jangan lembik, selesaikan segera pencerobohan di Sabah!

Semakin hari apa yang berlaku di Lahad Datu yang telah berjangkit ke Semporna Sabah sangat mendukacita dan merisaukan. Satu demi satu anggota keselamatan dilaporkan terkorban. Walaupun jumlah terkorban itu mungkin sedikit daripada jumlah musuh yang terkorban namun ianya terap amat merisaukan. 

Isunya mengapa kejadian seumpama ini boleh berlaku? Dan berapa lama lagikah ianya akan berlaku? Pemikiran rakyat tempatan mungkin berlegar-legar dengan persoalan sedemikian. Salahkah rakyat risau dan menterjemahkan pelbagai khabar angin jika kerajaan Umno/Bn sendiri tidak telus dalam menyelesaikan kemelut pencerobohan di Sabah ini?

Tindakan yang lembik kerajaan Umno/Bn menjadikan penceroboh lebih tegar untuk tidak keluar dari bumi negara. Bagaimanakah nasib rakyat tempatan Sabah dan rakyat Malaysia dari semenanjung yang bertugas di Sabah jika sekiranya para penceroboh yang tidak mampu dikawal terus bergerila dalam negeri Sabah? Na'uzubillah!

Amatlah malang dan dajal sekali jika sekiranya 'konspirasi politik tertinggi' bermain-main dengan perkara seumpama ini. Semoga ianya tidak! 

Kita amat bimbang kalau-kalau apa yang berlaku di Sabah ini  adalah bahana daripada aktiviti 'penganugerahan IC' demi kepentingan politik rakus yang berlaku beberapa ketika dahulu di Sabah. Kalau benar ianya berpunca dari 'penganugerahan' ini maka benarlah kata-kata pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pihak yang menganugerahkan IC kepada warga asing demi politik haramjadah mereka, adalah pengkhianat kepada keselamatan negara, maka inilah kebenaran dan kesahihan dakwaan tersebut!

Kita tidak kira bagaimana sukar sekali pun isu ini nak diselesaikan, ianya perlu diselesaikan SEGERA tanpa melibatkan lagi nyawa anggota pasukan keselamatan secara sia-sia, apatah lagi nyawa rakyat jelata! Kerajaan Umno/Bn perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ini, kerana perkara ini boleh di atasi dari awal lagi bukan membiarkan ianya berlanjutan seperti sekarang!

No comments: