Followers

Saturday, March 02, 2013

Dahsyat..... senyap-senyap bakal graduan pendidikan dah main kasar!


Di sana sini kian riuh kedengaran rungutan bakal guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPGM dan IPTA. Mereka yang berjumlah mencecah lebih 10,000 sedang berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu. Macam-macam boleh berlaku kepada mereka sekarang rungut mereka! (Maklumat di gambar entah iya..entah tidak!)

Sehingga kini posting belum pasti. Kalau pun dihantar bertugas ke sekolah-sekolah untuk hanya mungkin sekadar menjadi 'guru ganti' dengan istilah yang cukup canggih - guru interim! Maka mungkin akan dibayarlah upah mereka berdasarkan kadar kelulusan SPM!

Aku bertanya kepada mereka, kenapa jadi macam ini - haru biru sekali ni, dulu-dulu tak macam ni, hijau damai je?

Antara yang memberi menjawab, yang entah betul, entah tidak, tapi nampak logik dan munasabah ialah kerajaan Umno/Bn 'tak ada duit nak bayar gaji' kerana sibuk dengan kempen pilihanraya? Duit yang tinggal hanya sedikit peruntukan untuk bayar upah guru ganti, peruntukan lain yellek?

Wah...tahu-tahu je budak-budak ni! Iya ke ni? 

Iyalah... mereka ini adalah anak-anak muda yang pintar dan cerdik. Mereka mudah dan tahu bagaimana akses kepada pelbagai maklumat. Maka itu tak pelik kalau mereka dapat maklumat yang berbagai-bagai dan kebarangkalian maklumat yang mereka terima mungkin benar!

Kalau benarlah semua dakwaan anak-anak muda bakal guru ini...kalau benar.... aku lantas bertanya beberapa orang antara mereka, "so apa yang kamu lakukan untuk mengatasi masalah ini sekarang?"

Jawab mereka, hah engkau, "Pakcik, nampaknya selagi tak tukar kerajaan Umno/Bn yang ada ini, rasanya nasib kami para graduan terutama graduan pendidikan akan terus kabur pakcik - gelap masa depan kami! Sehingga ke hari ini, tak ada yang pasti pun mengenai masa depan kami dari kerajaan Umno/Bn!" .

"Jadinya?" tanya aku

"Jadinya ubahlah pakcik, apa lagi!?. Kami tak yakin nasib kami akan dilayan secara munasabah kalau Umno/Bn menang sekali pun. Rasanya sudah sampai masanya kami perlu mengadu pula nasib kami kepada kerajaan baru Malaysia yang bukan Umno/Bn - terpaksa pakcik demi masa depan kami!".

Wah kata ku...mamposlah Umno/Bn kali ni!!!! 

10,000 lebih graduan pendidikan akan bertindak 'menghumban' Umno sebelum Umno 'menghumban' mereka! Ini bukan lagi transformasi pendidikan tapi dah jadi revolusi!!

Bagi aku tindakan anak-anak muda graduan pendidikan ini amat tepat dan pintar! Tindakan sekarang ialah A.B.U atau A.B.C.D = Asal Bukan Cap Dacing!!! Campak je dacing berkarat ke laut baru nampak masa depan!

No comments: