Followers

Saturday, September 22, 2012

Kalau dapat 5 tahun lagi, penuhlah cincin berjuta dijari!

Najib kini sidah sampai tahap merayu. Kedengaran cukup mendayu-dayu, 'bagilah kemenangan kepada Bn sepenggal lagi!'

Awas, rayuan itu rayuan bapak harimau demi harimau betina!Sampai masanya harimau pasti mencakau dan menerkam akhirnya .....ngap!! Rakyat yang tidak serik dan mudah lupa akan apa yang Umno lakukan, bakal menjadi mangsa. Yang pasti kroni dan anak beranak terus kaya raya. Rakyat terus bagaikan pengemis mengharap dan menagih bantuan itu dan ini berjenama 1Malaysia!

Sepenggal lagi maknanya 5 tahun lagi! Bayangkan dalam tempoh 5 tahun lagi! Dalam tempoh empat tahun ini pun, paduka bini bershoping di butik-butik luar negara beratus ribu RM, bermalam di hotel berharga beratus ribu satu malam, membeli dan memakai cincin-cincin berjuta! Bil air dan eletrik di Seri Perdana beratus ribu! Melancong ke luar negara sambil bershoping beratus juta RM jugak. 

Bayangkanlah lima tahun lagi mendapat peluang! Mungkin bakal terdedah pula underwear berjuta RM, bra pun sama, kasut ratus ribu RM sepasang, dan macam-macam lagi yang boleh berlaku sungguh kerana tidak mustahil! Mak tuan.... lingkup duit rakyat pembayar cukai dan duit dari hasil negara kerana semua yang dibeli mesti ber-king size!

Oleh yang demikian cukuplah Najib Umno Bn...tak payahlah 5 tahun lagi! Mohon 5 tahun lagi konon untuk pembangunan hanya cuma dalih dan auta...apa boleh buat 5 tahun sedangkan 55 tahun yang telah diberikan, rakyat masih hidup miskin dan tertekan? Cukuplah Umno/Bn...kami akan cuba Pakatan Rakyat pulak. Sahih!


Najib mohon lagi sepenggal untuk lebih pembangunan

Nigel Aw

12.32 PM Sep 22 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini,

"Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.

Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.

Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.



Thursday, September 20, 2012

Mahathir bagi 'signal', tukar kerajaan banyak masalah negara selesai!




Negarawan tua yang pening menunggu bila akan tibanya pilihanraya umum,  berkata dengan resah...negara berdepan banyak masalah jika rakyat tukar kerajaan!

Kahkahkahkahkah......Mahathir...Mahathir!!!

Asal hendak membantu dan menyenangkan rakyat, negara menghadapi masalah!

Perlu diingat, satu perkara yang menarik tentang para pemimpin Umno khususnya Mahathir ialah percakapan yang mereka hamburkan selalunya mempunyai pengertian yang sebaliknya atau berlawanan.

Oleh yang demikian, sekiranya para pemimpin Umno apatah lagi orang macam Mahathir berkata, Umno kini amat yakin menang PRU 13, maka maknanya Umno kini dalam dilema dan tidak yakin menang!

Buktinya, dulu-dulu Mahathir ada berkata, Anwar Ibrahim telah pukul dan cederakan diri sendiri di dalam penjara, rupa-rupanya Anwar dibelasah oleh bapak samseng yang baru-baru ini pernah tuduh Tok Guru Nik Aziz 'bapak kafir'!

Kalau Najib kata Umno/Bn telah bersedia menghadapi pilhanraya pada bila-bila masa, maknanya Umno belum bersedia.

Kalau Zahid Hamidi kata masalah dalam Umno telah selesai semuanya , makna Umno sedang bercelaru.

Jadi, perlu difahami, bila Mahathir kata negara berdepan banyak masalah jika rakyat tukar kerajaan Umno/Bn, bermakna banyak masalah negara akan dapat diselesaikan dan negara akan selamat tenang dan bahagia !

Oleh yang demikian dengan 'signal' yang diberikan Mahathir itu , jom kita terus istiqamah untuk 'memuziumkan' Umno/Bn dalam muzium tua di bandar diraja Pekan, Pahang! Kita undi asal bukan Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti untuk menyelamatkan negara tercinta ini daripada, kronisme, rasuah, pecah amanah, boros, jumud, fitnah, kezaliman dan hilang integriti!


Rabu September 19, 2012

Negara Berdepan Banyak Masalah Jika Rakyat Tukar Kerajaan - Dr Mahathir 

KUALA LUMPUR: Negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.
"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - BERNAMA

Wednesday, September 19, 2012

Yayasan Guru cari sakit?



Baru-baru ini katanya Yayasan Guru telah mengedar risalah bagaimana kenal pasti golongan LGBT?  Baguslah kalau begitu!

Tidak kiralah, apa juga niat Yayasan Guru berkenaan, sama ada ada niat atau tidak ada niat sebaliknya, tetapi apa yang dilakukan oleh Yayasan Guru itu tidak dapat dinafikan menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena, yang selama ini mungkin terhasil daripada sistem pendidikan negara!

Semua orang tahu bahawa Yayasan Guru adalah golongan guru. Apabila guru resah dengan sesuatu isu moral maka sudah tentulah ianya berada di tahap tidak terkawal! Apakah itu hakikat gambaran  yang terbit daripada tindakan Yayasan Guru itu dalam soal LGBT ini?

Mungkin Umno dan kuncu-kuncunya gembira dan cuba mengaitkan LGBT dengan Anwar Ibrahim musuh politik mereka yang sekarang sedang bergerak ke seluruh pelusok negara bagaikan tsunami yang mampu melanda dan menenggelamkan kapal Umno/Bn dalam PRU 13 nanti!

Di sebalik usaha-usaha Umno/Bn yang dengan seronok dan gembiranya, cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan LGBT, Anwar telahpun melalui satu proses pembersihan sama ada dari segi perundangan dan moral apatah lagi secara syari’e bahawa beliau tidak mampu dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan LGBT,  melainkan media-media arus perdana para pencacai Umno siang dan malam mengunakan budi bicara sendiri sambil menabur fitnah  menghukum  Anwar Ibrahim sebagai bersalah mengalahkan mahkamah tertinggi negara dan mahkamah syariah!

Kembali kepada apa yang Yayasan Guru lakukan. Apabila guru-guru mula bising tidakkah itu bermakna ada yang sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan yang mana guru-guru adalah pelaksananya? Sehubungan itu apakah ini memberi makna bahawa system pendidikan yang digubal oleh kerajaan Umno/Bn selama 55 tahun memerintah, semakin gagal melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral dan beragama?

Nampaknya usaha Yayasan Guru mengedar risalah LGBT ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan bagaikan  mahu memberitahu khalayak akan  kegagalan sistem pendidikan kerajaan Umno/Bn selama mereka memerintah. Kerajaan Umno/Bn terbukti gagal dalam menegakkan, mengukuh apatah lagi memperbaiki akhlak dan moral rakyat terutama para pelajar melainkan sibuk bermain politik murahan dengan memberi promosi mewah secara tidak bermoral kepada apa yang dipanggil LBGT yang kini cuba dipublisitikan pula oleh Yayasan Guru!

Barang dingat, memberi publisiti dan mempromosi sesuatu akhlak buruk ‘secara mewah’ adalah jauh berbeza malah tidak sama dengan langkah memoralkan dan mengislamisasikan sistem pendidikan bagi memantapkan akhlak, moral dan amalan agama!

Oleh yang demikian, apa juga niat Yayasan Guru tidak perlulah diselidiki, biarkanlah Yayasan Guru yang rajin dan tak ada kerja itu menyediakan risalah LGBT kerana selepas ini kita harapkan juga  Yayasan Guru sebagai golongan yang prihatin, mencetak dan mengedar pula risalah bagaimana mahu mengenali pemimpin dan isteri yang pemboros, ciri-ciri perogol gadis bawah umur, ciri-ciri penzina, ciri-ciri samseng jalanan dan samseng cat merah, ciri-ciri pelaku rasuah, ciri-ciri pelaku pecah amanah, ciri-ciri orang makan komisyen dan ciri-ciri janji pembohong kerana semua itu adalah juga masalah moral dan akhlak yang tenat, yang sedang  melanda negara!

Pada penulis apa yang dilakukan oleh Yayasan Guru jika sekiranya (jika sekiranya...) ada niat mahu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim demi tuan Umno (semoga tidak), sebenarnya ianya lebih merosakkan kerajaan Umno/Bn sendiri. Anwar telah melepasi segala ujian getir fitnah terhadapnya selama ini dan kini dalam setiap perhimpunan yang Anwar Ibrahim hadiri beliau dikerumuni oleh rakyat pelbagai kaum yang tidak puas-puas mendengar amanat, misi dan visi politik untuk rakyat.

Manakala melalui peranan Yayasan Guru itu pula, telah berjaya membukti bahawa kerajaan Umno/Bn pada hakikatnya telah gagal dalam pendidikan moral dan akhlak apatah lagi dalam pendidikan agama secara menyeluruh untuk rakyat, kerana tidak menekankan dan tidak kisah soal akhlak dan moral rakyat, para pemimpin, anak-anak para pemimpin, pekerja dan generasi pelajar dalam negara selama mereka memerintah.

Bayangkan setelah 55 tahun memerintah tidak ada roh agama dalam sitem pendidikan negara yang mengakibatkan saban hari semakin buruk akhlak rakyat, para pemimpin, para remaja dan pelajar. Yang kerajaan Umno tahu hari ini ialah bermain politik murahan, tidak bermoral dan penuh ugutan dan dengan menggunakan apa sahaja, serta apa cara, selagi boleh untuk mengaitkan apa sahaja dengan Anwar Ibrahim demi mempertahankan kuasa rakus mereka.

Kesimpulannya, walaupun Yayasan Guru cuba menafikan mempunyai apa-apa niat buruk dalam menyebar risalah LGBT, apakah tidak mungkin sebenarnya Yayasan Guru juga telah terjerumus ke dalam usaha menambah bilangan golongan pemfitnah dan pancacai Umno/Bn yang kian pandai mengampu? Hati-hati Yayasan Guru!

Berita dipetik:

Selasa September 18, 2012

Yayasan Guru Tegas Tiada Niat Buruk Bila Edar Risalah Bagaimana Kenal Pasti Golongan LGBT 

KUALA LUMPUR: Yayasan Guru (M) Bhd menegaskan, mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk apabila mengeluarkan risalah yang didakwa sebagai 'garis panduan' dalam satu seminar mengenai bagaimana hendak mengenalpasti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kalangan kanak-kanak.

Kordinator seminar berkenaan, Hasnul Hadi Abdullah Sani berkata, risalah itu dikeluarkan hanyalah sebagai satu bentuk kesedaran buat ibu bapa dan juga guru berhubung isu LGBT.

"Kami tidak bermaksud tidak baik atau ingin mencetuskan apa-apa sebaliknya niat kami adalah untuk kebaikan bersama, masyarakat dan juga negara," ujarnya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.

Hasnul menafikan risalah itu merupakan satu bentuk garis panduan sebagaimana yang didakwa oleh beberapa portal berita sebelum ini.

Katanya, apa yang mereka keluarkan itu hanyalah sebagai rujukan dalam bagaimana hendak mengenalpasti golongan LGBT dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Risalah berkenaan dikatakan disebarkan dalam satu seminar anjuran yayasan berkenaan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ia mencetuskan kontroversi apabila beberapa portal berita mendedahkannya.

Tuesday, September 18, 2012

Beberapa fakta tentang ahli Parlimen




Info: Tahukah anda mengenai Majlis Rakyat Mesir...


11 Ogs 2012.

Tahukah anda?

Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki:

-          Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafaz Quran.

-          Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith.

-          Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengan al-Quran.

-          Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki Phd dalam pelbagai bidang kepakaran.

-          Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.

-          Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.