Followers

Friday, November 09, 2012

Guru-guru terkepit PBS, Muhyiddin ada kisah?

Petang semalam tatkala aku minum bersama beberapa orang para sahabat dari kalangan guru, rata-rata guru-guru ini cukup marah dengan apa yang mereka sebut PBS ( Penilaian Berasaskan Sekolah)! 


Ada yang hentak meja! Ada yang kata, PBS ke arah paperless konon... paperless tak kucing! Ada yang merungut, biasanya yang bekerja tengah-tengah malam ni  ialah pelacur, sekarang ni cikgu pulak dah bekerja tengah malam buta! Kahkahkahkahkah...tergelak aku!

Yang lebih brutal, seorang cikgu tu sambil hentak meja berkata kegeraman, “aku tak sabar PRU...nak pangkah Pakatan Rakyat  pula..nak hajor muka Muhyiddin dan Najib!”

Ada yang kata PBS adalah transformasi gila babi! Aku Tanya kenapa gila babi? Mana tak gila, katanya kalau guru-guru tak buat sebelum date line, Guru besar dan Pengetua akan panggil dan berleter. Kalau Guru Besar dan Pengetua gagal kerahkan guru-guru, PPD akan sumpah sekolah dan pentadbir sekolah! 

Kalau PPD tak menyumpah dan memperbodohkan Guru Besar dan Pengetua serta cikgu-cikgunya, JPN pulak akan belasah PPD sebagai PPD bentat! JPNP pula KPM akan hentam! 

Yang sedap Menteri Pelajaran! Menteri goyang kaki! Yang kerja bagai nak mampos menjayakan PBS ialah guru-guru cabok di serata ceruk di bawah sana!

Maka terfikir aku, teruk jugak jadi guru rupanya.... Guru-guru terkepit PBS, Muhyiddin buat bodoh, "apa aku peduli, engkau orang makan gaji- jangan cakap banyak, buat!!!" 

Tahun depan 2013, Muhyiddin nak tambah satu lagi beban kepada guru-guru iaitu melayan kerenah penggunaan henfon oleh para pelajar di sekolah! Terimo jo lah cikgu..... tak dok kerjo cari kerjo, ada henfon tahun dopan tercongap-congap!

Begitulah nasib para guru, terus terpaksa buat kerja bodo hasil daripada perancangan bodoh orang yang mengaku cerdik di atas sana!

Itulah antara kesimpulan perbualan aku dengan rakan-rakan guru pada petang itu! Dalam hati aku berkata, “lantak engkau lah...sebab engkau orang jugak para guru yang sayang sangat Umno/BN!"

Berita yang diulas:

PBS: guru dilayan seperti robot, masa rehat dirampas

Salmiyah Harun 09 Nov 2012.

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memohon agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mewujudkan tekanan kerja yang melampau di kalangan guru.

Presiden Pendidik Normala Sudirman  berkata, terlalu banyak aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pendidik berhubung isu PBS malah ada yang menyifatkan guru dilayan seperti 'robot' dan hak serta masa rehat mereka dirampas.

Katanya, urusan dokumentasi, kerja- kerja perkeranian serta pemprosesan markah telah menjejaskan tumpuan dan perancangan rapi guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, Sedangkan ia merupakan faktor penting dan penentu kejayaan pelaksanaan PBS.

"Guru terpaksa bersengkang mata dan bangun malam untuk ‘key in’ data hingga pukul 2- 3 pagi di rumah untuk mengurus sistem fail pelajar .Contohnya kalau ada 40 pelajar, maka begitulah jumlah fail yang menyebabkan guru- guru terbeban dengan ‘kerja- kerja perkeranian’.

"Ini menjejaskan tumpuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pula dengan guru yang terpaksa mengajar dua atau tiga mata pelajaran sehingga terpaksa ‘key in’ data 120 orang pelajar?"tegasnya.

Katanya, hak dan masa rehat guru serta kebajikan warga pendidik perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan PBS ini supaya guru tidak dibebankan dengan urusan tugas- tugas perkeranian.

Dalam pelaksanaan PBS, katanya kelajuan internet adalah perkara paling penting dan segala masalah yang timbul berkitan akses capaian internet yang terganggu, menyebabkan urusan untuk proses dokumentasi penilaian untuk ‘key in' data tidak dapat dilakukan.

"Selagi akses capaian internet 1 Bestari Net yang menggantikan School Net di sekolah masih belum diatasi, maka tangguh dahulu PBS ini dan kaji semula pelaksanaannya," katanya ketika ditemui.

