Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan
"Gagasan NAJ1B", iaitu lanjutan kepada pendekatan Gagasan Aman Jaya
yang selama ini dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak sempena lawatan beliau ke Teluk Intan, Seri Manjung dan Lumut.
Dengar ceritanya, Gagasan NAJ1B akan memperkukuh lagi slogan "Tiada
Tertinggal Tiada Terpinggir" dalam memastikan semua rakyat mendapat nikmat
daripada limpahan kemakmuran negeri di bawah pentadbiran kerajaan BN.
Amboi...amboi hebat bebenor deme yer? Mentang-mentenglah selama ini 'Gagasan' deme hebat-hebat belaka:
‘Gagasan’ selama ini para pemimpin Umno/Bn kepada negara:
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila
PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri
Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu).
2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua
negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti
Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan
tindakan sama?
3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar
dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak
(KL), Kg Malaysia Tambahan (KL) dan terbaru mahu kuasai tanah rakyat di
Penggarang Johor?
4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang
dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah
Selatan dan baru-baru ini ada pemimpin Umno yang membeli tanah kampong orang
Melayu dengan harga murah dan menjual kepada taukeh dengan harga mahal jutaan
RM?
5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir
50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana
perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu
dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan
ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000?
9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti
dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti
subsidi?
10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang
Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan
kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52
billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO?
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu
menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan
Melayu?
12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982
yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi
rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja
Melayu pada awal 1990-an?
14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’
bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi
majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak
menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan
semula tahun 2002?
16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan
mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman
PTPTN dengan kadar 4%?
18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan
istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada
ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus
Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di
universiti-universiti?
21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan
harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80
sen 1000 liter?
22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara
Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga
tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura, Pulau Batu Putih dan Singapura sendiri
terlepas ke negara orang?
24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari
diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR)
tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom
Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran
perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama
hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan? Dan siapa
yang tidak memperdulikan untuk memberi peruntukan kewangan kepada Sekolah Agama
Rakyat dalam Bajet 2013 baru-baru ini?
27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg
Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan
pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan
barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di
negara ini?
30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon
mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
31. Siapakah yang belasah komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion).
32. Siapakah yang bailout Konsortium Perkapalan Berhad satu ketika dahulu? Menanggung kerugian (bailout) Konsortium
Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion(?)
33. Siapakah
yang dapat untung atas angin daripada
Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion satu masa
dahulu?.
34. Siapakah (parti pemerintah waktu itu?) yang
buat Stadium Trengganu, lepas itu tak sampai 2 tahun runtuh? Kos pembaikan
bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
35. Siapakah yang menyebabkan berlakunya skandal
Bank Bumiputra dahulu? Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980-an sebanyak
US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion
(?)
36. Mamak-mamak mana yang buat kerja bertaruh dalam niaga kewangan pasaran
hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada
tahun 1990-an (?)
37. Siapa dan kroni siapa yang menyebabkan Kerugian
Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion)?
38. Siapakah yang pernah menggunakan dana awam
sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai
harga pasaran saham?
39. Siapa punya idea menubuhkan Petronas
Philharmonic Orchestra? Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra
beberapa tahun yang lalu hingga tidak kedengaran lagi pada hari ini apakah
nasibnya, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta
setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
(?)
40. Siapa punya kerja ini? Satu waktu dahulu Yuran Penasihat: Mahathir telah
dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726
dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun?
41. Siapakah kini yang membayar khidmat perunding
imej APCO yahudi dengan bayaran ratusan ribu?
42. Siapa punya kepala hotak ini? Kerajaan Umno/Bn
telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima
tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar
RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan
komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah
ditunjukkan. Kerajaan Umno/Bn telah membayar RM6k bagi setiap komputer
laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k.
Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara
atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan (?)
43. Siapa punya idea dan apa faedah dan
keuntungannya kini hingga Program Angkasawan Negara menelan belanja – RM40
juta?
44. Siapa punya kerja yang mengakibatkan kerugian
sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal yang akhirnya tidak digunakan
dalam PRU12?
45. Siapakah yang pernah membuat kerja membazir yang tidak ada nilai keuntungan
mengakibat kerajaan terpaksa menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi
sebanyak RM3.5 juta?
46. Siapa punya kerja ini, agihan secara borong
ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi
Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN
yang bernilai berbillion-billion ringgit?
47. Siapa punya barua ini pindah-milik puluhan ribu
hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum
keluarga para Menteri dan pemimpin umno/BN yang bernilai berbillion-billion
ringgit?
48. Siapa punya akal ini, membayar subsidi RM17
billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), sedangkan subsidi petroleum untuk
rakyat mahu dikurangkan pantang ada peluang?
49. Siapa ini yang sanggup memakai cincin bernilai
jutaan ringgit? Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya
pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat
bayar?
50. Siapa punyai akal ini, satu laman web 1pengguna
bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan
diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta?
51. Siapa punya rancangan ini buat Projek e-mel
1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta?
52. Siapa punya angkara pula menggunakan Kumpulan
Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan
Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian
sebanyak RM3.3 billion?
53. Siapa tak sakit hati mendengar Rosmah sewa
bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!?
54. Siapa yang redha kalau betul Rosmah dan Najib
sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari
semalam?
55. Siapa tak marah “Lawatan Sambil Belajar” ke
Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM ?) ditanggung kerajaan
berjumlah RM134,317.76 ?
56. Siapa tak geram apabila mendengar senang-senang
dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata
Negara’nya sedangkan rakyat hanya mendapat BR1M
RM500, dalam 55 tahun sekali, manakala SAR tak dapat satu sen apa pun?
57. Siapa tidak merungut Perbelanjaan oleh Rosmah
untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang
wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika
yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari?
58. Siapa tak mengeleng kepala mendapat tahu, kos
ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta dan katanya bil elektrik kediaman
rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan ?
59. Siapa dan zaman siapa memerintah yang berusaha
melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu?
60. Siapa yang melemahkan sistem kehakiman negara
bermula dengan tribunal pemecatan Tun Salleh Abas?
61. Siapa yang menafikan hak royalti rakyat
Kelantan yang majoriti orang Melayu, Soros ke?
62. Siapa yang memperkenalkan Islam Hadhari yang
mengelirukan dan menyesatkan begitu ramai umat Melayu terutama yang menyokong
dan yang menjadi ahli Umno?
63. Siapa yang cerdik sangat menggabungkan
syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden
Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat
kepada satu syarikat sahaja ?
64. Siapa lupa kenyataan Mufti Perak, Dato’
Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah
pemerintahan kerajaan Umno?
65. Siapa yang mewujudkan Wilayah Iskandar yang
menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana
?
66. Siapa yang membubarkan Kementerian Pembangunan
Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan- usahawan Melayu dan melenyapkan
peranan agensi seperti MARA yang banyak berjasa kepada orang Melayu?
67. Siapa yang tidak kata membazir apabila
Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan Umno/BN yang di atas kebodohan mereka
tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit
membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan
teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia
ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina
dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
68 . Siapa yang tak cemas apabila mendapat tahu
hutang negara meningkat sebanyak RM565 bilion ringgit di bawah pemerintahan
Umno/BN? (rujuk [http://iffdec2011.gfintegrity.org/])
69. Siapa tidak risau melihat 'fakta' ini?: TOP 10
Negara : Aliran
Kewangan Haram Keluar yang tertinggi dalam tempoh 1
dekad (2000 2009) US DOLLAR -Sumber
Global Financial Integrity (GFI) :
1. China: $2.74 trillion
2. Mexico: $504 billion
3. Russia: $501 billon
4. Saudi Arabia: $380 billion
5. MALAYSIA: $350 billion
6. United Arab Emirates: $296 billion
7. Kuwait: $271 billion
8. Nigeria: $182 billion
9. Venezuela: $179 billion
10. Qatar: $130 billion
Jumlah ini adalah hasil daripada aktiviti haram seperti jenayah, rasuah,
pengelakan cukai, dan lain-lain (?).
70. Siapakah yang sedang berusaha ‘menggadai’
pemilikan harta orang Melayu dalam FELDA dengan cara menyenarai saham FGVH ke
Bursa Malaysia?
71. Siapakah yang ingin merobohkan bangunan Bukit
Bintang Plaza (BB Plaza) pusat perniagaan bumiputera di pusat KL bagi memberi
laluan kepada projek pembinaan stesen MRT ?
72. Siapakah yang ingin membawa masuk sebuah
syarikat milik Yahudi, Bunge Limited sebagai antara ‘rakan kongsi strategic’
kepada FGVH di Bursa Malaysia?
73. Siapakah pengkhianat negara yang membenarkan
pemilikian kad pengenalan segera dengan ‘menganugerahkan’ taraf warganegara
segera, ‘Jus Soli’ kali kedua kepada warga asing demi mempertahankan kuasa
rakus dalam PRU dan seolah-olah sudah
tiada keyakinan lagi kepada rakyat tempatan yang setia kepada negara?
74. Siapakah yang sedang berusaha mempertaruh
kehidupan damai rakyat melalui projek Lynas dekat Kuantan yang berpotensi
menjadikan rakyat negara ini sebagai zombie?
75. Siapa punya dajal pulak ni? Pada tahun 1990,
seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah
rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort (?)
76. Siapa punya idea ini? Pada tahun 1990, sebanyak
930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil
untuk projek Seremban 2.(?)
77. Siapa yang buat kerja ini? 26,000 hektar tanah
rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada seorang
taukeh berpengaruh(?)
78. Siapa yang merana kerana ini? Pada tahan 1993,
1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) diambil
untuk projek kolam udang.
79. Siapa yang kena halau? Seluas 273 ekar rezab
Melayu Kg. Chu Badak Sentul K.Lumpur yang diduduki oleh 160 keluarga telah
dihalau keluar kerana pembangunan. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang
diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Penchala Link dekat
Damansara Kuala Lumpur.
80. Siapa yang ajar MARA buat kerja ini? Laporan
Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan
dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan
tertentu.
Mengikut laporan itu yang pernah dibentangkan di
Dewan Rakyat, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk
membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Jumlah
itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua
untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.
Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam
laporan berkenaan:
Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran
RM419. Katil Boleh Lipat berharga RM500
berbanding harga pasaran RM100. Dua dapur gas
pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90. Mesin
gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga
pasaran RM79. Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.
Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara
tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk
kursus menggunting rambut.
Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian
besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka
dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
81. Siapa yang beriya-iya menentang mansuhkan PTPTN
dan memberikan pendidikan percuma untuk rakyat konon bankrapkan negara?
82. Siapa yang kata turunkan harga kereta untuk
kurangkan hutang rakyat konon bakal bankrapkan negara?
83. Siapakah yang menyebut cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) untuk dikenakan kepada rakyat adalah bagi mengelak negara
bankrap?
84. Siapa punya kroni yang menjadi CEO sebuah
syarikat air yang mendapat pendapatan hampir sejuta sebulan? Yang ini walaupun
untuk seorang tidak bankrapkan negara, tapi kalau untuk rakyat ‘yes!’, negara
pasti bankrap!?
85. Siapa yang mengajar rakyat ‘ajaran sesat’ agar
berani memilih syaitan yang dikenali dan bukan malaikat yang tidak dikenali?
86. Siapakah yang berkata projek pembangunan atau
habuan sewaktu kempen pilihanraya bukan rasuah?
87. Siapakah pemimpin di negeri Sembilan yang turut
serta dalam majlis MCA yang menentang pelaksanaan hudud di negara ini?
88. Siapakah yang pernah mengeluarkan kenyataan
satu waktu dahulu kononnya SAR adalah tempat lahirnya militant Islam?
89. Siapakah yang memaki peneroka yang berjuang
mempertahankan hak mereka sebagai ‘haramjadah’?
90. Siapa punya Bajet 15 tahun berturut-turut
defisit?
91. Siapakah yang ‘Hapus hutang’ Tajuddin lebih
RM500 juta?
92. Siapakah yang memberi kepada dua buah syarikat
mesra Umno/MCA pengurusan kamera ‘saman ekor’ AES yang dijangka mampu mengaut
RM700 juta setahun!
93. Siapakah yang mengurangkan subsidi gula yang
menyebabkan harga gula melantun-lantun naik, atas alasan konon menjaga
kesihatan rakyat?
94. Siapakah yang memberi amaran akan mengambil
tindakan kepada kerajaan Kelantan jika laksanakan hudud?
95. Siapakah yang sedang berusaha untuk ‘menggadai’
Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada syarikat swasta sekarang?
96. Siapakah yang menganjurkan pertandingan kapal
Layar Monsun Cup konon sebagai yang bertaraf dunia yang penuh dengan pembaziran.
97. Siapa punya isteri yang menjadi penaung (penganjur?)
satu festival konon sebagai festival fesyen Islam yang cukup menghina Islam dan
Nabi Muhammad S.A.W. satu ketika dahulu?
98. Siapa punya isteri yang memeluk Chong Wei di
khalayak ramai bagaikan tidak tahu hukum dosa pahala?
99. Siapakah yang menyokong Chua Soi Lek menyerang
konsep Negara Islam dalam pilihanraya kecil DUN Tenang dan mengatakan
‘serangan’ Soi Lek itu patut? Dan terbaru Soi Lek kata beribu akan hilang pekerjaan kalau laksana hudud! Binawe betol!!
100. Siapakah yang enggan melaksanakan hukum Hudud
dalam keadaan partinya berkuasa untuk berbuat demikian? Soros ke?