Followers

Saturday, September 29, 2012

Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat semakin membuat onar.

Nampaknya Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat (SPR) semakin membuat onar. Segala bantahan, teguran dan pandangan rakyat yang inginkan ketelusan dan bersih pilihanraya dipekak-badakkan! 

Segala bahasa telah digunakan oleh rakyat berintegriti untuk memahamkan kehendak rakyat kepada SPR. Namun hingga ke hari  suruhanjaya ini terus tidak faham bahasa yang rakyat gunakan! 

Apakah suruhanjaya ini akan hanya faham bahasa 'Dataran Tahrir'? Kita tengoklah nanti....

Berita tumpuan:



Audit: 64,100 pengundi pos daftar dalam satu hari

Harakahdaily  29 Sep 2012.

SHAH ALAM: Kewibawaan Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini.

Anwar Ibrahim bermimpi nak tengok kucing tumbuh tanduk!

Mengharap Najib hadir secara jantan dan ilmiah pada sesi perbahasan bajet Isnin ini  adalah bagai mengharapkan kucing tumbuh tanduk! Najib Razak mana yang akan berani berdepan secara bersemuka tanpa 'mengikat' kaki dan tangan lawannya? 

Perdebatan bagi Najib bermakna dia sorang-sorang diri hentam lawannya begitu dan begini, tanpa lawannya boleh melawan! Macam yang dia buat waktu pembetangan bajet hari itu.

Tapi dalam keadaan lawannya mampu berhujah balik, mampu melawan, agaknya ada TE _ _ _ ke Najib?



Anwar mahu Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini

Muhammad Faizal 29 Sep 2012.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada sesi perbahasan bajet minggu depan dan sekaligus berdebat berkaitan dengan bajet yang beliau bentangkan petang semalam.

Tegasnya lagi, Najib sepatutnya hadir untuk mendengar apa yang ingin dibahaskan nanti bagi untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan apa yang telah dibentangkan.

"Sebagai negara demokrasi, Najib perlu hadir pada sesi saya berbahas bajet 2013, saya tahu Najib mesti berani untuk mengetahui apa yang ingin saya bahaskan nanti," usul beliau.

Anwar ketika mengulas bajet 2013 memberitahu sepatutnya pada bajet kali ini kerajaan menyentuh senario antarabangsa kerana sebagai sebuah negara dagang sepatutnya Najib tahu perancangan ekonomi terikat dengan perkara sedemikian.

Namun perkara tersebut tidak disentuh langsung oleh kerajaan pada bajet 2013 kali ini.

"Saya melihat apa yang diberitahu pada bajet tersebut hanyalah gimik politik semata-mata dan untuk memenangi hati rakyat," jelas beliau.

Anwar memberitahu, mungkin Najib beranggapan rakyat itu tidak mengetahui bahawa keuntungan berbilion ringgit diambil oleh kroni mahupun keluarga pemimpin menyebabkan Najib tidak menyentuh langsung soal tersebut.

"Contohnya peruntukan untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu hanyalah insentif untuk mereka yang kaya sahaja bukannya golongan yang berpendapatan rendah.

"Keuntungan Penjana Tenaga Bebas (IPP) langsung tidak diceritakan tetapi bagi peruntukan RM200 kepada rakyat di bawah telah diperbesarkan," sambungnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga tidak menjelaskan langsung tentang monopoli gula yang diberikan kepada individu tertentu tetapi berkaitan penarikan subsidi gula serta harga pula disentuh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut melahirkan kekecewaan apabila kerajaan hanya memikirkan tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendesak pembayaran balik dari pelajar.

Namun kerajaan tidak pula menjelaskan perancangan pembayaran balik pinjaman berbilion ringgit oleh syarikat-syarikat besar.

Menyentuh tentang hasrat kerajaan ingin melaksanakan program rumah pertama, beliau tidak yakin ada kesungguhan dalam perlaksanaan tersebut.

"Kita kemukakan cadangan dalam belanjawan Pakatan Rakyat bahawa perumahan itu tidak boleh dilaksanakan jika syarikat yang mengendalikannya mementingkan keuntungan.

"Syarikat perumahan rakyat tidak tidak mungkin berhasil kalau motifnya keuntungan sepertimana yang dilakukan sekarang," kata beliau.

Anwar menyatakan jika ingin menjayakan program rumah pertamaku ini mesti ada badan kerajaan yang tidak semestinya rugi besar tetap mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.

Thursday, September 27, 2012

Masalahnya apakah syaitan akan dengar pandangan malaikat?



Aku tidak bermaksud perunding keselamatan itu malaikat tetapi pandangan itu sekurang-kurangnya satu pandangan yang nampak jujur dan amat baik buat keselamatan negara. 

Apakah parti yang disebut Mahathir antara syaitan yang dikenali itu akan mendengar sebuah pandangan yang amat baik dan amat munasabah dalam keadaan syaitan yang dikenali itu memang bermata duitan dan pantang melihat apa sahaja yang boleh mendatangkan duit buat puaskan nafsu dan kuasa?

