Followers

Friday, March 22, 2013

Cerdik ke boddoor dia ni? Macang boddoor!

Kerajaan sementara taik apanya kalau macam-macam peruntukan besar-besar boleh diluluskan lagi untuk kepentingan dan kemenangan parti sendiri? Macam-macam projek segera dilaksanakan untuk meraih undi agar rakyat terus bodoh-bodoh undi BN! Apabila dikata Najib tidak beretika dan tidak boleh meluluskan lagi pelabagi projek, konon hal itu tak berbangkit! 

Tak berbangkit apanya curah duit dan peruntukan sana-sini! Duit Najik sendiri ke semua projek-projek itu? Taik lah kalau duit sendiri! Rosmah bini pun cincin orang bagi!

Kalau nak memperbodohkan rakyat dengan mengelirukan konsep sebenar 'caretaker government, tak payahlah memberi hujah secara bodoh! Alahai....rakyat tidak semuanya  bodoh seperti yang Umno sangkakan!

Dah lebih 5 tahun kerajaan Umno/Bn, Najib dan kabinet wajib letak sahaja jawatan dan berkempenlah PRU 13 ini dengan memakai gelaran Presiden Umno/Bn bukan sebagai Perdana Menteri, barulah cantik!!

Kalau tidak, para cai Umno/Bn jangan nak mengulas bodoh mengenai "care taker government" kerana terserlah benar kebodohannya macam Idris Haron tu.

Petikan akhbar dari akhbatr Sinar:



Pakatan ‘meroyan’ mahu laksana kerajaan sementara, kata BN

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

21 Mac 2013.

SHAH ALAM - Desakan pembangkang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan sebuah kerajaan sementara dibidas pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah sudah menghidu nasib yang bakal menimpa mereka sehinggakan mahu Najib menubuhkan sesuatu yang sememangnya sudah dilaksanakan kerajaan sejak sekian lama.

"Kerajaan sementara ini sudah lama kita laksanakan. Apabila bubar sahaja Parlimen, maka kerajaan yang memerintah, adalah kerajaan sementara.

"Pembangkang ini sebenarnya sudah 'meroyan'. Mereka rasanya berada dalam ketakutan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika mengulas desakan daripada PR yang mahu Najib bersetuju dengan kerajaan sementara memandangkan mandat semasa kerajaan Persekutuan yang diterajui BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.

PR mendakwa Najib kini sudah tiada status etika dan beliau tidak boleh meluluskan apa-apa projek atau dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi.

Mengulas hal itu, Idris yang juga ahli  Majlis Tertinggi Umno berkata, ia sebenarnya tidak berbangkit sama sekali.

Beliau kemudian menyifatkan pembangkang punya muslihat di sebalik pelbagai desakan mereka.

"Apabila mereka minta macam-macam ini dan kita tidak laksanakan, mereka akan meletakkan seolah-olah kita ini tidak telus dalam pilihan raya," ujar Idris.

Kerajaan sementara adalah istilah yang digunakan kepada pentadbiran sementara selepas Dewan dibubarkan.

"'Caretaker government' atau kerajaan sementara ini akan menguruskan negara sehinggalah terbentuk kerajaan yang baru selepas pilihan raya.

Kerajaan sementara ini sebenarnya terdiri daripada mereka yang telah dipilih dalam pilihan raya penggal sebelumnya.

Namun wujud perbezaan dalam mengendalikan kerajaan sementara ini.

Walaupun kerajaan sementara ini bertanggungjawab memastikan urusan biasa kerajaan tidak terhenti begitu sahaja, namun ia tertakluk di bawah peraturan tertentu kerana lazimnya kerajaan sementara ini terdiri daripada pimpinan parti yang turut sama bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.

Muncul dakwaan bahawa kerajaan sementara ini cenderung bertindak menyalahi falsafah dan amalan demokrasi.

Mengulas perkara ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk S.K Devamany berkata, pimpinan kerajaan tertakluk kepada perlembagaan tertinggi dan tidak akan mengkhianatinya.

"Datuk Seri Najib adalah perdana menteri dan sistem demokrasi telah pun matang dibentuk dan kita ada sistem kehakiman dan perundangan, tiga cabang demokrasi.

"Kalau berlaku pilihan raya, beliau tahu sama ada perlu bentuk kerajaan sementara atau peruntukan yang lain. Jadi semua ini tak perlulah dapat nasihat daripada Pakatan Rakyat," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Beliau kemudian mengingatkan perikatan pembangkang supaya tidak menggesa kerajaan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan kekeliruan awam.

"Sebagai perdana menteri, Najib tahu bagaimana hendak kendalikan kerajaan.

"Ini semua tidak harus dilakukan. Tambahan lagi dalam keadaan negara kita berhadapan dengan ancaman negara luar. Macam Lahad Datu dan sebagainya," tegasnya.

Selain kerajaan sementara, PR baru-baru ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari di samping mengarahkan media memberi ruang sama rata kepada parti yang bertanding.

Mereka juga menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

SPR juga harus memberi jaminan kakitangannya melaksanakan tugas secara profesional.

Pilihan raya menurut PR harus dijalankan di atas padang yang sama rata barulah ia akan menjadi kebanggaan negara.

No comments: