Followers

Thursday, March 07, 2013

Fuhh...kenapalah tanya dia ni pasal sejarah? Nasib baik...

Masih teringat lagi aku, kerana Mat Indera punya hal, tiba-tiba ada seorang konon tokoh sejarah mengatakan "Malaysia tak pernah dijajah!". 

Kali ini berderau jugak darah aku, bimbangg...zaman Anwar Ibrahim punya hal ni, di'fatwa'-kannya  Sabah bukan hak Malaysia! Nasib baik tidak!!

Walaupun apapun, eloknya jangan bagilah dia ni bercakap banyak pasal sejarah, dibimbangi 'haru-biru' habis sejarah negara....dah lah sejarah negara banyak biru! Iyyaa!! Pemberita pun satu hal, tak ada orang lain ke nak tanya ?



Dipetik dari Sinarharian:

Sabah hak Malaysia, kata pakar sejarah



Haslina Kamaludin



7 Mac 2013




SHAH ALAM - Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia.

Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold.

"Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai," katanya semalam.


Ketika ditanya mengenai asal-usul Sabah, Zainal berkata, mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu.

"Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.

"Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga Perang Dunia ke-II," katanya.
Katanya, Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu.

"Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada tanah Melayu. Tetapi, setahun selepas itu, Filipina, menerusi pimpinan Macapagal, menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei.

Tambahnya, selepas daripada itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.

"Bertarikh 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi.

"Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi," katanya.

Jelasnya, walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sabah-hak-malaysia-kata-pakar-sejarah-1.137367

No comments: