Followers

Saturday, March 16, 2013

Fitnah Liwat 3: Harakahdaily buat kerja yang 'tidak manis'!

Video fitnah 'liwat 3' nampaknya sudah mula bertaburan di internet. Ini menggambarkan pihak Umno/Bn tidak akan berhenti  membuat kerja-kerja terkutuk untuk memfitnah musuh politik utama mereka ia itu Anwar Ibrahim. Umno tidak peduli lagi akan keaiban dan maruah orang lain, yang penting mereka mendakwa faedah daripada fitnah yang mereka taburkan.

Namun  begitu kita tidak pelik kalau yang menaburkan fitnah ini adalah blog-blog atau media Umno/Bn kerana mereka bukan sangat ambil kisah soal dosa dan pahala. Kalau ianya disebarkan oleh blog-blog individupun aku tak kisah sangat kerana apalah sangat pertanggungjawab mereka terhadap sesiapa! Tetapi sebagai ahli PAS di peringkat bawahan ini, aku agak kecewa dan ralat mengapa Harakahdaily juga turut mempromosikan fitnah terkutuk ini? Apakah ini cara yang Islam ajar untuk kita membela mangsa fitnah? 

Aku tetap berpendapat bahawa sama ada di saat-saat hampir PRU atau di kala masih jauh dengan PRU, sebagai media rasmi parti adalah tidak wajar Harakahdaily mengambil langkah seperti blog-blog Umno atau blog-blog persendirian yang lain dengan turut 'mempromosikan fitnah' yang seumpama ini. 

Atau agaknya sudah ada fatwa terbaru dalam Islam bahawa boleh mempercayai sesuatu isu yang mengaibkan seumpama ini hanya dengan penyebaran gambar-gambar melalui video dan media tayangan yang lain?

Kaedah Islam tetap perlu digunakan untuk menyelesaikan apa sahaja masalah mengenai maruah dan keaiban  seseorang. Jangan main siar semberono begitu sahaja. Bagi aku dalam fitnah liwat 3 ini, Harakahdaily telah membuat satu kerja yang 'kurang manis' sebenarnya!

No comments: