Followers

Saturday, September 15, 2012

Najib buat lawak di Pekan!


Di Pekan Pahang hari ini, Najib kata perjuangan Umno direstui Allah! KAH....sama ada Najib buat lawak atau orang Pekan terutama ahli-ahli Umno tak habis-habis kena tipu?








Najib: Perjuangan Umno direstui Allah.

5:34PM Sep 15 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno.

"Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yang dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan, di Pekan hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

"Kemampuan kita belum tentu dapat kejayaan tanpa keizinan dari Allah," kata Najib.

Beliau berkata apa yang penting kini ialah barisan kepimpinan Umno dan anggotanya perlu tanya pada diri apa yang dilakukan sehingga Allah mencintai perjuangan itu.

"Allah akan sayang, kasih kita jika kita berjuang mengikut landasan Allah dalam barisan teratur.

"Cara bertindak, bererti kita ditadbir urus dengan kemas, sistematik, bekerja kuat, itu bererti perjuangan dikasihi Allah.

"Selagi tak berjuang dalam perjuangan yang kukuh dan teratur, Allah tidak akan mengasihi perjuangan.

"Kalau kita idamkan kejayaan kita mesti bertindak dalam barisan teratur, sebagai parti, sebagai bangunan tersusun, kita akan perlihatkan kejayaan pada pilihan raya akan datang," katanya.........


- Bernama

Khabar angin yang yang tidak sanggup didengar. Ngeri!

Antara berita yang paling 'tidak sanggup didengar' telah muncul di beberapa blog tempatan sehari dua ini cukup mendebarkan! 

Semoga berita yang cukup 'tidak sanggup didengar' ini tidak menjadi kenyataan. Minta sisih!! 

Biarlah berita itu hanya bagai angin lalu...kalau benar-benar menjadi kenyataan,mampooh!

Hah? Rosmah Mansor bakal bertanding di Pahang?

Friday, September 14, 2012

'No class minister', bertaraf jay kay kay kay kay!!!

Nasib Malaysia terus malang kerana mempunyai seorang Menteri yang diamanahkan menjaga keselamatan dalam negara, yang dibayar gaji dari kutipan hasil dari pembayar cukai yang terdiri daripada rakyat Malaysia, tidak kira penyokong Umno/Bn dan juga penyokong Pakatan Rakyat hanya mampu mengeluarkan kenyataan bertaraf no class seperti di bawah sana!

Inilah contoh menteri yang cerdiknya (kalau cerdiklah...) tak boleh diikut, bodoh tak dapat diajar! Orang bukan bercakap soal orang Johor terima atau tidak PKR di Johor! Itu semua orang tahulah, melalui PRU boleh tentukan, tapi la ni  orang bercakap pasal jaminan keselamatan kepada para pemimpin dan ahli-ahli PKR sebagai rakyat Malaysia sewaktu bertemu rakyat di Johor daripada ancaman para samseng dan penyangak cat merah!

Kalau macam tu rakyat Malaysia yang sokong Umno/Bn je lah yang berhak diberi jaminan keselamatan? Ini menteri ke jay kay kay kay kay ni?

 Berita dipetik:



Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang.

Ahmad Fadli KC 14 Sep 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khiana

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.


"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."


Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.


Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu


Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.


"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

SPR ingat orang lain bodoh macam dia!

Tak patut buat berasingan konon!

Cakap banyak tak mahulah SPR, BERSIH-kan dulu secara bersungguh-sungguh dan ikhlas daftar pemilih pilihanraya yang 'kotor' lagi busuk dengan pendatang dan hantu-hantu jerangkong itu! Jangan banyak bagi alasan kerana alasan yang diberi  itu hanya dalih untuk kepentingan tuan Umno kamu! Rakyat sudah faham dan masak benar dengan kluk-klek dua 'ekor' bos SPR itu.

Patut ke, tak patut ke, kerja kamu hanya laksanakan Pilihanraya adil dan BERSIH bila kerajaan bubar parlimen atau DUN. Adalah menjadi hak kerajaan negeri nak bubar DUN mereka sama atau berasingan! SPR tak payah menyebuk bab itu!

Janji BERSIH dan Janji DEMOKRASI sila tunaikan segera...ada faham? Tak payah nak berlagak 'alim dan warak' membazirlah konon, kos tinggilah, buang masa-lah, mengganggu kelas dan tugas gurulah, ganggu ketenteraman awamlah! Wey...apa punya merepaklah Wan Ahmad. Janganlah anggap orang bodoh macam kamu!!!

Berita dipetik:


SPR: P’raya negeri berasingan tidak patut berlaku

Sep 14 2012.

Cadangan kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.

Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.

"Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi, bertajuk 'Isu Bubar DUN: Implikasi SPR'.

Selain itu, kata Wan Ahmad, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang, katanya, perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali.
  
Selain itu, tambahnya, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
  
Sebelum ini, empat kerajaan negeri yang bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
    
Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan PKR-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.
  
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
  
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
  
Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.
  
- Bernama

Thursday, September 13, 2012

Noh Omar diberitakan 'senak' perut!

Apabila diberitakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor  tidak akan mengadakan PRU DUN Selangor  serentak dengan PRU Persekutuan, ia telah mendapatkan musibah besar kepada Noh Omar. Noh Omar kini dberitakan sedang 'senak perut' kerana keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat itu.

Kata Noh Omar, "Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung."

Boleh tahan lawak Noh Omar ni...KAHKAHKAHKAAHKAH....takut serah mandat kepada rakyat...KAHKAHKAHAKAHKAH....sudah mula rasa gila kuasa.... KAHKAHKAHKAH....  dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihanraya diadakan langsung!" Hak ini paling kelakar...KAH!

Mampos kalau dapat MB macam ni! Minta sisih!!

Berita dipetik:



Noh: K’jaan Sgor takut mandat pada rakyat

9:13AM Sep 13 2012.

Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.
  
"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.

"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di ibunegara malam ini.
  
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum.
  
Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti  Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2.

- Bernama

Wednesday, September 12, 2012

Cheh ...Umno!!

Syeh tan yang akhirnya dikenali!!



Tuesday, September 11, 2012

Peneroka ditusuk 'keris'.

Mudah-mudahan apa yang berlaku terhadap saham FGV ini menyebabkan para peneroka yang totok Umno dalam kalangan orang Melayu, akan celik dan sedar diri bahawa mereka memang sah ditipu oleh Umno dan Isa Samad yang mereka sangat percaya dan sayangi. 

Apakah dalam keadaan 'keris telanjang' terusuk dalam, para peneroka masih mahu berkata, "Umno adalah segala-galanya bagi ku!"

Kalau begitu...alangkah bodoh kita!!! Cukuplah kita menjadi Melayu yang mudah lupa! Marilah kita mengatakan dalam PRU 13 nanti, aku akan undi, Asal Bukan Umno/BN (ABU). Anak-anak muda Felda mari kita sedarkan ibubapa kita segera, sebelum kita terus berputih mata! Jom!



Harga saham FGV terus merudum

12:19 Sep 11 2012.

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.