Followers

Friday, January 04, 2013

Bukan orang hidup saja dizalimi, orang dah mati pun....


Apa yang berlaku dalam kerja-kerja pemindahan kubur di Penggerang ini amat mengecewakan. Biadap dan sangat menghina! Projek di Penggerang itu sendiri nampaknya bukan sahaja menzalimi rakyat yang masih hidup malah jenaxah umat Islam yang telah lama meninggal dunia pun turut dizalimi.

Bila telah berlaku penghinaan berbagai alasan yang diberikan, dan semudah itu pula minta maaf!

Inilah balanya terlalu apabila pihak berkuasa Islam sanggup dan tergamak bersubahat 'menzalimi' rakyat Penggerang dengan projek yang tidak diredhai penduduk. Apa yang patut berlaku seluruh Majlis Amanah Mufti Johor terutama Mufti perlu letak jawatan kerana gagal mengawasi dan melaksanakan tugas yang amat sensitif kepafa umat Islam.

Harakahdaily melaporkan:

PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam.

Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang dilantik.

Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.

Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri.

Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong.

Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan.

Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam.

Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris.

Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam.

Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.

Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.

Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar.

Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan selesai.

Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk.

Thursday, January 03, 2013

Binawe betullah!

Binawe betul! Puak-puak ni memang kerjanya menjahanamkan nama baik negara kita di mata dunia. Malunya kita di mata rakyat Monggolia apabila anak dara mereka mati dibunuh di Malaysia sebegitu rupa! Siapa yang membunuh boleh tahu, tapi apa motif pembunuhan ? Sshhhhh....DIAM!!!

Lepas itu maruah negara jahanam pula di mata orang Perancis dek kerana kapal selam second hand! Adoi!!

Lepas itu mana nak letak maruah negara kita Malaysia dengan isu RM 40 juta wang haram untuk sebuah parti politik yang bersabit dengan Musa Aman di Hong Kong? Malu!!

Rasa juga termalunya apabila Harimau Malaya kalah dalan Piala Suzuki. Dan  tambah termalu kerana FAM hanya kenal pencapaian tahap Asia Tenggara sahaja! Orang dan negara lain dah bercakap dan berkalar di peringkat dunia, FAM dengan kepimpinan paling tinggi yang dah patut meletak jawatan masih menggelupor bangga dengan matlamat tahap lawan Filipina, Laos, Nepal dan mungkin Maldive! Letaklah jawatan, payah orang nak buat kerja!

Terbaru.... paling memalukan dan cukup binawe ialah kepada Jepun. Tengok tu, Jepun dah serah wang pampasan, wang yang Jepun bagi untuk buruh paksa landasan keretapi, hilang ghaib diranggos para jin afred! Cheh...binawe betol! Memang tak boleh harap dan kerajaan Umno/Bn wajar diturunkan dari Putrajaya! Dah tak ada maruah dan kredibiliti lagi!

Harakahdaily melaporkan: 



Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan

Salmiyah Harun 3 Januari 2013

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara  ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan,  "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa  ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.


Tak payahlah selamatkan Umno, tak berbaloi....

Nampaknya Umno kini berkeadaan tak ubah seperti kapal Titanic sebelum kapal itu karam! Ada petugas kapal yang telah merasai  banyak yang tak kena dengan pelyaran kapal pada saat itu, ada juga penumpang yang terdetik hati bahawa kapal yg mereka naiki itu rasa macam tak berapa nak selamat. Namun paling sadis masih ramai penumpang yang seronok sakan bagai tak ada apa yang bakal berlaku!

ITU lah umno kini! Kelam-kabut di bahagian depan dan di lokasi strategik. Aman damai di tempat-tempat hiburan dan tempat duduk penumpang biasa, sedangkan mereka semuanya tetap berada di dalamTitanic yang satu itulah.

Doa KO UMNO, UMNO KO kian kelihatan macam nak makbul! Amin! Maka itu seluruh ahli Umno tak payah susah payah nak selamatkan Umno kerana pasti tak berbaloi. Langkah paling stratetik dan selamat lompatlah segera ke kapal Pakatan Rakyat yang lebih meyakinkan.

Harakahdaily melaporkan:

Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.

“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.

Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.

Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.

Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”

“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS.

“Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

Monday, December 31, 2012

Umno dan JAKIM tersedak kahak!

Begitulah Umno, kalau tak membelit bukan Umno namanya! Lain yang TG Haji Hadi minta, lain yang hendak disediakan. Minta live 1 jam sahaja untuk memberi penjelasan kemudian bolehlah dinilai oleh rakyat. Sebaliknya yang hendak disediakan ialah forum tanpa penonton dengan kehadiran para mufti dan tokoh-tokoh agama yang sudah tentu ke-Umno-an belaka. 

Isunya TG Haji Hadi minta live 1 jam adalah untuk menjamin keadilan kepada setiap penjelasannya. Bolehkah forum tanpa penonton dengan kehadiran para Mufti dan tokoh-tokoh agama terpilih yang sudah tentu dipilih  oleh Umno itu memberi keadilan kepada penjelasan TG Haji Hadi untuk kemudiannya dinilai oleh masyarakat?

Yang keduanya ialah Umno telah menyediakan forum antara TG Haji Hadi dengan para mufti dan tokoh agama tertentu yang terpilih sedangkan isunya yang sebenarnya adalah antara TG Haji Hadi dengan Umno! Apakah Umno bersikap bergaduh dengan Haji Hadi, tetapi meminta orang lain yang tidak ada kena mengena dengan Umno berlawan bagi pihaknya. Ke mana perginya tokoh-tokoh agama Umno? Tido?

Pandai sungguh Umno untuk akhirnya nanti duduk jauh-jauh dari gelanggang sambil bertepuk tangan apabila Haji Hadi bergaduh dengan para mufti! Kalau katakan Haji Hadi dinilai kalah, Umno akan cepat-cepat naik ke pentas mendakwa dialah yang paling menang! Manakala kalau yang berforum dengan Haji Hadi itu dinilai kalah oleh masyarakat, Umno akan berlepas tangan dan berlalu pergi buat hal sendiri untuk cari isu lain pulak! Cheh memang dasar bacul!

Rais anak Yatim kata "RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman". Maksudnya saluran TV bukan hak Haji Hadi seorang?

Tak pernah masuk TV, kemudian minta 1 jam sahaja.... live....bukan hari-hari macam yang diperolehi Najib dan Rosmah, entah-entah itulah agaknya sekali seumur hidup buat Haji Hadi, dah kata TV bukan untuk Haji Hadi seorang? Amboi anak Yatim, memang hampas taik punya anak Yatim!

TG Haji Hadi jangan layan syarat Rais anak Yatim itu. Kekalkan minta 1 jam live...kalau nak berforum jugak dengan siapa-siapa pun balaci dan upahan Umno, biarkan penonton bebas hadir sebagai saksi. Sebab perangai Umno ni, kalau TG Haji Hadi berforum dengan siapapun nanti di TV, Umno tetap akan main jugak isu amanat ini nanti kalau dia memang lagi PRU. Memang dah dasar Umno begitu! Dasar pak pandir lagi haramjadah!

Umno nak lawan sendiri tak ada tilor, maka Umno letaklah balaci-balaci agamanya tak kira mufti ke siapa ke, yang tak ada gigi, lelah, semput, mata rabun dan bercakap berbuih air liur termasuklah beberapa orang yang nak tunjuka kuasa di JAKIM! Konon nak ambik tindakan kalau TGHH pertahankan 'amanat'!

Kalau kamu kata amanat tu sesat, apa (?) 30 tahun lebih sudah kamu membuta selama ini? Atau yang kamu kata sesat 30 tahun dulu tu, (kamu tak pernah keluar fatwa dan ambik tindakan pun), baru menjadi betul-betul sesat jika dipertahankan selepas 30 tahun kemudian? Maknanya kalau mengikut kaedah itu, ajaran ayah pin sekarang ini, sebelum cukup 30 tahun, belum betul-betul sesat? Piirah !!!

Umno kini terlalu banyak terlekat kahak, hanya tunggu tersedak dan tercekik sendirian sahaja!


Kerajaan jemput mufti tampil bersama Hadi di TV

Bernama 31 Dis 2012.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden PAS itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Sunday, December 30, 2012

KAHKAHKAHKAHKAH....ada tilor?

TARRAAK!! TARRAAK JUGAK...CHAIT!!

Sinar Harian melaporkan:

Amanat Hadi: Pas Pusat harap RTM, TV3 buka laluan.

WARTAWAN SINAR HARIAN

30 DISEMBER 2012

SHAH ALAM - Pas Pusat berharap kerajaan akan membuka laluan bagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana selepas diserang berminggu-minggu berhubung isu Amanat Haji Hadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan.

"Pas menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu Amanat Hadi di media perdana Pas menyokong penuh hasrat Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

"Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden Pas untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu Amanat Hadi," kata beliau dalam satu kenyataan media.

Semalam, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Hadi berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Amanat itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota Pas mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.

Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut, sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akan menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi itu sekiranya dapat menjelaskan tersebut menerusi siaran televisyen.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkat, Pas melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.

Oleh itu, tambah beliau, peluang satu jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.

"Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

"Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," kata beliau sambil bertanta, "kenapa Presiden Pas tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?"