Followers

Saturday, February 09, 2013

Guru-guru bakal kena kelentong lagi!

Nampaknya golongon guru bakal kena kelentong lagi! Sebab? 

Sebabnya dari kelompok rakan-rakan guru, setiap hari terdengar rungutan beban kerja yang bukan semakin berkurangan, malah semakin lanjut usia Umno berkerajaan, semakin bertimbun tugas dan beban, malah ada tugasan dan beban yang mengarut dan tak munasabah! 

Sehinggakan anak-anak cikgu sendiri terkapar di rumah para pengasuh. Siang kena bayar pengasuh, malam pun kena bayar pengasuh, kerana guru-guru dipaksa mengajar kelas malam, berkerja siang malam konon demi negara, juga terpaksa bertugas tanpa mengenal Sabtu Ahad konon untuk mengelak apa yang dipanggil defisit pembelajaran!?

Rungutan para sahabat guru kita, yang dipaksakan ke atas mereka ialah kerja dan kerja tanpa rungutan. Kalau guru merungut, menteri akan menyindir dan para pegawai pencacai di atas akan sergah, "siapa suruh jadi cikgu!?".

Demi mahu menjadi cikgu jugak di zaman Umno /Bn merintah ini, biarlah anak-anak cikgu dan diri cikgu sendiri mati beragan! 

Janji mengurangkan beban tugas guru oleh para menteri dan para pemimpin kerajaan Umno ini bukan baru, namun beban tugas guru tetap bertimbun. Dasar MBMMBI, PBS terus menghantui para cikgu, sedangkan sekolah  terus menjadi lubuk cari makan para kroni. Sistem pendidikan pula terus menjadi bahan ujikaji sepanjang masa, manakala para pelajar menjadi tikus makmal, guru-guru perlu terus menjadi robot yang perlu patuh dan buat je kerja! Sejak beberapa tahun kebelakangan  ini guru-guru bertugas menjadi pemenuh kerusi program politik Umno/Bn pula! Begitulah senario yang ada, rungut para guru kita! Kesian!

Setelah yang dulu-dulu termasuk Hishamuddin, Muhyiddin menabur berbagai janji, kini mari pula Najib membuat janji yang SERUPA JUGAK!!! 

Apa yang dapat dijangkakan, kalau puak-puak ni menang lagi PRU 13, guru-guru 'sah' bakal kena kelentong lagi! 

Selagi Umno/Bn bersama mu cikgu, nasiblah kau cikgu... 

Sapa suruh engkau orang jadi cikgu yang takut berubah? Pakat ubahlah sekali cikgu....A.B.U!!!

Malaysiakini melaporkan:



PM : Pengurangan beban guru diberi perhatian segera



Bernama   Feb 8 2013.



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
 
Perdana Menteri berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.

Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
   
"Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban  guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik," katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah malam tadi........

- Bernama


Lagi di:sini

No comments: