Followers

Thursday, February 28, 2013

Berita baik...semoga berita baik ini berterusan!

Agaknya kata-kata yang paling sesuai buat utusan meloya ini ialah 'padan muka hang!'. Nak untung macam mana asyik fitnah sana fitnah sini, lepas tu 'bertimbun' kalah saman!

Selagi utusan duduk di bawah ketiak macam Umno selagi itu keuntungan akan jauh panggang dari api! Laa ni berniaga dengan jenama ketiak masam Umno boleh untung ka? Dengar cerita restoran ikan bakaq sekincan pun bungkus! La ni restoran mamak pulak bakal ikut jejak langkah utusan...ewahh!  Ampuu lah pagi spesis jahat tu...ampu!

Berita dipetik:

Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Bernama 8:16PM Feb 27 2013

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya.

- Bernama

No comments: