Followers

Monday, February 18, 2013

Jom kita 'gigit tangan' dia!

Mahathir kata, peneroka jangan 'gigit tangan' kerajaan! Belum apa-apa Mahathir sudah terasa sakit! Sebenarnya peneroka mana yang nak 'gigit tangan' kerajaan?

Peneroka tak kira generasi pertama ka, kedua ka, ke berapa ka, tak nak gigit pun tangan kerajaan, sebab kerajaan itu hak rakyat! Pasai apa pulak rakyat nak gigit tangan sendiri?

Mahathir jangan nak konfiuskan rakyat khususnya peneroka! Umno/Bn bukan kerajaan dan kerajaan bukan Umno/Bn! Umno/Bn adalah parti yang DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT untuk mentadbir kerajaan selama 5 tahun untuk satu penggal.Kebetulan dalam PRU 12 lalu Umno/Bn menang, maka Umno/Bn lah yang mengurus dan mentadbir kerajaan Persekutuan. 

Kerajaan bukan hak Umno/Bn, kerajaan hak rakyat! Kalau kerajaan hak Umno/Bn buat apa Umno/Bn buat pilihanraya 5 tahun sekali yang pelbagai parti bertanding dengan manifesto masing-masing? Tak payah pilihanrayalah, sebab kerajaan yang ada adalah hak warisan Umno/Bn seorang! 

So apa yang berlaku sekarang, rakyat termasuk peneroka, bukan nak 'gigit tangan' kerajaan dala PRU 13 ni, yang rakyat dan peneroka nak gigit  ialah tangan Umno/Bn, Najib, Rosmah apatah lagi tangan Mahathir yang banyak membuat kerosakan kepada negara tercinta Malaysia. Gadai begitu banyak tanah rezab Melayu, 'gadai' Felda melalui bursa saham, tabur BRIM dari duit pembayar cukai yang entah menghalal atau tidak duit mereka digunakan sebagai rasuah politik PRU Umno/BN! 

Cakap banyak pulak dia...tak kenang jasalah, tak berterima kasihlah, tumbuk mukalah, kata orang haiwan lagi...!!! 

Kalau orang haiwan, hang tu sapa? Syaithan!?

Malaysiakini melaporkan:



Dr M: Peneroka jangan ‘gigit tangan’ kerajaan


Ahmad Fadli KC

18 Feb 2013.


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".

Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".

"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.

"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.

"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?

"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.

"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi.

"Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.


No comments: