Followers

Friday, November 02, 2012

Kerana Rafizi, Nazri Aziz terpaksa libas angin..ZUUPPP!!

Nak libas Rafizi, takut kena libas balik. Lagi parah! Maka nak bagi orang ramai dengar, libaslah angin...ZUPPP....ZUPPP... Orang dengaq jugak, kan! 

Tu dia Nazri, macam kelam kabut melibas nampak? Jagaa...asyik libas angin sana, libas angin sini, terkena tulang kering sendiri...adoi!

Berita fokus:



Rasuah: Nazri Bidas dakwaan Rafizi

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pada Khamis menafikan beliau mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu seperti yang didakwa parti pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa mempunyai bukti hubungan Nazri dengan jutawan kayu, Michael Chia dalam penyiasatan tuduhan rasuah bernilai RM40 juta.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan kehakiman.

Rafizi sebelum ini telah mendedahkan bukti bahawa keluarga seorang menteri kanan mendapat manfaat terus daripada sumbangan Michael Chia.

"Anak kepada menteri kanan ini dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam.

"Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hak milik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG," katanya.

Rafizi menjelaskan melalui kerjasama dengan Sarawak Report, PKR telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah tersebut benar-benar digunakan oleh anak menteri berkenaan.

Beliau turut mendakwa tindakan menteri kanan itu mempertahankan Michael Chia yang sedang disiasat oleh SPRM telah menimbulkan perselisihan kepentingan kerananya yang menteri juga bertanggungjawab terhadap SPRM.

"Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara menteri ini kerana cuba melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anaknya," katanya.

Thursday, November 01, 2012

Shafie Apdal demam teruk!

Kahkahkahkah...demi kongsi kemakmuran konon! Cheh.."Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada."

Teruk jugak demam dia ni! 

Habis kalau negeri-negeri yang berhak dapat royalti dapat 20 peratus, tak boleh nak kongsi kemakmurankah? 

Kalau Sabah makmur, maknanya Sabah 'seorang' je yang makmur (?), Malaysia tak ikut makmur sama? Alahai!!!

Di Sabah sana hanya ada orang Sabah sahaja ke?  Tak adakah rakyat dari negeri lain yang tinggal dan berkhidmat di Sabah? Kalau Sabah dapat 20 peratus royalti, mereka tak dapat rezeki/kemudahan samakah?

Atau kongsi kemakmuran yang 'tepat dan saksama' ialah para pemimpin Umno/Bn dapat banyak atau kontrol semua manakala rakyat marhaen hanya dapat sisa atau sekadar tempias kemakmuran? Begitu? Banyak cantik!

Adakah nak bagi royalti lebih tinggi, boleh pecah belahkan rakyat? Rakyat manalah yang bodoh tak nak royalti minyak 20 peratus untuk negeri kelahiran sendiri! Adakah? Bodohnya!!!

Parah demam Pie ni! Elok Pie duduk diam-diam dan biarkan demam tu kebah dulu!

Buat rakyat negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia, terimalah janji Pakatan Rakyat 20 peratus royalti minyak, jangan dengar segala hasutan dan kata-kata demam para pemimpin Umno/Bn yang mahu menghalang janji tersebut. 

Katakan, kalau menang nanti, Pakatan Rakyat tidak tunaikan, apa yang nak dibimbangkan? Tak ada masalah punya! Bukankah pilihanraya 5 tahun sekali dan Pakatan Rakyat pasti tidak akan dipercayai lagi sampai bila-bila! Siapa nak percaya baru perintah 5 tahun dah mungkir janji.

Oleh itu untuk PRU 13 janji takut untuk menerima janji Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP). Gunakan hak demokrasi yang rakyat punyai! Janji yang lebih baik wajib dituntut dan menjadi pilihan! Persetankan segala janji lapok seumpama BRIM Umno/Bn dalam tempoh 55 tahun merdeka hanya dua kali dan janji transformasi yang entah apa-apa dan yang tak kemana-mana Najib Razak!

‘Tolak royalti 20 % Sabah demi kongsi kemakmuran’

Ahmad Fadli KC Okt 31 2012.

Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.
 

Tuesday, October 30, 2012

Masih lagi 'jahat' SPR rupanya!


Adalah jelas kunci kepada keadilan pilihanraya umum ke 13 Malaysia terletak kepada peranan berintegriti yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tanpa integriti, keadilan dan ketelusan SPR, PRU ke 13 akan berada dalam keadaan yang terlalu kotor lagi menjijikkan.

Namun demikian hingga ke saat ini, walau betapa kuatnya rakyat mendedahkan segala kepincangan, kecacatan dan juga ‘kejahatan’ kerja buat SPR, badan pengurus pilihanraya ini terus bagaikan buta dan pekak. 

SPR Bisu? Bisu tidak! SPR tidak bisu kerana SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz dan Wan Ahmad yang ‘bengong’ ini, tetap akan menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan namun secara sehala dalam media-media pencacai Umno/Bn, walaupun dengan asasan yang paling menyakitkan hati, kebudak-budakan, paling mengarut, paling tidak munasabah malah penuh dengan kejahatan dan dosa penipuan!

Alasan yang sering diberikan oleh SPR, pihak parti dalam Pakatan Rakyat hanya tahu komplen tetapi tidak berani berjumpa dengan mereka secara bersemuka. SPR akan mengomel konon pihak parti Pakatan Rakyat tidak ada bukti di atas setiap tuduhan. SPR terus melalut dan merapu dengan  pelbagai auta serta putar belit yang kadang-kadang mengalahkan ular sawa dan Mahathir !

Melihat kepada keadaan sekarang SPR hari ini ia bukan lagi boleh diharap untuk menganjurkan PRU bersih buat parti-parti yang menentang Umno/Bn. Bagi SPR yang ‘jahat’, keadilan dan integriti yang sebenar adalah memastikan Umno/Bn menang selesa dalam PRU 13. Itulah makna keadilan bagi SPR! Keadilan kepada hotak mereka!

Daftar pemilih yang kotor lagi hina yang penuh dengan pengundi-pengundi yang mencurigakan dan diragui, tidak diambil kisah oleh Abdul Aziz dan Wan Ahmad. Alasan mereka tiada bukti, perkara yang berlaku itu dah memang macam itu, tak boleh buat apa-apa kerana undang-undang dah kata begitu, kalau ada pengundi yang bernama Siput bin Babi pun mungkin akan dikatakan dah nama dia macam tu, atau sengaja diada-adakan untuk memburukkan nama baik SPR! 

Macam kes-kes dalam gambar di atas mungkin SPR akan jawab, "dah nak buat macam mana dia memohon sebelum dia lahir lagi! Yang seorang tu pulak pada hari lahir dia tu jugak dia merangkak pergi memohon...ini hakikat! Yang memohon sebelum umur daftar sekolah tu, waktu dia bermain pondok-pondok bawah pokok depan rumah dia, dia teringat nak daftar pemilih teruslah dia pergi daftar! Itu biasalah dunia hari ini kan! Parti Pembangkang  bukan tahu hal ini, saya tahu!"

Memang gila....gila babi!

SPR hanya memekakkan telinga kepada segala komplen yang mempunyai bukti jelas antaranya Umno/Bn menggunakan sepenuhnya media dan segala harta kerajaan dalam kempen mereka. SPR buat tak kisah malah kadang-kadang mengeluarkan kenyataan bagaikan memberi kebenaran kepada Umno/Bn untuk membuat sesuka hati!

Pendek kata keadilan bagi SPR ialah hanya  Umno/Bn yang patut mendapat ekses media sedangkan parti-parti yang berlawan dengan Umno/Bn hanya layak atau memadai mengharungi ceramah-ceramah penerangan dengan penuh cabaran dan gangguan para samseng daripada kalangan pelesit dan syaitan yang dikenali!

Ada SPR kisah akan nasib parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn atau parti Pakatan Rakyat? "Lantak engkaulah...tapi kalau engkau langgar peraturan, tindakan tegas membatalkan calon atau membatalkan keputusan pilihanraya calon engkau boleh diambil!", mungkin itulah agaknya antara yang akan dipertuturkan oleh SPR apabila parti pakatan Rakyat agak aggresif terhadap provokasi Umno dan kuncu-kuncunya

Hingga ke hari ini SPR belum melayan segala tuntutan rakyat melalui BERSIH 2.0. Maknanya hingga ke hari ini SPR masih jahat dan tetap akan bekelakuan jahat terhadap Pakatan Rakyat! SPR seolah-olah sedang menyediakan padang yang tidak sama rata bagi 'perlawanan' antara Umno/Bn Vs Pakatan Rakyat dalam PRU 13. 

Ada harapankah nak mencari keadilan dalam PRU 13 nanti jika begini kelaku SPR? Jangan harap!

Nampaknya terlalu banyak lagi ‘kejahatan’ SPR Umno/Bn ini kalau hendak dileterkan disini dan di mana-mana. Pengajaran yang sesuai buat SPR yang buat kerja gila babi seumpama ini memanglah penganjuran himpunan sejuta rakyat menuntut pilihanraya bersih. 

Nampaknya sebelum rakyat turun berduyun-duyun dalam pilihanraya, rakyat harus terlebih dahulu turun berhimpun menunjuk rasa.

Rakyat yang sedar akan masalah ini wajib turun ramai-ramai untuk menentang segala kejahatan syaitan yang dikenali dengan kuncu-kuncunya yang tidak takut melakukan perkara haram dan dosa ini!

Monday, October 29, 2012

Nak kenal siapa jahil murakkab?




Kenyataan hudud MCA serlahkan sikap sebenar BN

Abdul Hadi Awang  29 Okt 2012.

Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, yang secara terbuka menentang syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap BN yang sebenar.

Perlu diingat bahawa Umno adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi, sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara ini selama lebih 50 tahun.

Hakikatnya, Umno memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam Umno itu sendiri. Dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap presiden Umno dan ada menteri penjaganya.

Di samping itu, diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam di beberapa universiti. Di peringkat negeri pula ada jabatan agama Islam masing-masing dan ada exco agama daripada Umno juga, tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh Umno.

Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan Umno yang menjadi penunggunya.

Persoalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa?

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti Umnolah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa Melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam dalam tubuh Umno, serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana Umno adalah parti kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli Umno sahaja. Perlembagaan Umno juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.

Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli Umno menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.
Ahli Umno pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli Umno tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh Umno yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam BN.

Umno lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen BN. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat BN.

Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

Jahil murakkab kata 'hudud PAS'

Undang-undang hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman qisas dan takzir. Perkataan "hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat, haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain.

Hudud tidak boleh dinamakan "hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab - ayat 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas seperti hudud dan qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.

Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga presiden MCA juga takut.

Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud.

Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir - di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.

Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk Kanun Keseksaan yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan Umno wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam Umno wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada BN atau Umno dipecat atau keluar daripada BN atau ahli-ahli Umno yang beragama Islam keluar Umno beramai-ramai.

Mudah berkira dengan DAP

PAS berlainan dengan Umno dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.

Sekiranya dikaji Surah al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, antaranya hudud. Kebanyakan sebab turun ayat adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang-undang termasuk hudud dibawa ke dalam DUN Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang-undang jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Fikah Siasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.

PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam BN.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa Melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 kepada Pakatan, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.