Followers

Saturday, October 27, 2012

Alahai pakar..pakar!!

Pakar sesat mana tak tahu dia ni? Tiba-tiba AES boleh kurangkan kematian jalan raya! Konon boleh kurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurang 35 peratus!

Woi berbelanja RM800 juta untuk menyediakan kamera sebanyak 3,452 buah di 831 lokasi dengan kos senggaraan sehingga RM3.8 bilion untuk 5 tahun, boleh kurang hanya sekitar sekurang-kurang 35 peratus kemalangan maut?

Masalahnya tuan pakar, kamera AES ni pun diletakkan jugak berselirat di bukan kawasan kemalangan! Pulak tu kenapa ada kerjasama sebegitu rupa, "satu untuk aku, satu untuk engkau, dua untuk aku dua untuk engkau" dengan syarikat swasta?

Ini bukan macam pakar kemalangan maut, macam pakar buat duit je?

Taik betul!


Sabtu Oktober 27, 2012 

AES Boleh Kurangkan Kematian Jalan Raya - Pakar 

SHAH ALAM: Pakar sistem pengangkutan pintar yang mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata, kamera kelajuan boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus.

Pensyarah Jabatan Ukur Sains dan Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Khoiri Mohd Dimyati yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengangkutan awam dan sistem penguatkuasaan berkata, penggunaan kamera kelajuan di negara lain membuktikan berjaya mengurangkan kemalangan dengan peningkatan persepsi pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.

Beliau berkata, kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus.

"Saya percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga," katanya dalam satu temu bual di sini.

Dr Khoiry berkhidmat sebagai penasihat di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan AES antara 2008 dan 2011 apabila kementerian mengkaji kaedah mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya.

Purata kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari.
Dr Khoiri, yang juga penasihat teknikal kepada kerajaan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1967 berkata, masalah yang wujud di kalangan pemandu Malaysia adalah sikap 'seolah-olah tidak menghargai kehidupan'.

Selain itu Dr Khoiry berkata kekurangan penguatkuasaan juga menyumbang kepada persepsi bahawa pemandu tidak akan ditangkap kerana melanggar undang-undang.

AES mula beroperasi pada 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan lebih banyak kamera akan dipasang di 817 kawasan di seluruh negara tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho berkata lokasi lain akan ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/27/mstar_berita/20121027105138&sec=mstar_berita

Thursday, October 25, 2012

Ada orang nak tengok lidah Mahathir berapa cabang?

Mahathir tidak pernah mungkir janji ?


Aspan Alias 25 Okt 2012.

Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat pertama kali saya membeli senaskhah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di Subang Jaya dan saya ternampak ‘headline’ muka depan akhbar itu yang menarik hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah tajuk ‘Dr M tegur Nik Aziz’ di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia melibatkan nama Dr M di muka depan itu.

Dalam liputan Utusan itu, Dr M telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula saya ketahui kerana saya tidak membaca laporan itu sehingga habis walaupun saya telah membeli akhbar itu dengan berat hati.

Saya tidak hendak sentuh tentang janji TGNA itu buat kali ini untuk memendekkan tulisan saya ini. Saya mahu memberikan fokus kepada mungkir janji Dr Mahathir yang telah membawa masalah kepada UMNO dan seterusnya kepada rakyat dan negara. Selalunya orang yang sentiasa mengintai-ngintai kesalahan pihak lawan ini akan terlupa kepada janji-janji beliau yang beliau tidak mahu menunaikannya selama ini. Dr M tentu telah terlupa apa yang beliau janjikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO semasa beliau mengambilalih kepimpinan parti itu dari Hussein Onn pada tahun 1981 dahulu.

Semasa mengambilalih pimpinan UMNO dari Hussein Onn dalam perhimpunan agong 1981 itu Dr M telah berjanji kepada ahli-ahli UMNO melalui perwakilan di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, yang beliau meminta rakyat memberikan ‘signal’ jika ada tanda-tanda yang ada segelintiran rakyat yang tidak menyukai beliau.  Dengan tanda-tanda itu beliau berjanji akan mengundurkan diri secara terhormat Itu janji beliau secara terbuka yang beliau luahkan semasa ucapan penangguhan sebaik sahaja beliau menjadi Presiden kepada parti yang telah beliau matikan pada tahun 1988 itu.

Tetapi akhirnya beliau tidak menunaikan janji beliau itu dan telah membawa masalah besar yang kita warisi pada hari ini. Beliau tidak mahu berundur walaupun jawatan beliau itu telah dicabar dan beliau hanya mendapat kemenangan yang begitu tipis. Kemenangan tipis ini merupakan tanda-tanda yang jelas orang ramai sudah mula tidak berkeyakinan dengan pimpinan dan mahukan UMNO menyampaikan signal itu kepada Dr M. Beliau bukan sahaja tidak mahu mengundurkan diri tetapi telah meruntuhkan semua institusi demokrasi kerana bertegas ingin melanjutkan keseronokan dan kegilaan berkuasa sebagai PM semasa itu.

Beliau telah mematikan pendaftaran UMNO dan dalam usaha melakukan itu beliau mendapat reaksi keras dari ahli-ahli UMNO maka beliau telah membuang dan memecat beberapa hakim Mahkamah Agong termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Badan eksekutif yang beliau ketuai telah masuk campur dalam hal perundangan dan kehakiman untuk memungkiri janji-janji beliau itu. Akhirnya tindakan beliau itu telah memberikan banyak masalah kepada negara dan rakyat sehingga ke hari ini.

Apa yang beliau katakan dalam Utusan itu benar tetapi beliau sendiri tidak mahu menunaikan janji-janji beliau dan sanggup membunuh semua institusi demokrasi negara semata-mata keinginan beliau untuk berkuasa terus menerus sambil memungkiri semua janji-janji beliau semasa mula-mula mengambilalih kepimpinan dari Hussein Onn pada tahun 1981 itu.

Dr Mahathir telah banyak memungkiri janji-janji beliau sendiri dan beliau tidak boleh menuduh TGNA sebagai pendusta kerana tuduhan itu sepatutnya beliau arahkan kepada diri beliau sendiri. Pada tahun 1985 sebuah parti baru, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah ditubuhkan secara tergesa-tergesa beberapa hari sebelum Sabah mengadakan pilihanraya negeri. PBS telah menyertai pilihanraya negeri untuk menumbangkan parti Berjaya. Mahathir telah pergi ke Sabah dan berucap dan berjanji secara terbuka yang beliau akan ‘swim and sink’ dengan Berjaya. Beliau memihak kepada Berjaya pimpinan Haris Salleh dan berulang-ulang kali berjanji untuk berenang dan tenggelam bersama Berjaya.

Tetapi apabila Berjaya tewas termasuk Presiden Berjaya, Harris Salleh yang ditewaskan oleh Kaduh Agundun di Tenom, Dr M telah lari dan memungkiri janji-janji beliau dengan parti Berjaya. Kebetulan saya berada di Kota Kinabalu dan mendengar ucapan beliau secara berdepan dan saya mendengar segala janji-janji beliau kepada Berjaya semasa itu. Dengan tangkas sekali Dr M telah membawa PBS ke dalam BN dan menjadi rakan komponen kepada BN pimpinan Dr M dari peringkat Persekutuan itu. Berjaya tenggelam tetapi Dr M tetap berenang dan meninggalkan Berjaya terumbang-ambing dan hanyut sampailah parti itu mati begitu sahaja. Mahathir terus berenang sampai 22 tahun berenang dan menenggelamkan semua musuh-musuhnya yang menghantui kedudukan beliau.

Janji-janji beliau untuk membangunkan negara tidak sampai ke mana kerana beliau hanya mampu untuk membina bangunan tinggi-tinggi, jambatan yang panjang-panjang di dunia. Beliau hanya mampu membina pembangunan fizikal yang merupakan sebahagian pembangunan negara. Pembangunan fizikalnya pesat kerana ia melibatkan projek-projek runding terus yang mahal-mahal untuk kepentingan kroni-kroni dan kebanyakan projek-projek tersebut adalah projek-projek cadangan kroni-kroni dan bukannya untuk keperluan rakyat dan negara. Projek-projek tersebut hanya memberikan keuntungan kepada segelintiran kroni dan keluarga beliau .

Tetapi dalam pembinaan sikap dan ‘mentality’ terhadap rakyat tidak ada langsung sehinggakan pembangunan infrastruktur yang besar-besar itu tidak ‘commensurate’ dengan pembangunan nilai dan budaya bangsa. Rakyat menjadi ahli masyarakat yang ‘materialistic’ yang mengutamakan pengisian perut dan tempolok mereka yang hampir kepada kuasa dan rakyat dipermainkan dengan gula-gula serta coklat manis-manis untuk melekakan mereka dan meneruskan sokongan terhadap kepimpinan yang tidak jujur dan ikhlas itu.

Dr M ini tidak dapat diikut kerenahnya lagi. Dalam satu masa dia mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus dan mengatakan UMNO bukan untuk yang pandai, cerdik dan bijak. UMNO hanya untuk yang bodoh-bodoh dan yang tidak mempunyai tulang belakang. Tetapi dalam satu masa yang lain Dr M mahukan rakyat memberikan sokongan berterusan kepada UMNO dan BN.

Dalam keadaan UMNO yang lemah Dr M meninggalkan parti dan apabila partinya hilang sokongan tradisi 2/3 beliau menyalahkan Abdullah Badawi. Dr M menyertai kembali UMNO selepas musuh yang dibencinya Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM. Apabila kembali menyertai partinya beliau menuduh UMNO itu parti yang rasuah. Dalam pilihanraya yang lalu beliau berkehendakan sangat rakyat supaya tidak memilih parti tetapi memilih calon.

Tetapi sekarang Dr M mahu semuanya mengundi sesiapa sahaja yang diturunkan oleh parti untuk menjadi calon. Beliau telah ‘obsess’ dengan kehendak beliau untuk memenangkan BN sehinggakan beliau meminta semua pemimpin bersumpah tidak akan mensabotaj parti dalam pilihanraya yang akan datang ini sedangkan beliau sendiri adalah pensabotaj UMNO yang terbesar dalam sejarah kewujudan parti itu, sehinggakan beliau sanggup membunuhnya. Dr M bukan sahaja setakat pensabotaj parti tetapi beliau adalah pembunuh parti itu.

Habis keliru rakyat dengan kata-kata Dr M ini. Nak diikut nasihatnya nanti beliau akan menasihati kita melakukan perkara yang dulunya beliau tidak suka. Entah yang mana satu nasihat yang patut diikuti dan entah mana satu kata-katanya yang benar. Lidahnya sentiasa berubah dan jika ada kesempatan elok kita minta Dr M membuka mulutnya lebar-lebar untuk melihat apa jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu. Kalau ia bercabang hendak juga kita tahu berapa cabangnya.

Pendeknya nasihat beliau kepada TGNA itu elok kita abaikan sahaja kerana jika kita terima nasihatnya, nanti dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi Dr M akan menasihati untuk berbuat perkara yang lain pula.

Sesungguhnya Dr M hanyalah seorang yang bermain-main dengan politik yang melakonkan berbagai-bagai watak. Kadang-kadang watak baik tetapi selalunya beliau melakonkan watak sebagai orang jahat yang tidak senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Tetapi apa pun watak yang dilakonkan oleh beliau, Dr M gagal untuk menjadi negarawan. Beliau tidak mungkin mampu untuk menjadi negarawan lagi kerana beliau hanyalah seorang aktivis politik yang sekarang bermain dengan pihak yang hendak digugurkan oleh rakyat ramai.

Mungkin oleh kerana penyelia kemas dan pegawai penerangan khas gagal untuk melaksanakan tugas mereka maka Dr M lah yang mengambil alih tugas mereka untuk berkata-kata perkara yang mungkar sentiasa.

Tetapi kita tidak harus berasa kesal dengan tindakan Dr M ini kerana beliau dari dahulu sampai sekarang hanya kekal dalam keadaan rakyat berpecah-belah. Dalam keadaan rakyat sedang bersatu di luar BN ini Dr Mahathir nampaknya tidak akan menjadi orang yang relevan lagi untuk negara dan rakyat.

Tidak ada siapa yang boleh membetulkan Dr M ini. Hanya Tuhan sahaja yang boleh melenturnya. Kita abaikan sahaja pandangan beliau. Biarkan beliau bercakap kepada dirinya sendiri semahu beliau.

Kalau Umno menang: Bakal MB Pahang?


Menjadi perbualan politik kedai kopi bahawa jika Pahang terus dikuasai oleh Umno/Bn dalam PRU 13 maka Pahang akan mendapat MB baru. Cerita-cerita melata mengatakan Tok Nan Yaakob yang baru-baru- ini mengajak orang asli bergulat dengannya bakal gulong tikar bantal dari pejabat MB.

Maka itu siapakah pengganti Tok Nan yang pandai 'bergulat' itu?

Haha...inilah yang menggerunkan! Borak-borak politik kedai kopi di sekitar negeri Mat Kilau itu cukup menggerunkan apabila memperkatakan tentang pengganti Tok Nan. Bukan kerana mereka tak mahu Tok Nan diganti segera tapi mereka lebih gerun dengan nama yang disebut-sebut bakal menduduki kerusi MB Pahang!

Pelbagai alasan gerun yang diutarakan. Antara yang kedengaran di kedai-kedai kopi mengenai orang yang dijangka mengganti Tok Nan ialah: 

'Habislah kita...mampos, kena jual!'.  

'Bukan sahaja kita yang dijual, tanah-tanah Pahang ini pun bakal kena jual!', 

'Aku risau, harta dia harta dia, harta kita jadi harta dia jugak!'.

'Bukan kena jual je, kena raba pun boleh apa?'.

"Aku tak campur, aku dah nak balik Kelantan.....lantak ngko oranglah...huhuhu undi lagi hak berkarat tu..undi...undi!!," pintas yang seorang lagi!

Wednesday, October 24, 2012

Shafie Apdal panas punggung jugak!




Datuk Seri Shafie Apdal nampaknya turut panas punggung mengenai isu kapal selam! Dalam ‘kepanasan’  isu tersebut dan isu-isu peribadinya yang lain, tak sedar dia menuduh konon membangkit isu pembelian kapal selam scopene yang mahal, penuh tanda tanya dan tidak munasabah itu sebagai satu pengkhianatan pada negara! 

Oo...satu pengkhianatan kepada negara ya?

Menteri  ini lupa atau sengaja buat lupa serta membutakan mata terhadap ‘peranan’ yang disyakki secara jelas dimainkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dalam ‘penganugerahan’ kad pengenalan segera kepada warga asing adalah lebih jahat dan lebih khianat kepada keselamatan  dan kedaulatan negara ini.

Begitu juga sikap bisu dan pekak badak terhadap kekotoran daftar pemilih SPR dengan pelbagai wajah pengundi hantu oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, jugak lebih berat pengkhianatannya!

Hanya orang-orang Melayu yang terus rela ditipu oleh para pemimpin Umno yang akan terus tertipu dengan permainan kata usang dan murahan para pemimpin Umno seperti ini!

Pembongkaran terus-terusan isu seumpama kapal selam ini pada hakikatnya akan menyelamatkan negara ini daripada tergadai dan terjajah sekali lagi dek  kerana angkara Umno/Bn!

Apa yang jelas dan nyata menyokong Umno/Bn-lah sebenarnya satu pengkhianatan kepada negara kerana Umno/Bn hanya bersibuk dengan budaya fitnah, 'menggalakkan' budaya samseng, menghina agama rasmi negara, rasuah dan pecah amanah, membazir, bertindak zalim dengan pelbagai akta, mengabaikan nasib dan maruah rakyat, menjalankan dasar pecah dan perintah bagi menyubur perkauman dalam kalangan rakyat dan seumpamanya. Maka itu, cukuplah buat Umno/Bn.

Buat Shafie Apdal, jangan nak merepek!

Berita yang diulas:

‘Politik isu keselamatan, satu pengkhianatan pada negara’

Bernama

Golongan yang sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara temasuk soal pembelian kapal selam Scorpene boleh disifatkan sebagai pengkhianat kepada negara, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  
Beliau berkata golongan pembangkang yang membangkitkan isu tersebut sanggup menjadi alat orang luar untuk memecah belahkan perpaduan rakyat malah perbuatan berkenaan tidak bertanggugjawab kerana boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kita kesal tindakan ketua pembangkang yang cuba membawa peguam dari luar berhubung isu kapal selam. Pertama sekali, ia berkaitan isu keselamatan negara yang tidak sepatutnya dibangkitkan demi menjamin keselamatan negara kita.

"Kedua, kita negara berdaulat, mempunyai undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi. Ini menampakkan bahawa mereka akan menggunakan landasan apa sahaja untuk mencemarkan nama baik negara Malaysia. Tindak-tanduk mereka adalah demi kepentingan politik semata-mata," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan bantuan makanan dan wang tunai kepada 198 ketua isi rumah di Kampung Selamat yang menjadi mangsa kebakaran pada 18 Oktober lalu menyebabkan 1,455 orang kehilangan tempat tinggal.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika mengulas hasrat pihak pembangkang dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan membawa peguam luar datang ke Malaysia berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.
  
Katanya, pihak pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan soal kapal selam milik negara ini kerana ia kelengkapan persenjataan untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar.
  
Menurut Shafie, usaha kerajaan meningkatkan sistem pertahanan negara sepatutnya mendapat sokongan pihak pembangkang dan bukannya menyebarkan maklumat yang tidak benar berhubung kemudahan persenjataan negara untuk mengelirukan rakyat.
  
Beliau berkata pembangkang sepatutnya belajar daripada pengalaman beberapa negara maju yang dahulunya amat pesat membangun namun kebelakangan ini pembangunan mereka kian perlahan disebabkan sikap parti pembangkang di negara itu terlalu berpolitik.

- Bernama

Tuesday, October 23, 2012

Sedih, memang sedih kerana Soi Lek tidak akan berani sebiadap itu kalau Datuk Najib sendiri tidak 'biadap' terhadap agamanya!

Kalau Soi Lek biadap maka Datuk Najib lagi biadap! Soi Lek tidak akan berani sebiadap itu menghina agama Islam kalau Datuk Najib sendiri tidak biadap terhadap agamanya! 

Kenapa Datuk Najib, aku kata biadap terhadap agamanya?

Kerana:

1. Tidak menegur Soi Lek menghina Islam sebaliknya tersengih malah memberi peruntukan  lagi !

2. Datuk Najib bersikap enggan komen terhadap kenyataan Soi Lek itu. Sikap mengambil mudah dan tak apa, akan kenyataan menghina Islam oleh Soi Lek lebih-lebih lagi biadap!

3. Najib tidak mengarahkan Umno baik Petua (golongan tua Umno) mahu pun Pemudanya menegur atau memprotes sikap kurang ajar Soi Lek itu. Dalam hal ini adalah salah memprotes Soi Lek sacara senyap -senyap kerana rakyat akan menganggap Najib memberi restu! Apatah lagi kalau ada 'arahan' melarang mana-mana ahli atau sayap Umno memberi sebarang komen terhadap kenyataan hina Islam oleh Soi Lek!

4. Datuk Najib tidak mengadakan mesyuarat tergempar Barisan Nasional bagi menegur kebiadapan Soi Lek itu.

5. Dengan segala apa sikap Datuk Najib setakat hari ini, Datuk Najib boleh dianggap 'merestui' sikap biadap Soi Lek terhadap Islam. Sikap seolah-olah 'merestui' itu biadaplah namanya!

Kenyataan ini kasar tetap tidak biadapkah itu? Memang biadap!

Berita fokus:


Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

Harakahdaily 23 Okt 2012.

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.