Followers

Sunday, February 03, 2013

Seperti dizalimi...sian!!!

Rasa seperti dizalimi!! 

Sejak akhir-akhir ini orang yang rasa seperti dizalimi itu sentiasa berada di mana Perdana Menteri Najib berada terutama kalau di negara Arab! Sedaplah rasa seperti dizalimi tapi banyak masa berada dekat dengan ketiak Najib.

Percaya juga aku, rasa seperti dizalimi kalau nun tinggal di pedalaman negara yang tak ada jalan raya, sedangkan para pemimpin Umno/Bn yang memerintah, kaya raya! 

Munasabah juga rasa  di zalimi seperti yang dialami oleh rakyat Bachok yang dah lama tak didatangi oleh YB mereka!

Ini adake rasa dizalimi, bila dilucut sebagai ahli Majlis Syura Ulamak! Dia ingat majlis syura itu hak parti Nasharudin Mat Isa? Woit.. Majlis Syura ulama itu hak parti PAS! Kalau parti PAS lucut kamu, ikut pandai jemaah dalam parti PAS-lah! Dizalimi taik kucing!

Kalau nak tahu makna dizalimi ialah apabila jemaah membuat keputusan dan telah dipersetujui oleh muktamar dan Majlis Syura, ada orang pula pandai-pandai sorang-sorang diri, kata PAS telah terpesong dari perjuangan asal dan sibuk nak mengubah keputusan itu dan ini yang telah diputuskan jemaah!  

Itulah makna dizalimi...maknanya jemaah telah dizalimi ante!!! Ada faham ya ustaz NMI yang kini telah menjadi kawan karib PMN??

Antara dilucut sebagai ahli Majlis syura dengan dipecat sebagai ahli PAS pun tak faham-faham! Apa pula nak hitam putih kedudukab sebagai ahli PAS-nya? Buat keputusan hitam putih sendirilah...tak ada orang larang!

Dipetik dari Malaysialkini



Nasha: Saya rasa seperti dizalimi

Feb 3 2013.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".

"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.

Mangulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.

"Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai.

"Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan.

Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

"Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya.

"Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Nasha oooi... tak ada siapa yang menzalimi diri kau... melainkan anda sendiri menzalimi diri anda kerana mengikut langkah-langkah syaitan dan syaitan dikenali.

Anonymous said...

Hooooi mangkuk sumbing.... kalau rasa diri dizalimi.... apa kata kau doa pada Allah.... kalau dizalimi tiada hijab antara doa kau dengan Allah.... tapi masalahnya bimbang kau yang jadi orang zalim.... belajar tinggi-tinggi tapi mulut cakap berbelit-belit... agaknya sempena tahun ular bagi tahun baru cina... sebab tu perangai pun macam ular dalam semak... lidah bercabang.