Followers

Thursday, December 13, 2012

Heee...takutnya!!!




PRU 13: Jangan perkecil undi Perkasa


WARTAWAN SINAR HARIAN

13 Disember 2012.

KUALA LUMPUR -  Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.

"Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting," kata  beliau kepada Sinar Harian Online semalam sempena Perhimpunan Agung Perkasa hujung minggu ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya lagi.

Perkasa ditubuhkan susulan pilihan raya umum empat tahun lalu. Ia akan mengadakan perhimpunan agung tahunan ketiga Sabtu ini.

Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13.

"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.

"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih," kata beliau yang mengesahkan pihaknya memutuskan untuk menyokong BN.

Katanya, ia keputusan dicapai pada sesi pemukiman Perkasa pertengahan tahun ini.

PAS Tunduk...KAH!

Begitu sedap dan lancar bunyinya mainan kata-kata nista dan fitnah Utusan Meloya terhadap PAS: "PAS Akhirnya Tunduk"!

Di situ tertonjol hakikat bahawa lidah Utusan Meloya itu saling tak tumpah lidah Zam anak Maidin terhadap Bapak BJ Habibie dan saudara Anwar Ibrahim! Memang begitulah agaknya kalau datang dari spesis yang sama...spesis haramjadah!

Mengkaji semula peraturan selepas 21 tahun berdasarkan realiti semasa di Kelantan, dikatakan tunduk, apa pula perkataan atau istilah yang hendak digunakan, agaknya kalau memiliki Pulau Batu Putih sepanjang hayat milik kepulauan Melayu, akhirnya tunduk serah kepada kuasa asing akibat kebodohan seorang Menteri Luar dan Peguam Negara yang pemalas? 

Agaknya hilangnya Singapura sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu bukan bermakna tunduk? Habis maknanya apa? Bacul!

Tak pasal-pasal, tak ada kudis dan gatal tiba-tiba terserah  bodoh tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura tidak bermakna Umno tunduk! Habis maknanya apa? Tolol namanya!

Jual air mentah kepada Singapura murah kemudian beli air mahal dari Singapura maknanya apa pula ya?

Selama Bn memerintah Pulau Pinang walaupun Umno menang banyak kerusi tak pernah ada peluang menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana takut kepada para pengundi bukan Melayu, itu bukan bermakna Umno tunduk tapi bacul dan tidak bertangungjawab namanya!

Umno tak berdengup-berdengap bila Chua Soi lek hina hukum hudud sebagai penyebab kemunduran, maknanya apa? Maknanya Umno tak tunduk kepada Soli Lek cuma balaci bisu pekak dan memang syaitan yang dikenali!

Kita nak tengok kerana mulut birat dan tangan gatal Zam anak Maidin lama mana Umno tak akan tunduk kepada desakan dan kemarahan Indonesia kerana memalukan bekas Presiden mereka!

Berita yang diulas:



Jika salun tunduk, Bagaimana dengan PPSMI?


Harakahdaily 13 Dis 2012.


KOTA BHARU: Jika langkah menangguhkan pelaksanaan syarat salun bercampur gender dianggap sebagai tunduk, bagaimana pula dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan kos berjuta-juta ringgit wang rakyat.
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Kelantan terhadap laporan media Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bagi Pemuda PAS, ketika peraturan itu dilaksanakan 21 tahun dahulu, sememangnya menjadi realiti di Kelantan kedai gunting rambut bercampur gender itu digunakan untuk kegiatan tidak bermoral.

Oleh itu, selepas 21 tahun, sudah tentu kajian semula perlu dibuat berdasarkan realiti hari ini dan keberkesanan pelaksanaannya selepas 21 tahun,  kata Ketua Penerangannya, Ustaz Fadhli Shaari.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengalu-alukan langkah kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang melarang perkhidmatan salun bercampur gender yang melibatkan salun milik non muslim seperti yang diputuskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Ini berasaskan kepada keperluan satu kajian terperinci sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh dua organisasi terbesar masyarakat Cina di negeri ini minggu lalu.

Dalam hal ini, katanya, DPPNK mengecam langkah akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 13 Disember 2012 yang meletakkan laporan penangguhan ini di muka hadapan dengan tajuk "PAS Akhirnya Tunduk".

Pemuda PAS menyifatkan tajuk demikian hanya bertujuan untuk menangguk di air yang keruh dan langsung tidak bersifat menyokong langkah penguatkuasaan undang-undang sebegini yang sesuai dengan hasrat untuk menjaga kehormatan moral dan akhlak.

"Sewajarnya Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno lebih malu dengan Umno yang sering mendakwa sebagai pejuang bangsa dan agama yang sedikitpun tidak terlintas untuk memperkenalkan undang-undang sebegini," katanya.

Dalam hal ini, DPPNK yakin bahawa langkah kerajaan negeri ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat termasuklah non muslim.

Ia berbeza ketika undang-undang ini mula diperkenalkan 21 tahun lepas di mana ia bertujuan mengekang aktiviti tidak bermoral dan nyata ia tidak mendapat bantahan daripada masyarakat non muslim pada masa itu.

Selain PPSMI, Kerajaan Pusat juga pernah menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas pelbagai bantahan, "adakah ia dilaporkan sebagai kerajaan tunduk?"

"Demikian juga kerajaan pusat pernah menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor dan ia tidak dinyatakan sebagai tunduk.

"Bahkan kerajaan juga ketika memansuhkan ISA, tidak disebut sebagai tunduk, tetapi disebut sebagai tindakan bijak. Adakah ia bermakna UMNO/Barisan Nasional bijak ketika memperkenalkan ISA, bijak ketika mempertahankan ISA dan bijak juga ketika memansuhkan ISA?" katanya.

Justeru dalam isu salun di Kelantan ini, DPPNK optimis semua pihak memahami hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa.

Namun, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian sosial dan menutup ruang-ruang berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

"Justeru, langkah kerajaan negeri menangguhkan penguatkuasaan ini sehingga satu kajian terperinci dilakukan amat tepat pada masanya," tegas beliau.

DPPNK juga mengecam tindakan parti Gerakan yang jelas memperlekehkan undang-undang ini apabila beberapa orang pemimpinnya sanggup datang ke Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan salun berlainan gender dengan tujuan untuk mencabar pihak penguatkuasa.

Dalam hal ini, DPPNK melihat Umno sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional gagal untuk mendidik rakan politiknya untuk lebih berdisiplin dan berhemah, tegas beliau.
"Namun, tindakan Umno ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Umno sudahpun tunduk sekian lama kepada parti Gerakan dalam isu pemilihan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipilih daripada parti Gerakan dan bukannya Umno yang memenangi majoriti kerusi DUN Pulau Pinang satu ketika dahulu," ujar Fadhli


Marilah kita terus 'happy' jika parti ketuanan Melayu menang lagi PRU 13!

Bil elektrik naik 41 peratus.

Sekiranya Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihanraya ke 13, rakyat dijangka membayar tarif  elektrik  lebih tinggi sehingga 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Penegrusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk menaikkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama 5 tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen/kWj, akan membayar sehingga RM0.46 sen/kWj.

"Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil eletrik bagi tempoh empat tahun seterusnya."

Sumber: SK95

Wednesday, December 12, 2012

Projek 'menzombiekan' rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang makin mendapat sambutan!

Pemikiran haprak seorang lagi menteri kabinet Najib - 'meradiasikan' rakyat Malaysia menjelang tahun-tahun mendatang. 

Bagus...negara luar semua tak nak beli, buat produk dari sisa Lynas jual kepada rakyat sendiri yang dirasakan bodoh-bodoh belaka, maka selesai masalah sisa ber-radiasi yang menjadi isu utama daripada projek tersebut! Cukup mudah dan begitu 'smart' sekali kabinet Najib selesai masalah yang ditentang rakyat.

Pemikiran celaru sebuah kabinet yang sedang tertekan akibat perangai bodoh sombong dan ego dapat dilihat dari kenyataan menteri ini. Kecelaruan dan kesesatan - kalau ada syarikat tempatan nak beli, sisa dari kilang Lynas itu akan dipasarkan, kalau tak ada, akan diekport! Wau!!

Wey mangkuk...negara mana yang bodoh sangat tu nak beli sisa Lynas untuk 'menzombiekan' rakyat sendiri selain negara di bawah pemerintahan Umno/Bn?

Aku bimbang kalau-kalau tak ada syarikat atau negara luar nak beli, UBN akan paksa syarikat GLC atau agensi-agensi dana rakyat yang beli! Ambik engkau padan muka...sokong lagi UBN!

Rasanya kalau di Pahang tempat yang selamat untuk simpanan sisa Lynas agaknya kalau di Pekan, di sekitar Padang Polo, kalau di Kuantan di sekitar Taman Gelora...rasanyalah! Itupun kalau orang-orang tinggal di situ tak ada masalahlah! Kan? Di Bentong pun boleh, sebab di situ dekat dengan kawasan Menteri Besar. Menteri Besar tentu tak ada masalah, sebab kalau potong telinga pun berani tak kan sisa radiasi Lynas pun takut!

Berita yang diulas:

Produk sisa Lynas boleh dipasarkan di M'sia jika...

Hazlan Zakaria

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ia ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.

Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli, katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut katanya lagi.

Beliau menjelaskan, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya.

Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan.

Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah.

Sumber: Malaysiakini

Tuesday, December 11, 2012

SPR kata tak salah ada 'syaitan yang dikenali'


Perangai syaitan yang cuba merosak keadilan pengurusan pilihanraya demi kepentingan syaitan yang lebih besar dan memandirkan rakyat terus dimiliki oleh SPR yang ada pada hari ini. Kenyataan Pengerusi SPR yang memandang remeh penglibatan seorang pegawainya sebagai aktivis Umno adalah menggambarkan segalanya.

Sampai bila SPR masih mahu memperbodohkan rakyat yang sedang menuntut sebuah pilihanraya BERSIH? Adilkah seorang aktivis Umno terhadap lawan mereka jika pertandingan itu membabitkan partinya? Malaikat apa ke pemuda Umno itu? Mengapa SPR terus mempertahankan perkara yang mendatangkan kecurigaan besar ini? Bukankah lebih mudah buat SPR  berusaha mengelak hal-hal begini secara total?

Atau SPR yang ini memang suka dikatakan bagaikan anjing-anjing tuan! Memang pun!

Pemuda Umno didesak letak jawatan dalam SPR

Hazayani Zakaria 11 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah meletakkan jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, sebagai orang penting dalam Umno, Aksyah tidak sepatutnya memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah.

"Pemuda minta Aksyah memilih salah satu daripadanya. Sama ada terus pegang jawatan dalam Pemuda Umno dan tinggalkan SPR atau sebaliknya.

"Tapi kalau boleh kita desak dia letak jawatan dalam SPR," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalanli Raja Laut hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa tidak salah pegawai-pegawai SPR menyertai parti politik tetapi tidak boleh memihak kepada mana-mana parti semasa menjalankan tugas.

Mengulas perkara tersebut, Ahli jawatankuasa DPPM, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 114(2) menyatakan harapan agar SPR dapat menjayakan keyakinan orang awam.

Tambah beliau, hal ini bermaksud SPR sepatutnya menjalankan pilihan raya dengan telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam memastikan hak-hak pengundi sejagat, persaingan yang adil bagi kesemua parti politik dan calon-calonnya.

"Ini bukan isu dia pernah melakukan kesalahan sewaktu bertugas dalam SPR tapi isunya dia seorang ahli parti dan memegang jawatan penting.

"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?

"Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, pengadil itu menyokong salah satu pasukan. Bagaimana penonton nak percayakan pengadil tersebut?" katanya yang merupakan seorang peguam.

Beliau juga berkata, tindakan lanjut akan diambil sekiranya Aksyah masih memegang kedua-dua jawatan dalam Umno dan SPR.

"Kalau SPR berdiam diri dan Aksyah meneruskan tugasnya seperti biasa, kita akan buat pendedahan seterusnya.

"Sekarang kita tunggu apa tindakan SPR dan Aksyah dulu," katanya.

SUMBER: Harakahdaily

Najib yang lsytihar perang, polis pencen yang berperang sesama sendiri! Hentamlah Labu!

Musa minta Ramli perjelas kekayaan

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menggesa Datuk Ramli Yusuff supaya menjelaskan bagaimana bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial itu "mengumpul kekayaan yang besar" semasa berkhidmat.

"Beliau harus menjawab. Bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan yang besar ketika dia masih dalam pasukan (polis)?

"Saya tidak mempunyai kekayaan sebesar itu. Beliau perlu menjawab," dakwa Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang penulis blog pro-Umno yang dikenali dengan nama Bigdog.

Dalam tulisan blog itu, Bigdog mendakwa Ramli memfailkan satu pengisytiharan pada 4 September 2007 yang menyenaraikan 52 aset yang bernilai lebih RM8 juta termasuk sebuah kondominium di Residence Pavilion bernilai RM1.1 juta.

Ramli sebelum ini mendakwa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

Sumber: Malaysiakini

Monday, December 10, 2012

Kan bagus kalau dari dulu macam ni!

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik



Muhammad Faizal  10 Dis 2012.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.


Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.
Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan.

Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya. 

Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik.

Dedah statistik jenayah

Musa juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka statistik yang sebenar jenayah negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.


Musa menyatakan, angka statistik yang diumumkan sebelum ini hanya merujuk kepada jenayah jalanan sahaja tetapi tidak merangkumi jenayah-jenayah lain.


"Kita melihat pada NKRA kerajaan hanya mengumumkan kadar statistik jenayah yang melibatkan jenayah jalanan sahaja iaitu seperti ragut dan sebagainya.


"Tetapi apa yang berlaku pada jenayah-jenayah lain seperti pecah rumah mahupun bentuk-bentuk jenayah yang lain, apakah kadar statistik jenayah tersebut," jelasnya.


Menurut beliau, rakyat sebenar keliru dengan kadar statistik yang diumumkan apabila kerajaan mengatakan kadar jenayah telah menurun sedangan rakyat terus mempersoalkan jenayah yang sering berlaku disekeliling mereka.


"Kerajaan perlu mendedahkan yang sebenar tentang kadar statistik jenayah biar semua tahu dan rakyat akan mengetahui kedudukan mereka dalam situasi jenayah negara," kata beliau lagi.


Beliau yang mengulangi masih menyayangi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan berharap agensi tersebut dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat.
 

Dianggarkan 40000 di himpunan kebangkitan rakyat Pahang

Sunday, December 09, 2012

Najib buat capati pulak di Pulau Pinang? Ewah!

Di Pulau Pinang kelmarin Najib Razak bakal PM terakhir parti Dacing (insya Allah), telah berusaha gigih untuk sekali lagi mencapatikan janji Umno/Bn. Oleh itu mari kita gelakkan dia!

Najib kita dia akan bina rumah mampu milik...kahkahkahkahkahkah...!!

"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja."
  
Najib kata lagi, pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini. Kahkahkahkahkah...Najib...Najib...masa Pak Su Khoon dulu bertimbun rumah murah kat PP!
  
Najib terus mencapatikan janjinya:
  
"Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalulintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur." KAHKAHKAHKAHKAH.....dah berapa puluh tahun perintah Pulau Pinang tak pernah teringat pulak selama ini nak buat LRT!!
 
Najib terus mencapati:  "Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati." UWEKK...Nak muntah aku!