Followers

Tuesday, March 19, 2013

Ada tak istana heret istana dalam politik?


Memang elok benar nasihat Raja Dr Nazrin itu dihayati dan dipatuhi. Iya memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat terhadap nama dan batang tubuh orang dalam istana adalah amat tidak manis.

Istana kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali, dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik. Mengaitkan nama dan batang tubuh istana untuk meraih sokongan politik boleh dianggap mengheret istana ke dalam politik kepartian.

Namun demikian bagaimana pula kalau...kalau di saat-saat dekat PRU 13 ini, ada istana yang sayup-sayup tapi berkali-kali pulak tu sentiasa mengulang kalimah, ' seluruh rakyat hendak memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang ini' sambil memuji-muji apa yang dikatakan transformasi Najib Razak sebagai PM? Kalau macam ini, siapa pulak mengherat siapa? Istana mengheret istana dalam politik? Tak kan!

Rencana dipetik:

Raja Nazrin:Jangan heret istana ke dalam politik

SAIFULLAH AHMAD  19Mac 2013

KUALA KANGSAR -Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.

Titah Raja Mazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

“Beta menegaskan bahawa faja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

No comments: