Followers

Wednesday, January 23, 2013

Asalkan tembolok anak beranak kenyang, apa peduli maruah negara!

Puak-puak anak buah dan anak didik orang tua itu mana peduli akan maruah negara? Maruah negara bagi mereka hanya letak di bawah kelangkang mereka sahaja, yang penting nafsu mereka puas! 

Nafsu mereka puas dengan projek kepada anak beranak dan kroni. Nafsu mereka puas dengan menggagalkan pertumbuhan ekonomi rakyat! Nafsu mereka puas dengan makan komisyen sana sini! Nafsu mereka puas dengan membawa wang secara haram keluar negara! Nafsu mereka puas dengan memperosok imej Islam ke lantai! Nafsu mereka puas apabila rakyat terutama orang Melayu menjadi bodoh dan hilang fikiran kritis!

Akhirnya mereka menjadi bagaikan raja dengan segala benda dalam negara ini menjadi bagaikan hak mak bapak mereka sendiri. Duit kerajaan dari kutipan cukai rakyat menjadi duit mereka! Mereka bebas berbelanja duit rakyat untuk diri dan anak bini mereka! 

Jabatan kerajaan menjadi bagaikan jabatan hak mak bapak mereka. Mereka perguna semahunya secara tidak berperlembagaan segala harta di jabatan kerajaan untuk kepentingan politik bagi mempertahan kuasa rakus mereka. Kakitangan kerajaan menjadi bagai 'hamba abdi' mereka yang akan dikerah buat itu dan ini, ke sana dan ke sini tambah-tambah lagi dekat pilihanraya ini. Dan memang macam-macam mereka buat yang kebanyakan menyalahi peraturan dan undang-undang negara lagi haram mengikut hukum Islam.

Maka itu puak-puak yang terhasil dari didikan orang tua itu perlu ditumbangkan segera oleh seluruh rakyat dalam PRu 13 ini. Jika tidak orang Melayu akan terus terjajah minda mereka menjadi jumud dan beku selamanya.

Harakahdaily malaporkan:


Umno melalui Mahathir gadai maruah Negara

Anis Nazri 23 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar, berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini.  Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu.

Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.

No comments: