Followers

Saturday, October 06, 2012

Boleh pakai ke ni? Agak-agak Najib sendiri lulus tak?

Entahlah....fail Najib hantar kepada Najib, boleh fail ke?



Sabtu Oktober 6, 2012

SPRM Periksa Calon BN Berpotensi Secara Komprehensif 

Oleh RAZAK AHMAD

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) yang berpotensi untuk pilihan raya umum akan datang melalui pemeriksaan yang menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis apabila parti pemerintah itu melangkah jauh untuk membariskan calon yang benar-benar berwibawa.

Pemeriksaan dijalankan begitu komprehensif pada masa ini malah kelayakan akademik calon yang berpotensi diperiksa sekali lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan telah mengemukakan calon-calon negeri yang disenarai pendek kepada suruhanjaya tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan bahawa polis dan agensi-agensi lain juga terlibat dalam pemeriksaan itu.

Penyandang Ahli Parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga diperiksa dalam latihan berasingan.

Mohd Shukri berkata, laporan pemeriksaan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.

"Kami memeriksa untuk melihat sekiranya terdapat mana-mana kes atau fail siasatan terhadap mereka, memberi tumpuan kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya kepada The Star.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ketika dihubungi berkata: "semua yang diperlukan untuk diperiksa akan diperiksa.”

"Semuanya sedang dilakukan untuk memeriksa calon-calon. Kami mempunyai beberapa cara untuk melakukannya," katanya, sambil menambah bahawa BN mahu calon-calon yang boleh dipertanggungjawab seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Sementara itu, Umno akan memantau mereka yang sabotaj jentera pilihan raya parti jsekiranya pemimpin yang disokong mereka tidak dipilih sebagai calon.

Timbalan pengerusi jawatankuasa disiplin parti itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, pasukan membuat pemantau bagi memeriksa perkembangan di bahagian parti yang sudah dikenal pasti ahli dengan "berpotensi untuk menimbulkan masalah".

Pemandu kenderaan di Malaysia sedang di-ST1M-kan oleh Umno/Bn demi kroni !




Mahfuz cadang saman AES ditukar kepada ST1M

Abdul Aziz Mustafa 05 Okt 2012.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

Friday, October 05, 2012

Jahaney habih kerano mu!

Kerajaan Umno/Bn terus gagal:

1. Bajet sudah  defisit 15 tahun berturut-turut. Tahun 2013 defisit negara mencecah RM21.6 bilion.

2. Hutang negara 2012 RM502 bilion, meningkat 107.4 peratius sejak 8 tahun.

3. 76,200 siswazah masih menganggur! 10,200 orang pemegang ijazah pendidikan tidak ditempatkan lagi, dengar ceritanya graduan J-QAF sejak bulan Jun 2012 tamat tidak dapat kerja lagi?

4. Bagi siswazah yang sedang kelam-kabut mencari kerja dan masih menganggur tidak ada ertinya potong PTPTN 20 peratus yang diberikan. Duit 'sesen' pun tarak nak bayar macam mana?

5. Dah lah para anak muda sibuk mencari kerja yang berpadanan dengan kelulusan, galak suruh main telefon pulak dah. Kerja yang diperlukan, ribet beli telefon pulak yang diberi!

6. Seramai 1,118 orang juruterbang tempatan yang bertauliah tidak ada kerja kerana katanya tidak ada kapal terbang! Kalau macam tu baik ambil lesen lori...sah-sah ada kerja, ada gaji!

7. Berapa ramai graduan kejururawatan yang telah meminjam PTPTN lebih kurang RM60,000 masih belu dapat kerja. Pinjaman PTPTN kena bayar sebab Najib kata hutang wajib bayar, tak bayar berdosa ( hanya untuk graduan anak-anak muda sahajalah- Taukeh lembu kondo dan Uncle Tajuddin tak apa!).

8. Sehingga Oktober 2011 seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam  PTPTN telah disaman oleh mahkamah dan seramai 132,801 pelajar yang telah disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara!

9. Ada pemimpin Umno buat majlis pertunangan anak dengan kos RM400,000 dan kini dengar ceritanya ada pulak dah seorang lagi kroni yang buat majlis perkahwinan anak bersaiz mega yang dianggarkan orang kosnya bernilai RM600,000? 

10. Peruntukan sebanyak RM272.5 juta dalam Bajet Najib hanya akan menguntungkan para perunding dan pengiklan (untuk mewujudkan persepsi 'rasa selamat') bukan untuk membeli kelengkapan terbaik kepada PDRM.

11. Menyediakan peruntukan RM386 juta untuk membina 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Maknanya sebuah kedai adalah RM6.7 juta...mak tuan mahalnya untuk buat sebuah kedai KR1M! Bertambah kayalah Mydeen!!

Maka itu TOLAK UMNO/BN DALAM PRU KE 13 ADALAH TIDAK DAPAT DIELAKKAN LAGI! Jahaney habih kerano muu!!!

Sepatah kata Dato Husam Musa, " Trend Najib ini boleh menyebabkan kita boleh capai negara bankrap lebih cepat daripada yang disasarkan Dato' Seri Idris Jala (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mensasarkan tahun 2019 Malaysia akan muflis)."

Bila Ali Rustam 'berkokok' memang buruk bunyinya!!

Bila Ali Rustam berkokok memang buruk bunyinya! Orang tanya kenduri mega perkahwinan anaknya duit datang dari mana, dia sibuk dengan orang dengki konon kerana ramai tetamu datang ke kendurinya!

Ramainya orang datang hingga tertacat dalam MBR ke, JKR ke, Indah Water ke punya pasal-lah! Yang rakyat nak tahu kamu ambik duit mana buat kenduri mega ni? Kalau ada orang taja, siapa? Woit... itu pun payah nak jawabkah? 

Apa punya merapu daaa!!!!




"Dia orang ini memang dengki dan tak ada kerja lain, gasak dia oranglah nak buat apa.

"Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat, nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang.


"Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN, tetapi yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh hari ini.
 
"Saya minta Lim Kit Siang isytiharlah masa dia kahwin berapa belanja dan Lim Guan Eng kahwin dulu berapa belanja, Mat Sabu kahwin dulu berapa belanja, menteri-menteri besar di kahwin dulu berapa belanja, suruh di isytihar," katanya.

Rujuk:sini

Thursday, October 04, 2012

Hai Azmin, asyik tershashul je ngko? Sabar...tak yah pakailah perangai Umno tu!




Tukar MB bukan pandangan Pakatan,  kata Khalid

Abdul Rahim Sabri   3 Okt 2012.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kemungkinan beliau dipindahkan ke pentadbiran persekutuan bukan pendirian yang dibuat Pakatan Rakyat.

"Keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan (jadi MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu.

"Jadi kebiasaannya komen-komen ini, bukanlah komen daripada Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan," kata Khalid.

Beliau mengulas kenyataan Azmin yang dilaporkan menimbulkan kemungkinan bahawa Khalid akan ditukar sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid bagaimanapun melihat kenyataan Azmin itu dari sudut yang positif.


Dengan berjenaka, beliau berkata perkara itu juga menunjukkan beliau bukan sahaja dilihat mampu berkhidmat di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan.

Wednesday, October 03, 2012

Hisham Persepsi pulak dah!




Apakah Hishamuddin Hussein sedang mengalami 'kecelaruan fikiran'?

Katanya, mewujudkan ‘rasa selamat’ di kalangan masyarakat antara yang menjadi keutamaan Hishammuddin selepas ini!

Isunya:

Bagaimanakah ‘rasa selamat’ hendak wujud jika saban hari masyarakat terus melihat kejadian jenayah berlaku di hadapan mata ?

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika saban hari kejadian jenayah berlaku dalam kawasan kejiranan mereka?

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika rakyat sendiri merasakan tidak selamat? Rasa tidak selamat tinggalkan rumah, rasa tidak selamat berada di rumah seorang diri, rasa tidak selamat berjalan dilorong sunyi seorang diri, rasa tidak selamat tatkala hendak keluar wang di  ATM dan seumpamanya.

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika mantan KPN Musa Hasan sendiri mengakui peningkatan kadar jenayah memang berlaku?

Apakah ‘rasa selamat’ itu benar-benar wujud jika selepas ini berita atau kejadian jenayah digelapkan dari laporan media utama demi melahirkan persepsi selamat?

Apakah persepsi ‘rasa selamat’ tetap hendak diwujudkan tanpa mengurangkan kadar peningkatan kejadian jenayah? Tidakkah itu sebenarnya meletakkan rakyat dalam perangkap bahaya?

Apakah persepsi ‘rasa selamat’ lebih penting daripada usaha dan kawalan serius menurunkan kadar kejadian jenayah?

Apakah ‘rasa selamat’ itu dirasakan benar-benar wujud jika PDRM lebih menumpukan kepada mengawasi ceramah-ceramah parti pembangkang daripada usaha bersungguh-sungguh membenteras jenayah?

Bagaimana hendak wujud ‘rasa selamat’ jika contohnya serangan cat merah kepada bas jelajah merdeka PKR dan lontaran objek keras ke ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dahulu berlaku 'depan mata' polis sendiri tanpa polis bertindak terhadap para samseng?

Jadi, Hishammuddin Hussein tolonglah serius sikit! Janganlah terlalu bermain politik! Sepatah kata Mat Sabu, “janganlah merapu!”

Berita tumpuan:

Hishammuddin: NKRA akan tumpu ‘rasa selamat’

2 Okt 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata fasa kedua dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat dan bukannya indeks jenayah.

"Isunya bukan indeks (jenayah), itu kita cukup yakin... Isunya bukan jenayah jalanan (lagi), matlamatnya sudah berubah mengikut tuntutan semasa.

"(Kayu ukurnya adalah) persepsi, keduanya perasaan dan realiti.

"Bukan kita tidak beri perhatian (kepada indeks jenayah), tetapi peringkat pertama itu tumpuannya adalah kes-kes jenayah jalanan," katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia pagi ini.

Dalam fasa kedua, tumpuan juga diberikan kepada usaha mengurangkan jenayah pecah rumah dan jenayah di pusat membeli-belah, katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.