Followers

Wednesday, January 16, 2013

LISTEN...LISTEN...LISTEN....JANGAN CAKAP BANYAK MEMANG #KL112 NAK GULING KERAJAAN UMNO/BN!

Iya tak ada niat lain, memang nak guling kerajaan Umno/BN cuma caranya adalah melalui PILIHANRAYA!  Ada faham?

Peranan yang dimainkan oleh Pah Listen dan apa yang dilakukannya di UUM tempoh hari terhadap Bawani dan cuba memperbodohkan mahasiswa UUM yang kuat menyokong Umno/Bn itu semakin menyemarak semangat rakyat untuk 'menggulingkan' kerajaan Umno/Bn. Terima kasih Pah Listen kerana kamu telah menambah yakin lagi dapatan rakyat bahawa kerajaan Umno/BN memang sah patut 'digulingkan' dalam PRU  13  ini sebelumlebih ramaipelajar UUM menjadi pak dan mak angguk!

Sinar melaporkan:

Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling BN'

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 16 Januari 2013

KUALA LUMPUR -Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu tidak menolak sasaran Pakatan Rakyat (PR) mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihaknya mahu mencapai misi itu menerusi pilihan raya dan lunas demokrasi.

Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan.

"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melaplui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.

Hal ini kerana menurut Dr Mahathir, pembangkang sudah merasakan mereka tidak boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," beliau dipetik sebagai berkata.

Bahkan menurut Dr Mahathir, himpunan anjuran pembangkang juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga hal-hal keselamatan negara.

Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi positif termasuk Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana semua pihak menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu memberitahu, pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat belum dipanggil bersabit dakwaan pelanggaran syarat peserta dan penganjur.

"Polis belum panggil lagi. Kita sudah katakan akan beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan," ujarnya.

Tiga syarat tidak dipatuhi penganjur antaranya sebilangan peserta membawa anak kecil serta sepanduk berunsur provokasi.

Penganjur juga melanggar syarat iaitu peserta di dalam Stadium Merdeka melebihi kapasiti ditetapkan pengurusan stadium itu.

Peserta himpunan juga dikatakan membawa sepanduk atau kain rentang yang berbentuk hasutan.

No comments: