Followers

Saturday, December 29, 2012

Sendiri sibuk pasang perangkap, sendiri kena!


Kahkahkahkahkah....Bermula dengan latahan Harusani dan Ulamak Hingusan Umno, Umno dan para cai sibuk pasang perangkap 'Amanat Haji Hadi'. Hari ini TG Haji Hadi telah hempuk perangkap apa yang dikatakan Umno Amanat Haji Hadi itu ke kepala Umno...."Beri saya 1 jam live di RTM untuk jawab apa yang dikatakan Amanat Haji Hadi lepas itu biar masyarakat menilai". MANTAP!

Dengan hempukan sekuat itu, Umno kini tengah pening kepala, bengang dan berdengung seketika...kahkahkahkah! Bakpalah Haji Hadi buat begitu!!

Sakit kepala anak Yatim hingga hanya mampu menjawab....RTM tak ada halangan kalau sesuai!....kalau sesuai!!!

Hah...gatal lagi nak main isu yang dah tak ingat dek orang, sekarang tanggung sendiri. BAGI lah SEGERA TG haji Hadi 1 jam live masuk TV, tak payah cakap banyak. Kalau tak bagi, bapok...KHAH!

Diri sendiri berjelu'ah taik!


Puak-puak tukang kipas Umno nampaknya dah tak ada modal lain. Asyik-asyik PAS pecah belahkan perpaduan Melayu, PAS telah terpesong dari perjuangan asal, PAS ditunggang oleh DAP, tak ada langsung modal kempen lain melainkan nasi basi belaka!

Dah jemu jelak dah rakyat dengan nasi basi tersebut! Tak payahlah diulang-ulang.

Sekali-sekala elok tukang kipas  dan pahlawan cangkul Umno macam syed Ali letak cermin besar-besar depan muka Umno....tengok siapa yang menggadai begitu banyak tanah Melayu? Siapa yang merosakkan matlamat DEB untuk memperkasakan ekonomi Melayu? Siapa yang kerap menipu Melayu ? Siapa yang melahirkan Umno Baru...Melayu atau Mamak? Siapa yang memesongkan perjuangan Umno ...pemimpin umno atau pemimpin Umno Baru? Dan yang paling penting tengok dan cam betol-betol sapa yang tunggang Althantuya?

Aleh nak kata kat orang, diri sendiri berjelu'ah taik!

Sinarharian melaporkan:

Syed Ali: PAS bertanggungjawab pecah belahkan perpaduan Melayu

KUALA LUMPUR -Seorang pemimpin Umno hari ini menuduh Pas telah lari daripada perjuangan asalnya dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata peranan golongan ulama dalam parti itu juga sudah terhakis kerana tidak berupaya menghadapi tekanan daripada DAP.

"Pas terpaksa menggugurkan wadah perjuangan Islamnya kerana menyedari parti itu tidak boleh hidup tanpa sokongan daripada DAP dan PKR, katanya

Syed Ali menegaskan bahawa golongan ulama Pas termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah tidak lagi relevan dan, adanya mereka kini seperti "tunggul kayu buruk" yang tidak

Beliau berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas termasuk Nik Aziz yang berani membantah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas menentang apa juga cadangan ke arah pembentukan sebuah negara Islam termasuk pelaksanaan hukum hudud.

"Ini menunjukkan pemimpin Pas terutama Nik Aziz cakap putar belit dengan memainkan sentimen agama yang dipolitikkan untuk meraih sokongan pengundi Melayu," katanya.

Sambung di sinarharian

Teringat cerita taik, "Shit" tulisan Shahnon!

Kalau betollah ni, memang kepala taik!


Friday, December 28, 2012

Bukan sekadar rabun angka ustaz tapi bengong!

Dahlah mengidap 'rabun angka', Umno Baru jugak berotak benak dan bengong. Kelemahan mentaakul dan kebijaksanaan memfitnah adalah dsrah daging Umno. Itulah padahnya parti yang mengamalkan politik suku, agama suku dan berpegangan 'matlamat menghalal cara'.

Harakahdaily melaporkan:

Umno kena penyakit 'rabun angka'

Harakahdaily, 28 Dis2012

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka yang dahulu dengan angka yang kemudian.

"Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012.

"Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberi contoh lain iaitu berhubung hasil kutipan balak di Kedah telah yang meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta dibawah pemerintahan PAS negeri itu.

Selain itu beliau juga membawa fakta berkaitan simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu.

"Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku," katanya.

Penyakit rabun ini ujarnya semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan Pakatan Rakyat.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, December 26, 2012

Satu lagi idea gila

Mengimport Guru BI dari India, memang cadangan gila yang bakal menjahamkan dasar pendidikan negara seperti mana juga dasar PPSMI. 

Umno/Bn terutama Umno, memang sudah hilang idea dan telah putus 'haid' hingga hilang daya fikir yang lebih berkesan dengan membuat cadangan yang tidak perlu ini. Rakyat sendiri bersepah layak menjadi guru BI, nak ambik pula guru dari luar! Dari India pulak tu!

Sudahlah negara ini dah penuh dengan Bangla di mana-mana, tak lama lagi sekolah-sekolah pulak akan penuh dengan guru-guru yang tak faham budaya tempatan dari India!

Beginilah Umno berfikir dan berkerja, kera di hutan disusukan, anak bangsa diribaan mampos kebulur tunggu posting!

Marilah kita pakat 'campak' Umno ke dalam banjir musim tengkujuh ini! Dah tak relevan lalu!!

Malaysiakini melaporkan:



‘Nak import dari India, graduan ISMP menganggur

Zulaikha Zulkifli 26 Disember 2012.

Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.

Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.

Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari  IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.

Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.

"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.

Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi  pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.

Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.


Muncul lagi seekor ulaw sawa tua!


Sejak akhir-akhir ini banyak ular sawa tua yang muncul. Cam makhluk ini ular sawa kerana perangai atau percakapan mereka dalam keadaan dah tak laku dan tiada gigi, kelihatannya masih berbelit-belit.

Ular sawa terbaru yang sibuk memberi pendapat begitu begini dan konon pilihanraya di Malaysia bersih cuma sistem tak lengkap ialah bekas Ketua SPR yang masa berkuasa dulu tak ada satu parti pembangkang utama kepada Umno/Bn yang tak menjadi musuhnya dan mangsa cemuhannya.

Kalau dah bertahun kamu jadi Ketua SPR dulu, kamu biarkan sistem tak lengkap dan mencadang smbil lewa sahaja kepada kerajaan Umno hingga memberi kesan ketidak-adilan teruk kepada parti-parti pembangkang, masih lagi kamu kata bersih, memang haramjadah (pinjam kata2 sopan PM Najib).

Weyh dah pencen ni tak payah berbelitlah, lebih waras kamu duduk diam atau turun sama dengan rakyat 12 januari ini. Ulau sawa punya orang ....chait!

Sinarharian.com melaporkan:

Bekas Ketua SPR: "Pilihan Raya bersih, cuma sistem tak lengkap"

G MANIMARAN DAN SALMAH DRUHAMAD DRAHSIN

26 DISEMBER 2012

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempertahankan bahawa pilihan raya dijalankan di negara ini selama ini "bersih", tetapi mengakui banyak komponen tidak lengkap seiring dengan kehendak dan keperluan semasa.

Sehubungan itu, Abdul Rashid yang terlibat dalam perjalanan SPR selaku setiausaha dan pengerusinya selama 27 tahun berkata, beliau sedia mencabar jika ada sesiapa yang mengatakan sistem pilihan raya negara ini kotor.

Beliau juga memberitahu bahawa sistem sedia ada yang dirangka lebih lima dekad lalu, lengkap ketika itu, tetapi tidak pada masa sekarang ekoran perubahan masa dan kehendak rakyat yang terdedah kepada perkembangan dunia.

"Pilihan raya kita bersih. Masalahnya elemen, komponen yang tidak ada dalam sistem itu, menyebabkan demokrasi dalam pilihan raya bukan satu demokrasi yang lengkap untuk masa sekarang.

"Dulu lengkap. Untuk waktu ini, tidak begitu lengkap sebab orang buat perbandingan dengan negara luar.

"Tapi apabila orang sudah sedar, (mereka mula bertanya) ini mengapa tak ada, ini kenapa tidak ada, itu yang menyebabkan kecoh. Tapi pilihan raya kita tetap bersih. Tidak perlu lihat ia secara serong. Mereka ini adalah kerajaan sah. Mereka ini berhak (untuk mengundi)," kata beliau yang bersara di akhir 2008.

Abdul Rashid berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian Online baru-baru. [Ikuti temu bual dua bahagian di segmen wawancara].

