Followers

Monday, March 11, 2013

A'ah bukan buah tangan tapi 'bom tangan'!!



"Itou Ali Hamsa jugak, ada itu kata, kenaikan gaji yang diumumkan itou, bukan buah tangan untok pilihanraya jugak! Tidak jugak!!"

BETOLLA ITOU BUKAN BUA TANGAN...! 

Sebenarnya apa yang diumumkan itu ialah 'bom tangan' yang cuba diletupkan dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam. Maknanya dalam suasana pilihanraya yang semakin hampir ini kakitangan perkhidmatan awam telah 'dibom' dengan sedikit kenaikan gaji! 

Istilah 'bom' ini pernah diimbau oleh Tan Sri Kadiaq akan perangai Umno bila hampir tiba pilihanraya!

Maknanya sekarang ini semua pihak habis dah kena 'bom'! Yang berpendapatan RM3000 ke bawah dah kena 'bom'! Petani dan nelayan, peneroka Felda dan Risda dah kena 'bom'...dah lama dah! 

Pelajar dan remaja pun kena 'bom'...baucer buku dan smart phone! Polis dan tentera kena 'bom' juga, di Putrajaya 'bom' Najib dan di Lahad Datu bom betol dan kini kakitangan awam pulak kena 'bom'!

Cuma yang menjadi tanda tanya apakah 'bom-bom' itu akan benar-benar meletupkan para penerimanya hingga cair, atau sebaliknya akan menjadi buah tangan pulak untuk diletupkan kepada Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti! Kita tunggu dan lihat...sapa yang kena!!!

KSN: Kenaikan gaji bukan buah tangan untuk pilihanraya

Zulaikha Zulkifli

2:58PM Mac 11 2013.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa menangkis tanggapan bahawa pengumuman kenaikan gred gaji bagi perkhidmatan awam hari ini adalah buah tangan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya beliau berkata, pengumuman itu merupakan amalan tahunan yang dilakukan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA).

"Tidak (buah tangan). Jangan salah tafsir. Ada pihak yang hanya suka ambil perkara ini sebagai negatif.

"Persidangan MAPPA ialah ia satu amalan tahunan bagi perkhidmatan awam.

"Dalam MAPPA kita akan umumkan pulangan atau penambahbaikan bagi setiap tahun oleh kerajaan," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas majlis tersebut di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmiannya mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam.

Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Pengumuman bagi pelarasan perubahan lapisan gred jawatan itu dibuat ketika Najib dijangka untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pertamanya.

Berita baik itu juga diumumkan ketika pasukan keselamatan negara berdepan situasi berbahaya di Lahad Datu untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan dari Filipina yang kini mengorbankan lapan orang anggota polis.

Laporan Bernama menyebut, penyelarasan gred gaji tersebut mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM, katanya.

"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Jelasnya, jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 kini turut disetarakan dengan gred jawatan 44.

Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52, katanya.

"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," kata Najib.

 

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni kita akan dibom dengan kenaikan harga barang.

Hakikatnya Malaysia tak perlu kepada kenaikan pangkat atau gaji. Yang diperlukan adalah penurunan harga barang. Manifesto Pakatan Harapan Rakyat di landasan yang betul untuk memulihkan ekonomi Malaysia.

Kaedah UMNO akan menjahanamkan lagi daya beli rakyat umum yang tidak terlibat dalam kenaikan gaji ini.