Tambahan pula soalnya, bagaimana dengan nasib 800,000 pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak diberi kod untuk melaksanakan PBS ini?

"Apakah mereka dianggap telah terkeluar dari kerangka sisitem
pendidikan negara? Bagaimana dengan nasib mereka pada masa hadapan?Seolah- olah kerajaan meminggirkan peranan mereka yang juga merupakan warganegara Malaysia," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar guru-guru diberi kursus peningkatan secara profesional dan kursus pemantapan secara terancang supaya pelaksanaan PBS dapat berjalan dengan lancar.

Thursday, November 08, 2012

Kerana Nurul Izzah, Umno/Bn dan pencacai menjadi bagaikan kera.....

Kerana YB Nurul Izzah Anwar, puak-puak Umno/Bn dan media pencacainya menjadi bagai kera terlepas masuk ke dapur! Kera biasanya tinggal dalam hutan dan semak belukar. Sebelum dapat masuk ke dapur rumah orang, kera akan terjenguk-jenguk mengintai mencari peluang! Bila dirasakannya ada peluang kera pun berebut-rebut masuk! Kera tak kira dah, salah ke, tidak ke, yang kera tahu, peluang dah dapat, gunakan!

Kera masuk ke dapur memang dahsyat perangainya. Dikhianatnya habis semua apa sahaja barang yang ada didapur. Dilingkup bekas bawang lada, diberak kencing dalam tong beras, dipulasnya paip air. Suasana yang elok  dikecohkannya. Bila dah puas buat onar kera akan keluar ramai sambil buat bising dan kecoh kerana perangai kera memang begitu, suka buat khianat dan  kecohkan suasana!

Tengoklah perangai kera, bukan payah mana nak faham maksud YB Nurul Izzah kalau hati itu ada prasangka baik dan ambik masa sedikit untuk renung sejenak! Tapi oleh kerana dalam hati ada perangai khianat, perangai jahat, pemutar belit, perangai suka makan bangkai, dikecoh dan dikecongnya pandangan Yb Nurul Izzah!

Kalau dah kera memang perangai kera disitu jugaklah.Tak payahlah nak berlagak alim konon cakna sangat kepada soal akidah! Track record kera dalam soal aqidah ni memang seantero dunia pun dah tahu!

Aku pun setuju kalau antara maksud YB, contohnya orang Melayu Bali yang sejak dari zaman tori lagi dah  hindu mana boleh dikatakan Islam atau dipaksa masuk Islam melainkan dengan dakwah yang penuh hikmah dan dengan hidayah Allah! Dah tu apa kontroversinya pandangan YB tu?

Memang puak-puak kera ni bukan sahaja jahat, khianat, pemfitnah malah BODDOO!


Tuesday, November 06, 2012

Muhyiddin Yasin dah mula belajar menjadi Pengerusi JKKKK Umno...




Nampaknya bersusah payah jugak Muhyiddin Yasin nak buat kelakar. Maklumlah dengan muka serius macam muka dia tu, mana mampu nak buat orang tergelak. Tapi rasanya kali ni Muhyiddin Yasin amat berjaya! Kah...lawak...lawak!!

Tapi lawak ke?

Muhyiddin rasa hairan TGHH, katanya... kata Muhyiddin mengikut yang dilapor di bawah sana, ‘menggalak dan merestui’ orang Melayu menyertai DAP.

Laa...apa nak hairannya, DAP-kan parti pelbagai kaum! Sesiapa yang berminat nak sertai DAP sertailah...apa pulak peliknya? Lagi pun kalau tertariknya orang melayu kepada DAP pada waktu ini sudah tentu kerana DAP adalah bersama perjuangan Pakatan Rakyat! 

Lagi pun kalau nak banding DAP dengan Umno Baru, heh...bagai langit dengan bumi! DAP tak ada pulak menggadai tanah Melayu, Umno Baru banyak! DAP tak ada pula sokong Soi Lek hina hudud dan Islam, Umno Baru sokong bagi 'ganjaran' lagi kat Soi Lek! Pemimpin DAP terpenjara membela cucu nenek pendek, pemimpin Umno terus ke hulu ke hilir dengan awangnya! Ah... tak payah bandinglah memang Umno Baru TERUK!!!!

Muhyiddin anak Yasin kata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik! Laa.....pelik?

Di sini dah nampak pemikiran Muhyiddin ni bertaraf Pengerusi JKKKK Umno. Pengerusi JKKKK Umno tak mampu untuk memahami konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju dalam perkara dasar dan prinsip parti' dan ‘bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama dalam perjuangan parti’.

Konsep tersebut bukannya luar biasa pun, tapi bunyinya agak canggih sikit  yang hanya sukar difahami dan hanya dirasai anih serta pelik oleh orang-orang yang berfikiran bertaraf Pengerusi JKKKK Umno sahaja! Malang sungguh menjadi Muhyiddin Yasin!

Bertambah pandir bunyi ulasan Muhyiddin apabila dia berkata, "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu....."

Kesihan Muhyiddin! Mudah sangat Muhyiddin menjadi bengong! Atau selama ini memang bengong sungguh kot? 

Diharapkan Muhyiddin jangan selalu menyebut bengong kerana urusan PAS dan DAP yang tidak ada kena mengena dengan dia pun, dia dah jadi bengong, macam nak jadi Perdana Menteri nak uruskan negara yang lebih komplikated masalahnya? Nampak dah macam tak lulus nak jadi PM! Masalah orang pun dah buat dia jadi bengong! Macam nak urusa masalah rakyat kalau jadi PM nanti? Padan ke "bengong saya...bengong saya...bengong saya!!!!"?

Ada ke kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang? Ish...ish ...ish....biar betol ?

Tapi...tak apalah kalau PAS tak ada orang pun! Berlawan je lah Umno dengan DAP, kan tu lagi bagus buat Umno? Umno boleh terus gumbira bila Soi Lek hina konsep negara Islam dan hudud! Umno boleh terus happy bila Soi Lek hina perempuan Islam yang tidak bersalam dengan lelaki kerana mematuhi ajaran Islam! Umno boleh terus hina hudud yang Pas perjuangkan sebagai hudud PAS!  Dengan tak ada orang dalam PAS maka senanglah kerja Umno, tak ada orang nak tentang Umno dan Soi Lek, MCA dan MIC! Yang Muhyiddin susah hati sangat PAS tak ada orang ngapa? Buang tebiat gamaknya?

Sudahlah Muhyiddin, lebih jangan ulas! Selagi kamu tidak ulas mengarut-ngarut, nampaklah jugak cerdiknya. Bila bukak mulut je... sah nampak setaraf JKKKK Umno! Sian Muhyiddin tak saboo...najib tercokoh lagi tu weh!

Berita yang diulas:
 
Muhyiddin Hairan Abdul Hadi Restu Orang Melayu Sertai DAP 

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.

Beliau berkata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.

"Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini Isnin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya.

Baca selanjutnya...kalau nak bacalah!:mstar.com.my



Monday, November 05, 2012

Dua industri baru bakal mengalahkan hasil Sawit dan barangan eletronik sebagai sumber pendapatan utama negara 1Malaysia!

Industri tersebut adalah:

1. Saman Postal (Notis Pol 170A) oleh PDRM dan

2. Saman AES  oleh JPJ!

Dua Industri baru tersebut antara bukti  ‘kecekapan’ ransangan ekonomi kepimpinan Umno/Bn!

Industri-industri ini mampu 'merancakkan' pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5 peratus setiap tahun walaupun bajet negara kekal defisit selama 15 tahun berrturut-turut dan hutang negara hampir mencecah RM500 bilion!!!!

'Kerancakan' dua industri baru yang sedang beroperasi ini dan keadaan bajet deficit serta peningkatan ‘menggalakkan’ hutang negara demi kroni,  sudah pasti mampu MENINGKATKAN kadar kebimbangan rakyat (silap-silap gaya mampu juga meningkatkan kadar kematian rakyat yang tertekan kehidupan harian) bahawa selagi pemerintahan Umno/Bn tidak diubah, maka ianya akan mempercepatkan lagi negara ini bankrap,  lebih awal daripada yang dijangkakan oleh Idris Jala!

'Tahniah' kepada sesiapa yang masih berhasrat mengundi Umno/Bn dalam PRU 13 nanti dengan ucapan: Alangkah ‘BODDO’nya kamu!

Berita yang diulas:

Saman PDRM tetap berjalan walaupun ada AES

Hazayani Zakaria 05 Nov 2012.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kepada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

"Berapa jumlah respon daripada pesalah yang menerima saman postal kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan PDRM.

"Apa jenis kamera yang digunakan PDRM, adakah sama dengan AES dan adakah menteri bercadang memansuhkan sistem ini setelah AES yang lebih kejam dan zalim dilaksanakan?" soal beliau.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Firdaus dalam soalan asalanya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sementara itu, Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, rakyat kini terbeban dengan dua saman yang dikeluarkan iaitu daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaiman ia beroperasi, bukan terus saman," katanya.

Sumber:harakahdaily