Menjawab soalan sama ada sistem pilihan raya negara ini secara keseluruhan bersih, Abdul Rashid berkata, "bersih, jangan kata kotor."

"Saya nak cabar siapa yang kata pilihan raya kita kotor. Bersih berdasarkan undang-undang yang ada dan ia sempurna, kalau kita tidak fikir tentang benda lain.

"Kalau kita fikir benda lain yang tidak ada dalam undang-undang itu, tapi jangan sebut kotor. Ia tidak kotor. Ia bersih. Ia tidak lengkap sahaja. Tapi yang anda sebut tadi, itu hanya penambahbaikan sahaja," katanya.

Tambah beliau: "Macam contohnya, kita kata kaji undang-undang pendaftaran pemilih. Buat undang-undang lain."

Katanya, beliau sedia berkongsi jika pihak yang berminat untuk menggubal undang-undang baru.

"Kalau orang lain datang jumpa saya, senang saya beritahu. Saya boleh bagi undang-undang itu, kalau dia mahu.

"Tapi orang sekarang ini sombong. Mereka tak mahu orang macam saya ini, tak berapa pandai. Mereka mahu yang pandai-pandai lagi. Tak apalah. Kalau hendak saya berikan tip, saya boleh berikan semua. Tapi orang tak datang jumpa saya kerana mereka fikir, saya tidak pandai," katanya yang turut mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba.

Perkara yang sama pernah diketengahkan oleh beliau beberapa tahun sebelum bersara sebagai Pengerusi SPR.

"Jadi saya cadang begini. lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta," katanya.

Bagi Abdul Rashid jumlah RM50 juta bukan satu kadar yang besar jika mahu menghilangkan kerisauan dan rasa sangsi di kalangan sesetengah pihak.

"Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.

"Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.

"Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah," katanya.

Jelas beliau, selagi keadaan macam ini berterusan, maka selagi itu dipertikaikan daftar pemilih.

"Dan parti-parti politik yang modal politiknya sikit, akan menggunakan isu pengundi hantu sebagai isu untuk meraih simpati dan yang tidak sedapnya, dia tuding jari kepada SPR," katanya.

Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Jun depan.

Awal tahun ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dibentuk susulan perhimpunan Bersih 2.0 Julai 2011 mengemukakan 22 perkara.

Perhimpunan Bersih pertama diadakan pada akhir 2007 manakala yang ketiga April lalu.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Monday, December 24, 2012

Orang tua ni dok sibuk dengan kerja orang lain, kerja sendiri hampas!

Orang tua ni dok sibuk konon kalau nak tapis calon bertanding pilihanraya perlu undang-undang! Konon!

Duduk bersibuk dengan kerja orang pandai sangat, kerja sendiri macam taik. Bersihkan dulu dan segera daftar pemilih, laksanakan segera 8 tuntutan rakyat ke arah pilihanraya bersih, hapuskan pengundi hantu, jangan banyak bersibuk dengan urusan orang lain macam awak tu pandai dan serba tahu! Tak guna punya mat botak cheh!

Dasar cai murahan!

Sunday, December 23, 2012

Sekali program pandir akan dilaksanakan oleh KPM!


Selagi KPM dipaksa merujuk kepada orang politik dan para profesor yang banyak berteori selagi itulah masalah penguasaan BI sekolah-sekolah tak akan selesai. Sebenarnya apa yang berlaku terhadap pencapaian BI dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah bukanlah berpunca daripada guru-guru tetapi disebabkan sistem pembelajaran BI di sekolah adalah salah dan tak selaras dengan apa yang dikehendaki. Apa yang KPM nak sebenarnya- nak melahirkan pakar BI atau nak melahirkan rakyat yng mampu berkomunikasi dalam BI?

MAKA  itu sistem dan kaedah pnp mesti ada dua kaedah antara melahirkan pakar BI dengan melahirkan mereka yang mampu berkomunikasi! Untuk melahirkan pakar  BI Penekanan mesti menyuluruh terutama dari aspek tatabahasa. Untuk mampu berkomunikasi penekanan perlu lebih kepada pengkayaan perbendaharaan kata dan kemampuan menyampaikan idea.

Apa pulak sampai perlu ambil guru dari India! Baik ambik guru dari Monggolia!

Malaysikini melaporkan:

Ambil guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP

Bernama 4:06PM Dis 22 2012

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.

"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.

Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.

Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.

Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.

"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.

Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.

]Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.

"Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.

"Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.

Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.