Dalam keadaan Mahathir menyeru lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali, rasanya harapan untuk melihat Lapangan Terbang Sg Besi tidak terus tergadai amat tipis sekali, kerana spesis syaitan tidak akan mendengar pandangan  malaikat punya, inikan pula seorang perunding keselamatan...ek eleh! Syaitan tu kan!

Cara terbaik untuk selamatkan Lapangan Terbang Sg Besi ialah 'bungkus' sahaja syaitan itu dalam Pru 13 nanti dan lepas itu campak je ke laut!

Berita dipetik:

Kaji balik penutupan Lapangan Terbang Sg Besi

Harakahdaily 27 Sep 2012.

KUALA LUMPUR: Seorang perunding keselamatan meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup lapangan terbang TUDM Sungai Besi kerana ia sangat perlu kepada negara.

Bercakap kepada Harakahdaily, perunding itu berkata, kerajaan belum terlambat untuk menarik balik keputusan awalnya bagi membangunkan kawasan lapangan terbang itu.


Ini kerana, kontraknya masih dalam peringkat rundingan dan belum dianugerahkan sepenuhnya.


"Kita jangan ulangi kesilapan kerajaan menutup Kem Majidee yang menjadi perisai keselamatan kita di selatan tanah air," katanya.


Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bakal hilang apabila kerajaan mahu membina kem baru menggantikannya iaitu di Labu, Negeri Sembilan.


Namun, ramai pihak yang mahir dengan stategi keselamatan tdak bersetuju dengan langkah ini kerana kedudukan lapangan terbang Sungai Besi itu sangat stategik dalam konteks keselamatan negara.


Selain landasan terbang, bahagian bawah lapangan ini mempunyai bunker yang menghubungkannya dengan beberapa tempat strategik negara.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Penasihat 1MDB adalah Taek Jho Low, jutawan yang dilaporkan baik dengan isteri Perdana Menteri, Datik Seri Rosmah Mansor.

kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.


"Jika berlaku apa-apa di tengah bandaraya, bagaimana pasukan bantuan akan kita hantar dengan cepat kalau tiada landasan kapal terbang di tengah bandararaya seperti Sg Besi ini," soal perunding keselamatan itu.


Sebelum ini, PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.


"Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.


Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.


Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung. Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.


Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Gemencheh dan Gemas.

sumber:harakahdaily

Ini mamak sudah kena, kelu seketika!

Bagi orang biasa macam aku, kalau komen 'tak mahu komen' maknanya ada dua makna; satu, memang betul bagai dikata, kedua; memang payah sangat nak komen, komplikated! 

Bukan sikit duit rakyat weh terlibat dalam judi mata wang kerajaan Umno/Bn tu! Bilion! Tapi dapat naik pangkat lagi dia ye! 

Memang susah nak komen...ish...ish..ish!!

Berita dipetik:



Nor Mohamed enggan ulas walau disalahkan Anwar

Ahmad Fadli KC

Sep 26 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop enggan mengulas kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan beliau atas kerugian ditanggung negara akibat perdagangan matawang pada tahun 1992.

Nor Mohamed berkata beliau tidak mahu memberikan komen berhubung isu tersebut, yang ditimbulkan di Dewan Rakyat semalam.

"Saya tak mahu komen," kata Nor Mohamed ketika ditemui pemberita selepas majlis anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perbahasan di Parlimen semalam, Anwar yang juga bekas menteri kewangan pada masa itu berkata beliau telah mengarahkan supaya aktiviti spekulasi matawang ketika itu dihentikan.

Anwar juga berkata, beliau dipenjara namun Nor Mohamed kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri.
 
Nor Mohamed juga enggan mengulas apabila ditanya berhubung dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jutawan George Soros menyalurkan dana kepada NGO di negara ini untuk menguasai negara.

Nor Mohamed diminta menjelaskan perkara itu atas pengalamannya sebagai seorang yang mengenali Soros.

Baca seterusnya:malaysiakini.

Wednesday, September 26, 2012

Tarif eletrik bakal 'melanyak' rakyat!

Tarif eletrik dijangka melambung - William

 Oleh NORUTUL ILHAM

Tindakan kerajaan Umno/Bn melalui 1MDB membeli penjana kuasa bebas (IPP) daripada  dua syarikat kroninya bakal membebankan rakyat dengan kenaikan tarif eletrik, kata Ajli Parlimen Selayang, Wiliam Leong.

"Bukan sahaja kos dibeli tinggi tapi tempoh kontrak akan tamat tidak lama lagi. Jadi persoalannya kenapa kerajaan sanggup bayar dengan harga tinggi?

"Bermakna Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan beli ikut kontrak IPP dengan harga yang tinggi. Akhirnya rakyat terpaksa tanggung beban dengan kenaikan tarif eletrik, " katanya kepada Suara Keadilan.

"Apabila perjanjian kontrak tamat, bermakna rakyat akan jadi sasaran. Jika perjanjian bedsart sevelah, bermakna ketiga-tiga pihak antaranya Petronas, TNB dan rakyat menjadu mangsa," ujarnya.

Sumber: SK84