Followers

Sunday, March 10, 2013

Ada spesis yang mengharapkan setitis embun untuk menyamankan kerongkongnya!

Mudah-mudahan nyamanlah kerongkongnya di saat-saat terakhir ini untuk kesinambungan hayat sebuah mainan politik yang kian usang dan lapuk. 

Itupun kalau yang disangkakan titisan embun itu, harapnya nanti bukan titisan cuka getah! Kalau itu sebenarnya titisan cuka getah yang disangkakan titisan embun yang terus ditelan untuk dibawa kerongkong maka mamposlah engkau nanti untuk dikuburkan dalam cebisan sejarah politik haprak tanahair hasil ciptaan mamak bendahara tua!

Alahai Zul Nordin...kesian pada kamuk!! Gayutlah kamuk kepada apa yang boleh kamuk jadikan dahan bergayut sebelum kamuk bakal 'dihilangkan' di Kulim Bandar Bahru atau di mana-mana dalam PRU 13 nanti!  

Kamuk boleh mohon maaf kepada mamak bendahara tua itu, tapi pengundi yang telah memilih kamuk, kemudian tergamak kamuk khianati, belum tentu memaafkan kamuk! Pigi dah...chait!!

Dari Malaysiakini:



Zulkifli Nordin mohon maaf pada Dr Mahathir



Bernama 10:29PM Mac 9 2013.



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
  
Zulkifli (kiri), yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.
  
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.
  
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.