Followers

Sunday, March 17, 2013

Bacalah apa yang pemimpin parti mamak bendahara tua akan kata apabila mereka ...

Idea mereka, perancangan mereka, arahan mereka, namun apabila tersepit....mulut busuk mereka akan berkata,"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain,"....

Nampak? 

Akhirnya dengan putar-belit dan kuasa yang ada, yang bakal dipersalahkan pegawai jugak (maksudnya pagawai kerajaanlah tu)!! Namun nak mengaku kepimpinan Umno (yang memberi arahan) yang memerintah negara sebagai bersalah, sorry!!

Begitulah 'hebatnya' para pemimpin Umno bermula sejak dari zaman Mahathir memerintah hingga ke hari ini, selagi boleh membelit, akan dibelit segalanya, yang penting 'batang leher' sendiri selamat dan terlepas!

Baling tahik sembunyi tangan! Konon orang tak akan nampak tangan yang membaling tapi apakah orang tak tahu dari mana datangnya busuk?

Yang dimaksudkan sebagai 'pegawai' itu yang bekerja di bawah kepimpinan orang-orang yang macam ini, hendaklah sentiasa ambil ikhtibar dan perlu sedar duduk perkara! Faham tak? Ke tak faham?

Hakikat sebenarnya, isu penganugerahan IC kepada pendatang asing ini sangat jelas siapa PETUALANGNYA....tak payah cakap banyak! Makin puak-puak ini bercakap banyak, makin jelas duduk perkara KEPETUALANGANnya. 

Dan yang paling pasti jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya melalui PRU 13 ini, maka seorang demi seorang PETUALANG-PETUALANG IC ini akan diperlihatkan kepada rakyat, dan rakyat akan berkata, "Ooo...ini orang nya ya, saling tak tumpah macam.....!!"

Dipetik dari mstar online:



Sabtu Mac 16, 2013 


Tiada Arahan Keluar IC Kepada Pendatang Asing Yang Tidak Layak - Dr Mahathir 


PAPAR: Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.


Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.


"Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC.


"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, dekat, sini Sabtu.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.


Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan......

BERNAMA

No comments: