Followers

Sunday, February 10, 2013

Arahan paling HARAMJADAH sehari dua ini!

KENYATAAN dan 'ARAHAN' yang paling HARAMJADAH sehari dua ini: "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Kalau betullah 'ARAHAN' itu begitu...kalau betul... memang haramjadah sungguh! 

Pegawai polis yang mengARAHkan begitu wajar dikenakan tindakan. Pegawai polis yang mengARAHkan begitu memang patut dipecat. Pegawai polis yang mengARAHkan begitu patut ditangkap. Pegawai polis yang mengARAHkan begitu patut dipanggil 'pengganas'! Dan pegawai yang macam inilah yang patut dipanggil haramjadah oleh Perdana Menteri, bukan peneroka yang memperjuangkan hak mereka! Sebab?

Sebab polis (Polis DIRAJA Malaysia) kerjanya menjaga keselamatan rakyat dan ketenteraman awam bukan membuat hura-hara apatahlah lagi MENGARAHKAN buat huru-hara! 

Kalau ARAHAN itu tak betul begitu dan hanya fitnah Pengerusi Mesyuarat itu maka tunggu apa lagi? Tangkap pengerusi mesyuarat itu kerana membuat fitnah dan merosakkan imej polis! Kenyatan Pengerusi Mesyuarat itu bukan main-main, ianya sangat serius! Kalau tidak, Pegawai Polis berkenaan dan Pengerusi mesyuarat itu dua kali lima sahaja!

Apo nok dikato...ada lagikah pegawai polis di bawah kepimpinan polis hari ini yang boleh diharap? Atau kebanyakannya dah ramai yang macam itu? Entahlah....negaraku dan semua isi kandungnya semakin pening keranamu Umno!! A.B.U!!

Berita yang kupetik:



‘Kalau Mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara’

Harakahdaily  08 Feb 2013.

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke Youtube sejak semalam dengan tajuk "Perancangan jahat Umno untuk serang ceramah ANAK ".

Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.

Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.

Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram.

"Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.

Lihat
http://www.youtube.com/watch?v=8Yj76vCYBzA&feature=share

No comments: