Sejak akhir-akhir ini politik
samseng telah dilihat wujud dalam suasana politik Malaysia dengan begitu ketara.
Di Chini Pahang Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim hendak dibelasah! Di Sembrong, kereta Anwar Ibrahim kemek dan cermin pecah. Ceramah
diganggu dengan telur dan objek keras yang berterbangan. Di Kelantan bas
dinaiki Anwar disembah cat merah. Di Melaka, bas yang dinaiki Anwar dihalang,
pengawal peribadi yang cuba mengawal keselamatan Anwar ditangkap! Di Lembah
Pantai kecoh! Di Gombak tempat ceramah Anwar, dua orang penyokong PR koyak
lengan dan pecah kepala! Itu sekadar beberapa contoh.
Apa yang ketara politik samseng
dilihat sebagai percubaan parti-parti
pemerintah untuk memberi gambaran buruk terhadap kemaraan parti-parti Pakatan
Rakyat untuk mengusai Putrajaya.
Paling ketara biasanya di mana
ada program PKR yang berketua-umumkan saudara Anwar Ibrahim maka disitu akan
ada kekecohan yang sinonim dengan istilah politik samseng. Sekali lagi, jelas
setelah gagal menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai seorang gila seks, pengamal
pluralisme agama, barua Yahudi dan sebagainya, kini Anwar Ibrahim dengan susah-payahnya dilabelkan
pula sebagai pembawa politik samseng!
Parti-parti pemerintah memang
sering membuat kerja pelik sejak akhir-akhir ini. Di mana parti-parti Pakatan
Rakyat buat himpunan, ceramah atau program di situlah juga terhegeh-hegeh
puak-puak Umno akan buat benda yang sama. Terpekik terlolong berceramah
disebelah! Apabila petugas Pakatan Rakyat komplen maka berlakulah kekecohan dan
polis pun datang. Biasanya keputusan polis cukup menyakitkan hati, bukan yang
buat provokasi yang disalahkan atau diberkas sebaliknya yang mempertahankan hak
yang dituduh membuat provokasi terlebih dahulu untuk dipersalah dan diberkas!
Dalam hal politik samseng ini,
para pemimpin Umno biasanya tidak berdengup-berdengap, cuma sekali sekala
memberi komen menyalahkan parti lawannya. Perangai mereka bagaikan tok dalang
wayang kulit. Seolah-olah membiarkan politik samseng memangsai parti lawan
mereka. Mereka hanya sekadar buat tak nampak.... butakan sebelah mata!
Last-last hanya pandai keluar kenyataan tak bertanggungjawab, kalau Umno kalah
akan berlaku 13 Mei sekali lagi!
Kalau Umno/Bn kalah akan berlaku
13 Mei kata para pemimpin Umno! Isunya siapakah yang akan mencetuskan 13 Mei
itu? Parti-parti Pakatan Rakyat yang bejaya mengalahkan Umno/Barisan Nasional
dan kuasai Putrajaya akan mencetuskan 13
Mei? Tak ada kerjanya!
Adakah 13 Mei tercetus kerana
orang Cina akan mengamuk? Kenapa pulak? Semua kerusi MCA dan Gerakan yang kalah
akan dimenangi oleh semua calon-calon Cina, India dan Melayu dari parti DAP dan
PKR! Golongan peniaga tidak akan mengamok-bodoh yang mampu melingkupkan
kestabilan ekonomi dan dan perniagaan mereka! Lagi pun harta mereka banyak,
keadaan huru-hara akan menyebabkan mereka kehilangan harta, yang mana mereka
berhempas pulas cari selama ini!
Orang-orang Melayu yang akan
mengamuk? Apasal pulak? Semua kerusi Umno yang kalah dimenangi oleh semua calon
Melayu dari PAS dan PKR. Apasal tak kerja tiba-tiba orang Melayu nak mengamuk? Adakah
orang Melayu akan mengamuk kerana semata-mata Umno kalah? Alahai....soalnya ada
lagikah orang-orang Melayu yang sayangkan Umno yang dah teruk dan busuk sampai
ke usus itu? Bodoh benar!
Ha...jadi, nampak tak siapakah
yang akan mencetus 13 Mei yang seolah-olah sedang dirancang kiranya Umno kalah?
Siapa lagi kalau bukan dua tiga
kerat para samseng politik Umno dan dua tiga ekor ngo bebal Umno! Rehearsal-nya
dah bermula di Gombak! Kan?
Politik Samseng mungkin mahu dijadikan wayang buat menyaingi filem Tanda Putera? Adegan di Gombak mungkin antara adegan-adegan awal dalam babak pertama wayang 13 Mei kedua! Babak-babak berikut mungkin akan lebih hebat dan penuh aksi sehingga muncul hero yang diharap-harapkan oleh Umno! Siapakah heronya itu? Apa namanya? Mat MAGERAN? Mungkin!
Politik Samseng mungkin mahu dijadikan wayang buat menyaingi filem Tanda Putera? Adegan di Gombak mungkin antara adegan-adegan awal dalam babak pertama wayang 13 Mei kedua! Babak-babak berikut mungkin akan lebih hebat dan penuh aksi sehingga muncul hero yang diharap-harapkan oleh Umno! Siapakah heronya itu? Apa namanya? Mat MAGERAN? Mungkin!
