Followers

Monday, February 25, 2013

Muhyiddin anak yasin tersasul!




Pertama, sebelum mencabar TGHA, Muhyiddin anak Yasin kena jelaskan dahulu adakah duit BR1M itu duit Umno hasil sumbangan dari ahli-ahli dan para pemimpin Umno/BN ATAU duit kerajaan Malaysia dari hasil bayaran cukai rakyat dan pelbagai pendapatan kerajaan?

Kalau duit BR1M itu dari duit sumbangan ahli-ahli dan para pemimpin Umno/Bn, wa apa kesah wa cakap lu! Lu nak bagi berapa banyak kepada siapapun wa peduli apa! Tapi....

Kalau duit BR1M itu dari duit tabung kerajaan Malaysia hasil dari kutipan cukai kerajaan dan hasil sumber kerajaan yang lain dan di keluarkan kepada penerima BR1M melalui bahagian Pembanguan Luar Bandar Pejabat Daerah...ha ini ada masalah!

Masalahnya ialah BR1M dari tabung kerajaan yang dikeluarkan melalui PLB diberi kepada rakyat dengan gesaan atau arahan agar rakyat membalas pemberian itu dengan mengundi Umno/Bn dalam PRu ke 13?

Najib pernah cakap, awak tolong saya, saya tolong awak! Ooohh...lu ambik duit wa, lu kata itu duit lu, tanpa restu wa, lepas itu, lu arah orang yang terima duit  itu undi lu....banyak cantik!!!

Woi wa tak redho dunia dan akhirat wey!!! Haram duit wa lu bagi orang lain tanpa keredhaan wa tau!

Kedua, bagi penerima BR1M pula, bolehkah terima duit yang diketahui dengan jelas bukan duit dari tabung Umno/Bn, lepas itu berjanji dengan Umno/Bn akan undi Umno/Bn dalam PRU 13?

Lu tahu Umno/Bn ambil duit wa, tanpa redho wa, bagi dekat lu, lu balas pemberian Umno/Bn dengan undi Umno/Bn, halalkah? Wey haram terima wey... sebab itu duit wa, bukan duit Umno/Bn! Lainlah kalau lu ambik duit tu, dan lu tak janji apa-apa dengan Umno/Bn...belasahlah!!

So Muhyiddin jangan buat tak reti ek....jangan tersasul! Rakyat yang cerdik dah faham semuanya kedudukan BR1M tu! BR1M itu sesungguhnya bukan duit dari tabung Umno/Bn tetapi dari duit peruntukan kerajaan yang Umno/Bn guna untuk kepentingan politik pilihanraya mereka!

Apakah jika BR1M dengan pemberiannya seperti yang sedang berlaku pada hari ini difatwakan haram, Umno/Bn akan menarik balik semuanya dan menginsafinya? Heh buat pulut kuninglah!! Menyalah-gunakan hak, harta dan dana kerajaan secara tak tahu malu untuk kepentingan Umno/Bn nampaknya bukan perkara baru bagi Umno/Bn!

Bilakah agaknya Umno/Bn hendak berhenti daripada membuat kerja yang tidak bermaruah ini sedangkan Najib/Umno/Bn baru sahaja tandatangan janji integriti dalam pilihanraya?

Dipetik dari Malaysiakini:

Muhyiddin cabar Hadi umum fatwa BR1M haram

Bernama 25 Februari 2013.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.

"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri majlis penyampaian BR1M untuk orang bujang (RM250 seorang) di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat....................

- Bernama

baca sambungan:http://www.malaysiakini.com/news/222302

No comments: