Eee....minta sisih !!
Ibrahim
Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Siapa
akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar
PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa
yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih
diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar
berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan
Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah
berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban
tersebut.
Tetapi
yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah
menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara
pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan
TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima
kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang
tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.
Ini
merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang
sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang.
Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti
senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah
kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat
dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah
kerayung.
Tetapi
keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu
siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting
permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita
mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara
ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun
dengan satu undi.
Walau
bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar
jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan
sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif
Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas
pilihanraya yang akan datang ini.
Selama
ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan
bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara.
Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti
sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun
dengan kelebihan ‘simple majority’.
Di atas
dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar,
Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri
jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau
sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka
mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.
Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai
peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap
saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu
kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak
menjadi ahli Parlimen.
Oleh itu
semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi
menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO
di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar
ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi
kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Untuk
menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi
pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di
negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya.
Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanray
tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah
dalam pilihanraya yang berikutnya.
Keadaan itu
adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di
negara ini.