Followers

Sunday, January 20, 2013

Alahai kesiannya tak orang terima dia!


Setelah cakap berdegar-degar, cuba melambung-lambung UBN setinggi yang mampu, berhempas-pulas cuba memfitnah yang bukan-bukan BERSIH 3.0 dan demonstrasi jalanan, tak ada orang nak terima dia! Dah lah Umno dan segala sayap-sayap menebah-nebah jauh akan dirinya, KIMMA yang entah apa benda itupun tak nak dia!

Memang sedih! Maka itu perkara-perkara seperti ini dan kerja-kerja tak berfaedah sepertinya dalam suasana rakyat cerdik-cerdik belaka perlu sangat diberi perhatian dan direnung oleh mereka yang mempunyai hobi seperti Pah Listen. Tak payahlah demi UBN nak jadi cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar atau bodoh sombong! Ambil pengajaran kalau tak nak jadi kera sumbang sehingga orang ini tak mahu, orang itu tak sudi!

Kepada Kak Pah Listen, tak payah SW1M-SW1M-lah demi 1Malaysia Najib-Rosmah, naik lah ke darat untuk berpijak di bumi nyata yang hakikatnya: UBN semakin hari semakin tidak relevan!

Sinarharian online melaporkan:

Sharifah Zohra bukan ahli Kimma

WARTAWAN SINAR HARIAN

20 JANUARI 2013

JOHOR BAHRU -Kepimpinan Puteri Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengaitkan moderator kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan parti berkenaan.

Ketuanya, Rohaini Datuk Syed Ibrahim berkata, Sharifah Zohra merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan bagi sesi 2010/2012 dan tidak lagi menyertai Kimma selepas jawatan berkenaan diisi oleh individu lain.

“Apa yang diucapkan oleh beliau ketika forum berkenaan berlangsung sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Tugasnya sebagai Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan tamat pada April 2012 yang lalu.

“Jadi beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan Kimma lagi. Saya minta parti pembangkang tidak memperbesar-besarkan isu ini. Jangan jadikan isu ini sebagai agenda untuk mengalih perhatian menjelang pilihan raya umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Bukan cara ini untuk menarik perhatian para pengundi,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemangkin Iltizam Pergerakan Puteri Kimma negeri Johor di Savannah Hill, Sungai Tiram, di sini, semalam. Klip video selama 24 minit yang dimuatkan itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di akhir forum berkenaan.

Dalam satu laman sesawang pembangkang mengatakan Sharifah Zohrah Jabeen selain menyandang Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu, beliau juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan.

Beliau secara peribadi berpendapat, Sharifah Zohra seharusnya menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya dengan profesional dan penuh berhemah serta tidak menggunakan emosi semata-mata ketika melontarkan jawapan ke atas seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani, bulan lalu.

“Golongan muda perlu diberi input yang sesuai dan sebagai pemimpin beliau perlu bijak untuk mengawal keadaan dan menggunakan pendekatan yang terbaik. Jangan gunakan emosi kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah,” katanya.

No comments: