Followers

Saturday, December 22, 2012

Wou...Najib PM paling hebat rupanya...


Tapi nampaknya paling haramjadah (aku tak maki, aku kata dengan lembut je...).

Bayangkan 5 PM gagal menandingi kehebatan Najib Rosmah. Mahathir yang perasan sebagai PM paling cerdik pun bodoh dalam hal yang Najib begitu cemerlang ini. Maka layaklah Najib Rosmah dianugerahkn sebagai Bapak Harmjadah Malaysia sebagai penghormatan kerana pandai but hutang! Tahniah orang Pahang!

Harakahdaily melaporkan:

Hutang RM500b: 3 tahun Najib atasi 5 PM terdahulu

Khairul Azlam Mohamad,

SETIU: Kerajaan Pakatan Rakyat bakal menanggung bebanan hutang melebihi RM500 bilion jika Umno dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerajaan Pakatan Rakyat dapat Putrajaya pun tidak seronok sebab negara ini di ambang bankrap.

Ini kerana, katanya, hutang negara kini mencecah lebih RM500 bilion di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, sewaktu pemerintahan bekas PM terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi hutang negara berjumlah RM250 bilion.

“Ini bermakna, hutang negara tiga tahun di bawah Perdana Menteri Najib mengatasi jumlah hutang yang dibuat oleh lima PM terdahulu,” jelasnya ketika berucap pada majlis minum petang sempena perasmian Pasti dan Surau As-Sakinah di Kampung Gong Tengah, Merang, petang semalam.

Berita dan idea yang paling lawak minggu ini.

Cadangan Johan Jaafar yang sespesis dengan Zainuddin Maidin itu begitu kelakar dan paling lawak. Kenapa ianya jadi kelakar dan lawak? Sebab Johan cadang Suruhanjaya Pencegaan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM DICADANGKAN TAPIS CALON? KAHKAHKAHKAHKAH...macam suruh kera jaga pisang je! Baik tak payah...nanti ada yang terjun tingkap! Elok SPRM dicadangkan selesai dulu penyiasatan dan pendakwaan kes RM40 juta yang membelit Musa di Sabah, komisyen kapal selam dan macam-macam lagi yang begitu banyak dalam kalangan jerung-jerung besar Umno/Bn.

ATAU lebih baik SPRM duduk diam je lah selagi ada Najib dan Rosmah / Umno dan Bn!

Sinarharian melaporkan:

Calon PRU13 ditapis SPRM sukar dilaksana

WARTAWAN SINAR HARIAN 22 Disember 2012

SHAH ALAM – Cadangan agar bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sukar dilaksanakan kerana faktor masa dan jumlah nama yang terlalu besar, melibatkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, tujuan ke arah itu baik tetapi agar sukar untuk dilaksanakan.

"Kerajaan perlu memikirkan apakah ianya paktikal untuk dilaksanakan atau tidak kerana ia memerlukan kaedah atau tatacara mengikut prosedur operasi standard SPRM,” katanya.

Menurutnya, mungkin SPRM menerima tuduhan sebagai ‘pilih bulu’ walaupun ia badan bebas.

“Tanggungjawab parti memastikan calon yang bertanding adalah bersih daripada rasuah. Pengundi mahu calon bersih,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.

Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.

Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Tan Sri Kadiq kata, dulu juta...juta, la ni belion...belion...belion! TENGOK..


Nasib negara kita makin hari makn parah! Tengah kita menunggu isu pertama dijawab, timbul pulak isu-isu berikutnya tanpa jawapan atau dijawab dengan jawapan yang semakin menimbulkan tanda tanya yang kian berpanjangan.

Akhirnya rkyat membuat kesimpulan kerajaan yang perintah oleh Umno/Bn memang teruk dan amat menjahanamkan. Tengoklah 200 belion pulak dahh!!

Kalau masih ada lagi rakyat yg nak jugak lagi undi Umno/Bn dalam PRU13 nanti, tak tahulah apa jenis kepala otak rakyatkah macam tu? Memang tak cerdik!!

Harakahdaily melaporkan:

Wang Haram RM200b: Wajib 'ubah' sebelum parah

Harakahdaily, 21 Dis2012

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia wajib mengubah kerajaan di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, jika mahu menyelamatkan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Menurutnya, BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat.

Ia jelas terbukti dengan pendedahan terbaru Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington bahawa hampir RM200 bilion wang haram mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010.

"Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Beliau turut mengimbau kembali beberapa lagi bukti kelemahan pentadbiran BN termasuk hilang rekod kemasukan Altantuya daripada Imigresen.

Selain itu katanya, sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang mengaitkan nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

"Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh hilang," katanya.

Selain itu ujarnya, masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib.

Sehingga kini katanya Najin tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu.

Kelemahan ketara pentadbiran BN juga katanya dapat dilihat apabila hutang negara semakin meningkat.

Pada tahun 2004 ujarnya, hutang negara berjumlah RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

"Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

"Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya," katanya lagi.

Oleh itu tegasnya, rakyat wajib mengubah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Friday, December 21, 2012

KAHKAHKAHKAHKAH...mamposlah Umno haramjadah (tak salah asal kata dengan lembut!)


Sinar Harian melaporkan:

Pas: Nik Aziz masih relevan, perlu tanding PRU

JAMILAH HAMZAH 21 Disember 2012

SHAH ALAM - Pas menegaskan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih relevan untuk menjadi salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang telah diputuskan oleh pihaknya meskipun masalah kesihatan beliau dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, pendirian Nik Aziz untuk bertanding dalam PRU13 adalah keputusan parti yang masih memerluka beliau untuk bersama memimpin.

Beliau berkata, Nik Aziz dan juga Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan dan Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk mengekalkan kedua-dua calon tersebut.

"Kita telah putuskan Nik Aziz dan Hadi (Presiden Pas) bertanding pada PRU13 ini.

"Masalah kesihatan sikit itu memang ada dan menjadi perkara biasa.

"Jadi Nik Aziz dan Presiden memang masih relevan, parti mempunyai pertimbangan sendiri mengapa masih mengekalkan mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam mengikut laporan media, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada PRU13 walaupun keadaan kesihatan dipersoalkan.

Nik Aziz berkata, untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-ALLAH...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu tubuh badan sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut Mustaffa turut mengakui keupayaan berfikir dan otak yang sihat penting untuk politik bukan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan fizikal seperti yang dikatakan Nik Aziz.

Beliau berkata, jadi Pas tidak akan mengubah sebarang keputusan yang telah diputuskan walaupun ada desakan atau kritikan daripada parti lain yang mempertikaikan keadaan calon telah dipilih termasuk Nik Aziz.

Thursday, December 20, 2012

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) nak berdrama macam SPR dan SPRM jugak?

Beginilah cara kerajaan Umno/Bn menyelesaikan masalah isu yang membahayakan rakyatnya. Tunggu ada sisa radioaktif dahulu barulah boleh diuji! Satu sikap yang amat sambil lewa dan terlalu pandir bunyinya.

Sedangkan insustri yang sama ada di negeri Cina. Pergi sahaja ke sana dapatkan maklumat! Inisiatif tersebut lebih praktikal dan tidak berisiko daripada nanti menghabiskan wang rakyat untuk membuat kajian sisa radioaktif Lynas di Gebeng!  

Semua negara luar tak mahu menerima sisa daripada pemprosesan nadir bumi itu. Sikap ini sudah tentulah kerana ianya mempunyai kesan-kesan tertentu yang begitu memberi risiko kepada rakyat mereka. Bagaimana kerajaan Umno/Bn begitu tergamak untuk tidak memikirkan keselamatan dan kesihatan rakyat sedangkan negara lain begitu mengambil berat?

Nampaknya begitu bangsat cara Umno/Bn memerintah dan menguruskan kebajikan serta keselamatan rakyat sendiri! Kalau kerajaan Umno/Bn ikhlas tutup sahaja kilang Lynas itu, tapi malang buat rakyat Malaysia, kerana kerajaan Umno/Bn memang jelas tidak ikhlas demi keuntungan buat kroni dan laba poket para cukong kesayangan!
 
Ketua Pengarah AELB kata, AELB bersungguh-sungguh akan memantau loji pemprosesan itu. Dalam situasi tahap rasuah negara Malaysia masih corot dalam senarai dunia, aku tak percaya dan tak harap langsung!!!! Boleh harapkah?

Lebih baik AELB tak payah berdrama, bagi sahaja nasihat dan fakta yang benar mengenai sisa pemprosesan nadir bumi yang sudah dimaklumi! Jangan pertaruhkan keselamatan dan kesihatan rakyat yang berada dalam lingkungan 40 kilometer dari kilang tersebut sebelum penduduk dalam kawasan berkenaan menjadi zombie ciptaan kerajaan Umno/Bn!!



AELB belum boleh uji pelan rawatan sisa

Hazlan zakaria

Proses rawatan sisa yang dicadangkan oleh Lynas Corporation dari loji penapisannya di Gebeng, Kuantan masih belum diberi kelulusan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Ketua Pengarahnya, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan (kiri) berkata proses itu masih belum diuji kerana tidak ada apa yang hendak diuji.

Ketika ditemui di luar bengkel keselamatan nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kitaran (pengeluaran) loji itu belum lagi selesai, maka belum ada sisa untuk diproses.

Oleh itu, katanya, AELB masih belum untuk mengesahkan bahawa proses tersebut adalah selamat atau ia benar-benar akan mengurangkan sisa radioaktif dari loji berkenaan kepada bahan radiasi paras rendah yang selamat untuk diangkut dan dikendalikan sebagai produk komersial. 

Bagaimanapun, Raja Aziz memberi jaminan bahawa AELB bersungguh-sungguh memantau loji pemprosesan tersebut.
Beliau berkata pengawal selia akan menggunakan operasi loji Lynas sepanjang tempoh TOL untuk menilai dan memantau keadaan. 

Ini termasuk menentukan sama ada pemprosesan sisa itu benar-benar berfungsi dan sama ada produk sampingannya akan selamat untuk kegunaan komersial.

Wednesday, December 19, 2012

SPR dah mula panas punggung!

JOM KITA SAMA-SAMA BERSIH 2.0 PANTAU PRU 13. SPR si pencacai Umno dah mula gubra dan tension apabila Bersih 2.0 melancarkan kempenJom Pantau Pru 13.

Spr dah mula bimbang tak dapat laksanakan projek memenangkan UBN apabila ada pemantauan. Keengganan Pru dipantau menjadi bukti bahawa ada kerja jahat yang akan dilakukan dalam pengendalian Pru 13.

OLEH itu jom kita pantau PRU 13!

Jangan ganggu urusan PRU, SPR ingatkan Bersih

JAMILAH HAMZAH 19 Disember 2012 SHAH ALAM -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan Bersih 2.0 supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya walaupun mempunyai hak sebagai rakyat untuk menjadi pemantau Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kempen Jom Pantau PRU13 yang bakal dilancarkan oleh Bersih 2.0 tidak akan membantu kelancaran pilihan raya, sebaliknya akan menimbulkan pelbagai masalah.

Menurutnya, SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguat kuasa dan SPR.

"Kita tak nafikan itu hak rakyat untuk turut menjadi pemantau dalam pilihan raya, namun kita khuatir akan timbul masalah lain kepada SPR dan pihak penguatkuasa sendiri.

"Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bersih 2.0 akan melancarkan kempen Jom Pantau PRU13 bulan depan bagi memantau PRU13 agar diadakan dengan lancar tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Beliau berkata, kempen itu akan memastikan rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, keluar mengundi pada hari pemilihan nanti.

“Kita akan jemput pengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut kerana jumlah pengundi yang ramai akan membawa perubahan kepada penipuan.

"Ia juga akan meminimumkan dan mengurangkan penipuan daripada berleluasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata secara umumnya Bersih 2.0 ini ditubuhkan atas kepentingan sesuatu parti, jadi mungkin mereka mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan parti tersebut.

Soal beliau, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, "namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU13?"

"Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul," katanya.

Sumber: sinarharian online

Tuesday, December 18, 2012

Ulama budak yang tak ada kerja nak buat!

Orang ramai semuanya sudahy tidak bersibuk lagi dah dengan apa yang dikatakan 'Amanat Haji Hadi' itu. Semua orang sudah faham apa yang tersurat dan tersirat dari apa yang dikatakan amanat itu. Tiba-tiba dia alih-alih desak TG Haji Hadi mohon maaf! Alahai.....

Sepatutnya Fathul banyak lagi yang engkau perlu buat sebagai ulamak budak Umno. Contohnya tolong drafkan Hudud Umno yang tidak pernah muncul-muncul, keranz bagi orang Umno yang Pas duduk sibuk perjuangkan ini adalah hudud Pas! Tak apalah kalau tak ada hudud Umno pun, drafkan hudud Islam yang sebenar dan cadangkan kepada parti kamu untuk dilaksanakan....boleh?

Kalau kamu duduk sibuk desak Haji Hadi mohon maaf, tolong desak jugak Mahathir yang kata kalau laksanakan hudud, habislah tangan orang Islam kudung, orang Islam tak boleh buat kerja, habis batu tak boleh buat jalanraya, boleh buat sup tangan dan yang paling jahat memfiatnah hudud sebagai hudud PAS! Nabi tak becukur kerana tak ada gillete! Amacam?

Macam mana pulak dengan 'fatwa' Mahathir lebih baik pilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali?

Jadi Fathul tak payahlah kamu nak jadi budak tak empuk....bercakap benda yang patutnya dah selesai lama dahulu lagi! Kamu mungkin belum lahir lagi kot waktu PAS  dan Haji Hadi ajak Umno berdebat sampai Umno kelam-kabut buat latihan ? Akhirnya Umno minta bantuan Agung selamatkan maruah! Kan dulu kalau jadi debat dah selesai masalah!

Desak Hadi mohon maaf secara terbuka

WARTAWAN SINAR HARIAN 18 Disember 2012 SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak meminta maaf secara terbuka kepada Umno dan seluruh rakyat Malaysia kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengkafirkan Umno 31 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.

“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa Pas menuduh Umno berpaling dari agama Islam.

“Mereka (Pas) menuduh Umno kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas ahli Pas, Zainon Ismail bahawa Abdul Hadi mengeluarkan amanat pada 1981 yang mengkafirkan Umno sehingga ada ahli Pas sehingga kini menganggap orang Umno adalah kafir.

Sumber: SinarHarian

Cheh...tengok ZAM punya pasal!



KAH...Zam yang ingin menyumbang kepada tuannya, akhirnya sumbang dan kerenyeh sendirian! Dan nampaknya anak Maidin ini berjaya menjadi 'tokoh wartawan' yang memalukan kewartawanan di Malaysia! Tahniah Zam, teruskan sumbangan yang sumbang kamu itu!



Dihina eks Menteri Malaysia, Habibie Makin Akrab Dengan Anwar Ibrahim


Tulisan mantan menteri penerangan Malaysia Zainudin Maidin yang menghina mantan presiden BJ Habibie juga ditujukan pada tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim. Namun tulisan itu rupanya tak mempengaruhi hubungan Habibie dan Anwar, keduanya bahkan semakin akrab.


Hal itu terlihat saat Anwar datang ke Jakarta hari ini bersama anak dan istrinya, Nurul Izzah dan Wan Azizah. Mereka sengaja terbang untuk menonton pemutaran perdana film ‘Habibie & Ainun’ sore ini di Epicentrum, Kuningan, Jaksel, Senin (17/12/2012).


Sebelum menonton, keduanya sempat makan siang bersama di kediaman Habibie. Anwar menceritakan kebersamaannya dengan Habibie di akun twitternya @anwaribrahim.


“Jakarta: bersama Azizah @n_izzah dan RAShahrir kerumah exPres Habibie. 3ptg:nonton “Habibie-Ainun” tulis Anwar.
 

Anwar juga sempat mendiskusikan soal artikel Maidin di harian Utusan Malaysia yang sempat membuat heboh itu. Keduanya mengaku hanya tertawa saja melihat cara Maidin menggambarkan sosok Habibie dan dirinya.


“Sy makan dirumah Habibie-kami ketawa je”


Tak hanya itu, foto-foto keakraban keduanya juga terlihat di akun @habibiecenter dan staf Anwar. Mereka saling berangkulan sambil tersenyum lepas.


Sore ini, baik Anwar maupun keluarganya juga sudah hadir di lokasi pemutaran film. Presiden SBY beserta jajarannya juga hadir dalam acara.


Sebelumnya, di rubrik Tajuk Rencana (editorial) koran Utusan Malaysia edisi Senin, 10 Desember 2012, mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin menulis dengan judul “Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim”. Di media yang dikontrol langsung pemerintah itu, Zainuddin menggambarkan Habibie sebagai sosok egois, memualkan, serta pengkhianat bangsa.


Zainudin mengawali tulisannya dengan mengatakan ‘Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).’ Zainudin juga menyebut keduanya sebagai anjing imperialisme.


Hubungan Habibie dan Anwar memang cukup akrab. Anwar — yang hendak mengikuti Pemilu Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis 6 Desember 2012 lalu. Kunjungan itu sebagai balasan atas kedatangan Anwar Ibrahim di Jakarta pada 28 November 2012 untuk menghadiri ‘Celebrating The Habibie Center’s 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period. Anwar Ibrahim, mantan Wakil PM Malaysia, memuji Habibie dengan menyebut era Habibie yang singkat membawa perubahan besar di Indonesia.



Sunday, December 16, 2012

Pendirian PAS tidak jelas?

Dalam hubungan dengan DAP, prinsip PAS sangat jelas. Hal ini telah berkali-kali dinyatakan oleh Presiden dan kepimpinan PAS. PAS tidak pernah berselindung dalam menyatakan prinsip yang dipegang dan diperjuangkan secara tegas tanpa tolak ansur. SEMUA pihak sangat tahu dan sangat faham hal ini.

Tuan Guru Presiden PAS menyatakan, "Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

"Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat."

Tuan Guru Presiden menegaskan lagi, kerjasama PAS dan DAP berlaku atas titik persamaan dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.

"Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan ekonomi, rasuah, itu sama. Hudud dan kisas itu tidak sama."

Demikian pendirian PAS yang jelas, mudah difahami dan cukup tegas.

Maknanya dalam soal memartabatkan keadilan Islam dan aqidah, PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak ansur sama ada pihak lain suka atau pun tidak suka, sama ada pihak lain merasakan PAS rugi atau pun untung.  

Kesimpulan yang jelas, jika takdirnya berlaku kerjasama atau mungkin perpisahan, dengan DAP atau mana-mana parti politik dengan PAS selama ini atau selepas ini, ianya adalah atas dasar dan prinsip tersebut yang berpandukan kepada nas al Quran dan Hadis sebagai sumber panduan utama PAS.

Hanya Umno dan pencacainya sahaja yang begitu benak untuk memahami prinsip PAS ini sebagaimana kabur dan kelirunya serta kluk-kleknya prinsip Umno dalam Barisan Nasional selama ini.

Berita diulas:

PAS tak kisah gambaran DAP

KUALA TERENGGANU –Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.

Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas
terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, semalam.

Majlis dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dihadiri pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama Pas dan DAP berlaku atas titik persamaan dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.

“Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang ISA, OSA, penyelewengan, ekonomi, rasuah. Itu sama, hudud dan kisas itu tidak sama.

“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian