Followers

Saturday, October 13, 2012

Isa Samad dah mula gubra!

Maka dengan gubranya berkatalah Isa Samad kunun penurunan saham FGV hanya sementara! Harga saham FGVH di pasaran ialah RM4.74 seunit hari ini.

Iya betol kata Isa Samad tu, bahawa penurunan saham FGV hanya sementara....sementara belum merudum! 

Nampaknya bagi para penyangak Umno seumpama ini, yang katanya pembela Melayu, kalau apa-apa urusniaga untuk rakyat marhaen, penurunan ke atau kerugian ke, hanya sementara! Tapi untuk puak-puak mereka, penurunan itu satu kerugian yang perlu diambil serius dan wajar dibailoutkan dengan kadar segera! Hak rakyat rugi tak apa, hak pemimpin dan anak-anak serta kroni kalau rugi kerajaan Umno/Bn patut bantu! Itu baru adil!

Untuk didik rakyat agar memandu cermat dan mengelak kemalangan, pasang banyak-banyak kamera AES dan denda rakyat habis-habisan. Manakala untuk didik para kroni serta anak beranak para pemimpin Umno/Bn yang rugi  berniaga, hutang mesti dihapus kira dan bailout adalah sangat penting!

So kepada para peneroka Felda, bersabar sahajalah terus, sementara menanti saham FGV tuan-tuan menjadi macam ASN, ASJ, ASDI dan saham-saham yang lain- merudum hingga ke dasar!

Memang haramjadah!


Isa: Penurunan saham FGV hanya sementara

4:38PM Okt 13 2012.

Penurunan harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) hanyalah bersifat sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata harga saham tersebut dijangka meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna.

"Situasi ini tidak membimbangkan kerana ia merupakan bahan makanan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna," katanya pada Program Sihat Felda di Felda Lembah Klau dekat Raub hari ini.

Harga saham FGVH di pasaran ialah RM4.74 seunit hari ini.


Isa berkata pemegang saham FGVH mempunyai masa depan yang cerah kerana harga saham laris dan mendapat permintaan banyak dari pelbagai pihak termasuk dari negara Arab untuk membelinya kerana ia boleh membawa keuntungan yang besar kepada pemegang.


"Ketika saham ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan yang lalu, harganya sudah meningkat dan memberi keuntungan besar kepada pemegang sahamnya.


"Penurunan harga saham adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan dan ia dijangka akan naik semula tidak lama lagi," katanya.


- Bernama

Baca di: malaysiakini

Siapakah sebenarnya Hasan Jalur Tiga?

Hasan Jalur Tiga ialah:

PERPADUANG!

PERASANG!

dan 

PENYEBUK!! KAH!!

Sepatah kata Ustaz Harun, tak payah layang hasang tu!

Hantu Soros kejar Najib!



Kerana permainan busuk pencacai-pencacainya, Najib Razak pulak yang terkantoi! 

Najib kata  “tak salah dia jumpa Soros” tapi dua tahun perjumpaan Najib-Soros disenyapkan! Nasib baik ada orang PKR dedahkan, kalau tidak... sampai sekarang orang tak tahu, terus menjadi rahasia! KAH!

Sebuah perjumpaan yang tak salah, yang konon tak ada apa-apanya, tapi ‘dirahsiakan’! Kelakar jugak!

Dan bagi Najib Razak lagi, panduannya dalam hal Soros ialah tok gurunya Mahathir! Kalau Mahathir boleh jumpa maknanya tak salah kalau dia juga ikut sama jumpa macam Mahathir jumpa!

Begitulah ilmu 'sesat' yang diamal oleh puak-puak pencacai Umno ialah, asal Najib, Mahathir dan NGOnya buat, tak salah! Kalau NGO yang sealiran Pakatan Rakyat buat,  salah!

Orang yang dah busuk ni, dia sentiasa terhidu bau busuk dan kadang-kadang dia terlupa, busuk yang dikatakan berpunca dari orang lain itu sebenarnya adalah busuk dirinya sendiri! Itulah pencacai Umno!

PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Abdul Rahim Sabri Okt 13 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

Friday, October 12, 2012

Ambik engkau, kena sebiji!

Petikan sebahagian ingatan Tuan Guru Presiden PAS yang wajar sangat dimengerti oleh semua...semua ahli PAS kecuali yang nak sangat kena pecat kerana bimbang takut tak dapat bertanding dalam PRU 13 bagi mewakili Umno!!:



Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

*Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Fuhh...kau engkau kena ketuk!!!

Thursday, October 11, 2012

Kahkahkahkah...basa ulau sawer!!!!

Undi pembangkang, undi Soros kononn!! Cheh.... menyampah aku!!!

Berita tumpuan:


Ahli Parlimen Pakatan dedah pertemuan Najib-Soros

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan spekulator mata wang, George Soros di New York dua tahun lalu di sebuah hotel mewah – Hotel Plaza di Manhattan.

Pertemuan secara rahsia itu pertama kali didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah semasa debatnya dengan Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim.

Pertemuan tersebut disahkan Malaysiakini dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan Najib dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib yang menjadi Perdana Menteri pada 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan ‘gerakan global moderat’ untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, Bersih, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37681

http://www.keadilandaily.com/ahli-parlimen-pakatan-dedah-pertemuan-najib-soros/

Wednesday, October 10, 2012

Tuah Ustaz Nasha kerana Majlis Syura 'bersama' mu!

Nak kata apa lagi kita? Nampak gayanya Majlis Syura PAS seperti bersama dengan Nasharuddin Mat Isa!

Sehingga hari ini Nasharuddin adalah masih salah seorang ahli dalam Majlis Syura PAS. 

Sejak tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS tempoh hari Nasharuddin Mat Isa dilihat bebas mengkritik pendekatan politik terbaru PAS yang menolak idea Kerajaan Perpaduan yang menjadi minat Nasharuddin. 

Dan sehingga hari ini juga Majlis Syura PAS tetap tidak menjatuhkan apa-apa hukuman kepada Nasyaruddin Mat Isa. Nasharudin bagaikan anak emas Majlis Syura PAS kerana walau apa pun dia kutuk keputusan syura PAS dalam kerjasama melalui Pakatan Rakyat, Nasharuddin Mat Isa masih tetap mempunyai imuniti. Apa maknanya ini? 

Maknanya mudah, Majlis Syura Ulamak berkemungkinan besar sama pendapat dengan Nasharuddin Mat Isa? 

Wala' kepada parti hanya untuk ahli-ahli marhaen macam aku, ahli seperti Ustaz Nasharuddin tetap 'dianugerahkan' imuniti! Kepada Ustaz Nasha, teruskanlah kutuk keputusan syura parti kerana anda akan tetap disayangi! Tak ada halnya....kuasa tak penting kepada PAS!!

1 undi untuk Umno bermakna 1 undi untuk...


Rosmah Mansor terus menjadi seorang manusia penyebuk yang tidak serik-serik untuk menyebukkan dirinya sehingga mengerah dan menyusahkan orang lain. Tanpa menginsafi dan sedar dirinya, manusia Rosmah yang perasan FLOM ini terus membangkitkan perasaan getik rakyat Melaysia terhadapnya. Siapalah dirinya hinggakan kedutaan pun terpaksa ditutup, selama 3 hari pulak tu! Aku dengar berita ini pun naik menyampah dan meluat! Hee....bila dia ni nak sedarkan diri!

Aku akan terus katakan, satu undi kepada Umno/Bn bermakna terus memberi undi kepada Rosmah Mansor untuk terus menyebuk, memboros, bermewah, menggadai, campur-tangan di sana sini, membazir wang rakyat, perasan dan macam-macam lagi. 

Mungkin jugak selepas ini agaknya kalau Rosmah datang melawat ke sesebuah daerah, sekolah pulak yang terpaksa ditutup 3 hari! 

Maka jelaslah bahawa dalam PRU 13 nanti satu undi untuk Umno bermakna satu undi untuk Rosmah Mansor terus menyebuk!

Berita tumpuan:


Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana Rosmah

Harakahdaily  10 Okt 2012.

DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).


Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.


Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.


Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.


Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.


Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).


Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.


Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.


Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.


"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.