Followers

Sunday, January 13, 2013

Nak tahu kenapa #KL112 aman?

 Para jemaah menunggu masuk waktu zohor di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 'bimbang', kalau-kalau imam dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid kerap sangat menguji suara di pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!

Setelah selesai solat, para jemaah mula bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil berjalan lenggang kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar tiada perarakan, cuma berjalan lenggang-lengguk! Anak aku kata boring jalan macam ni, lebih seronok berjalan dan lari-lari macam 
Bersih 3.0 dulu! 
" Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang bersolat dalam masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di laman masjid! Kaki tangan masjid tolong bentang tikar lagi! Terima kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu diaaa! 
Tapi hairan aku, kerana semua nampak sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri gelisah 
sambil terkepit-kepit paha!
Mula berarak ke Stadium Merdeka sambil sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang makan-makan dan berkongsi jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat hari itu! 
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
 Awek ini pun turut gagah melangkah dengan penuh keazaman, 
bergerak ke medan perubahan: A.B.U!!
Sebaik masuk dalam Stadium Merdeka ikut pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! Ramainya manusia, dah lah di luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa pulak ni? Dulu ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza, Palestin, hari itu berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu itu aman malah sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi meneropong dari sebalik tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?

No comments: