Followers

Tuesday, February 05, 2013

Puak-puak ni kalau boleh, semuanya nak dijadikan anjingnya!

Kepimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh para pemimpin tertinggi Umno semakin hilang harga diri dan jiwa. Rasa bermaruah, jiwa besar dan semangat murni semakin jauh dari hati sanubari mereka. Semua itu berlaku kerana tiada amalan Islam yang benar dan mulia yang menjadi amalan dan pegangan mereka selama.

Para pemimpin Umno terutama yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bukan tidak tahu bahawa program dan ceramah parti pembangkang kepada Umno/Bn, terutama parti-parti Pakatan Rakyat, sering diganggu oleh samseng-samseng yang cukup membahayakan. Namun  demikian Perdana Menteri dan Menteri Dalam  Negeri terus membisu dan membutakan mata walaupun amat maklum akan kejadian yang merosakkan demokrasi dalam negara ini. 

Sikap seumpama ini memang amat mudah difahami kerana semata-mata mahu mengekalkan kuasa secara tidak sihat dan kotor. Persetankan apa yang orang kata, persetankan keselamatan rakyat, yang penting  kuasa Umno/Bn dapat dipertahankan secara anak betina!

Masakan pihak polis begitu bodoh untuk tidak bertindak kepada para samseng penceroboh, hanya kerana alasan program itu program politik! Apakah kerana program itu dikatakan sebagai program politik pihak yang menentang Umno maka biarlah rakyat yang mahu mendapat maklumat seimbang dan telus yang menghadiri program seumpama itu, mampos dan menjadi mangsa kepada penceroboh samseng yang tidak bertamadun itu? Jika benar begitu, apa punya kelas polis seumpama ini? Sepatutnya pihak polis perlu ingat bahawa para pemimpin tertinggi Umno/Bn yang memerintah pada hari ini kalau boleh mereka mahu menjadi semua benda sebagai anjing mereka!

Maka itu adalah diharapkan pihak polis kembalilah melakukan kerja-kerja secara mulia dan berjiwa besar dalam melayani segala program ceramah di kawasan Felda dan program 'Kembara oren' ini, bukan menjadi bagaikan pihak yang dibela untuk menggigit membuta tuli! Tolonglah polis!

Harakah melaporkan:




Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk keselamatan

Hazayani Zakaria  05 Feb 2013.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.

"Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.

Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.

Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.

"Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya.

Tak sampai 10 jam adu polis

Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam.

Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.

"Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16507-gangguan-samseng-ceramah-dihenti-untuk-keselamatan

No comments: