Followers

Saturday, September 08, 2012

Wah...pertembungan kian getir!!


Nampaknya sekarang ini semakin banyak 'pertembungan'. Pertembungan yang kadang-kadang biasa, kadang-kadang 'mengganas'. Pertembungan yang menjadi petanda bahawa PRU ke 13 semakin hampir tiba! Pertembungan yang juga menjadipetanda bahawa parti ' syaitan yang dikenali' bakal bungkus tak lama lagi! Aapakah pertembungan-pertembungan itu?

1. Parti-parti Pakatan Rakyat terpaksa bertembung dengan  Umno/Bn 'Parti syaitan yang dikenali'!

2. Anwar Ibrahim terpaksa bertembung dengan Najib Rosmah and the gang!

3. Bas jelajah merdeka rakyat PKR terpaksa bertembung dengan para samseng syaitan di Kelantan dan di Melaka!

4. Remaja lelaki yang tunjuk punggung kepada gambar yang kaku dan beku Najib dan bini, terpaksa 'bertembung' dengan polis!

5. Model remaja perempuan yang alahai lembutnya, menyerah diri lagi, terpaksa bertembung pula dengan gari!

6. Puisi Pak Samad terpaksa 'bertembung' dengan 'polis Umno'!

7. Dan yang tidak pasal-pasal menyelit yang tidak ada kena mengena dengan PRU 13, ialah 'pertembungan' antara Dr Maza dengan Abby Abadi! Alahai yang seorang handsome apa, dan yang sorang lagi cantik manis pulak! Kalau kena rundingnya, kita setuju je! Bagai pinang dibelah dua. Mudah-mudahan 'pertembungan' pun  dapat diselesaikan! Hehe...jangan marah pula ustaz, Abby....gurau je!!! Taapi.... kalau ya sungguh, okay apa! Benda baik..kan?









Nak kenal guru biadap?





Rakyat biadab kerana Umno gurunya

Harakahdaily 07 Sep 2012.

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar  pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.

Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20  April 2000, di mana  Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

"Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya.

Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia  dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

"Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih  bersekolah," soalnya.

Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

"Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi.

Thursday, September 06, 2012

Penguatkuasaan undang-undang apa begini?

Pemerintahan Umno/Bn kini kian nyanyuk! Sudah tidak mampu berfikir dengan betul lagi.

Pelajar di bawah ini hanya tunjuk punggung kepada gambar yang kaku dan tidak bernyawa, ditangkap! Dah-lah ditangkap dibuang pengajian serta merta oleh institusi 'pengampu' yang sepatutnya mengambil tanggungjawab mendidik terus pelajar ini untuk menjadi lebih sivik. Lebih malang ditarik PTPTN-nya! 

Aku bukan sokong tindakan budak ini tapi bagi aku tindakan kepada budak ini adalah bodoh, keterlaluan, berdendam dan sia-sia!


Kalau pelajar atau budak di atas dikatakan berkelakuan lucah kepada hanya GAMBAR pemimpin dan 'bini kesayangannya', bagaimana pula dengan bapak budak di bawah ini. Sudahlah bertaraf pemimpin kepada rakyat, telah pula menunggeng buntot kepada RAKYATNYA sendiri sewaktu hari penamaan calon di satu PRK! Kalau budak di atas itu salah dan biadap dan perlu ditangkap kerana tonggeng buntot kepada HANYA GAMABAR, okay tangkaplah.... tapi bagaimana pulak dengan bapak budak di bawah ini? Tidak biadapkah? Tidak lucahkah? Atau ini adalah contoh kelakuan paling senonoh pemimpin UMNO/Bn yang pernah ditonyohkan ke muka rakyatnya? 

Sepatutnya kalau budak remaja itu ditangkap, bapak budak  yang tua di bawah ini dah lama dah ditangkap jugak, dan sudah sepatutnya sudah tidak ada lagi di posisinya sekarang ini, kerana tonggeng buntot begitu, katanya salah dan biadap seumpama yang dituduh kepada budak di atas! 

Kalau aku kata penguatkuasaan undang-undang cara begitu gila babi.. mungkin puak-puak syaitan marah! Nak kata apa lagi kalau tidak gila babi!

Remaja perempuan di bawah ini katanya pijak gambar pemimpin..hanya pijak gambar, digari walaupun dia seorang remaja perempuan! Budak ini bukan pijak kepala pemimpin seperti mana yang dilakukan oleh samseng PERKASAM kepada Anwar di Masjid Seberang Pumpong Kedah, cuma pijak gambar! Ditangkap dan digari!

Okaylah kalau undang-undang kata begitu, tapi bagaimana pulak haramjadah-haramjadah yang menggangu majlis agama dan membaling kasut ke dalam masjid sewaktu Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah tempoh hari? Bila nak tangkap dan nak digari? Atau apakah, buat apa sahaja bagi pihak atau untuk 'syaitan' diokaykan..tak ada masalah? 

Penguatkuasaan undang-undang jenis apa ini?


Budak perempuan di atas ditangkap kerana biadap kepada hanya GAMBAR pemimpin. Bagaimana pulak si kurang ajar di bawah ini? Bukankah gambar yang dikencing itu jugak pemimpin....pemimpin yang dipilih rakyat secara demokrasi melalui Pilihanraya? 

Apakah mengikut undang-undang yang ada kini, kalau pemimpin rakyat itu dalam kalangan parti pembangkang kepada Umno/Bn maka  bolehlah dikencingkan dan tak perlu digari? 

Kalau begitu, maknanya kalau Umno/Bn takdirnya tewas dan menjadi pembangkang nanti, maka hari-hari gambar Najib dan para pemimpin Umno/Bn yang menjadi pembangkang  'sah' untuk dikencingkan? Apakah sebenarnya para pemimpin Umno/Bn senang melihat itu berlaku?

Dengan penguatkuasaan undang-undang seumpama ini, kerajaan Umno/Bn melalui polisnya sebenarnya telah mengajar ilmu yang salah kepada rakyat. Bagi aku, tidak bertindak dengan adil dan saksama serta segera kepada yang dikatakan biadap walau dipihak mana sekali pun, itu adalah 'ilmu sesat'! 

Apa tidak sesatnya, kalau undang-undang dikenakan secara berbeza-beza kepada rakyat, yang membangkang akan kena tindakan, manakala yang menyokong Umno/Bn, lepas bebas dan boleh buat apa sahaja tanpa dikenakan tindakan. Inilah yang aku katakan pemerintahan nyanyok yang hampir jatuh gila!

Untuk berlaku adil, wahai para pemimpin kerajaan Umno/Bn ambilah ikhtibar dan belajar-belajar muhasabah dan mengisafi diri, bahawa diri kamu itu telah banyak buat perkara yang tidak disukai rakyat dan salah dari semangat penguatkuasaan undang-undang adil dan saksama, sebelum terlambat!

PRU 13: Antara kuatkan PAS dalam PR atau kuatkan Rosmah dalam Umno/Bn yang mana Melayu pilih?




Melayu wajib kuatkan PAS dalam PR

Tuan Guru Abdul Hadi Awang 06 Sep 2012.

Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

UMNO yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du, Ayat 11 yang bermaksud

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya  dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Agama Islam

Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan penafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama. PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal UMNO dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan. PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan  pemikiran warisan penjajah.

Al Marhum Tan Seri Syed Ja’afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia ; ”Adalah lebih baik PAS berada diluar BN membetul keadaan dan tidak bijak berada di dalam." Tegas beliau ketika PAS berada dalam Barisan Nasional.    Kenyataan ikhlas kerana melihat UMNO tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa Al Quran, bukannya bahasa Inggeris. UMNO yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada ditahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah. Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal UMNO dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orentalisnya, tetapi mereka menolak aqidah dan syariat yang sempurna. Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya UMNO tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang. Para pemimpin UMNO lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihanraya. Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya. Masalahnya ialah roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta’abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak. Keadaan ini menjadikan sehingga  asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Al Marhum Maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya : (Kembali Semula Kepada Islam ), menegaskan :” Pelaksanaan Islam dengan cabarannya  berlaku dua cara pendekatan. Samada melaksanakan Islam secara Ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara Jibayah, dengan mimilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata “.

Yang kedua inilah yang dilakukan oleh UMNO sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam dikalangan penganut yang jahil dan lebih lagi dikalangan bukan Islam. Apabila Islam dilihat  bukan melalui kacamata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin UMNO. Lebih merbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif saperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya. Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk UMNO. Al Marhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan UMNO dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.

Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekulerisme dalam masyarakat Islam. Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat dibawah pemerintahan UMNO.

Seterusnya UMNO menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti Isu Syariat Islam. Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti  hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan  dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebagiannya adalah merosakkan iman. Beramal dengan sebahagian dan menolak sebagiannya pula menyababkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan  celaka dunia dan akhirat.

Hak Istimewa

Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah. Mereka tidak membantah hak istemewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua  kaum lain. Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh UMNO demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera. Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum. Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir ditengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Kedudukan Politik

Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis adalah kerana mengatur strategi kemenangan UMNO secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, adalah kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa UMNO bukannya memperkasakan Melayu Islam. Melayu ditanam semangat hanya UMNO parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan  Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.

Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.

Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .

Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. “Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan “. Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut diatas.dan Firman Allah yang bermaksud

"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu Tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu Rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama UMNO, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli UMNO kepada PAS.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Wednesday, September 05, 2012

Tee Yong anak Soi Lek kena 'luku' dengan Talam!

Selepas nak tunjuk handal, akhirnya anak Soi Lek telah 'diluku' oleh laporan audit bebas yang mendapati bahawa  kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuat keputusan komersil yang baik dengan melakukan penyusunan semula hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri.

Kepada anak Soi Lek itu kalau kail panjang sejengkal lautan dalam tak yah diduga! Baik duduk diam-diam pulihkan MCA yang sudah tidak diingini  oleh pengundi Cina lagi kerana padah terjangkit penyakit yang dihidapi Umno yang kian tidak relevan!

Berita dipetik:



Rabu September 5, 2012 

Hutang Talam: Selangor Lakukan Keputusan Komersil Baik 

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Hasil siasatan audit bebas mendapati kerajaan Selangor membuat keputusan komersil yang baik dengan melakukan penyusunan semula hutang antara Talam Corporation dan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hasil semakan KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) iaitu sebuah firma audit bebas turut mendapati kerajaan negeri melaksanakan kutipan hutang bernilai RM392 juta daripada Talam dengan tertib serta mengikut undang-undang.

"Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan sembilan plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang.

"Proses penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Hadir sama pada sidang media itu ialahPengarah Eksekutif Unit Advisory KPMG,Chan Siew Mei.

Menurut Abdul Khalid, laporan lengkap semakan KPMG sedia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada sesi persidangan November depan.

Selain itu Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor sebelum ini mengadakan dua perjanjian penyelesaian dengan Talam yang bertujuan mengutip semula hutang sebanyak RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

Dalam pada itu Abdul Khalid sekali lagi menegaskan kontroversi yang dibangkitkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeri melakukan bailout hutang Talam bernilai RM1 bilion adalah tidak benar.

"Proses ini bukan bailout. Hasrat kerajaan negeri ialah mendapatkan semula hutan Talam.

"Pemulihan ini secara jelas bermaksud mengutip hutang daripada pemiutang yang menjadi hak pemberi hutang (kerajaan negeri). Urusniaga antara Talam dan kerajaan negeri adalah situasi pemulihan hutang. Kerajaan negei mengambil alih aset Talam dan menjualnya bagi mendapatkan semula hutang yang menjadi milik kerajaan negeri," katanya.

Monday, September 03, 2012

Aku ingat Mahathir bergurau je, rupanya ya sungguh!!

Mahathir kata lebih baik sokong 'syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali'. Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Masjid Seberang Pumpong benar-benar mengesahkan bahawa 'syaitan yang dikenali' memang wujud rupanya! Aku ingat Mahathir bergurau, rupanya ya sungguh memang ada puak-puak dan syaitan seumpama itu!

Apa tidak syaitan kalau dah majlis tazkirah pun tidak dihormati. Pelbagai kelakuan biadap yang dilakukan. Yang jantan dengan kelakuan jantannya dan yang betina  dengan kelakuan meroyan betinanya. Terpekik terlolong macam orang gila!

Dahsyat....begitu rupanya orang Melayu bila jahil agama Islam, buruk dan hodoh kelakuan macam orang tak ada agama! Kalau ya pun nak halang Anwar kerana tak ada tauliah, tak ada peraturan yang bertamadun ke untuk digunakan daripada menggunakan peraturan hutan rimba beruk kera? 

Bodoh memang bodoh kalau menjadi pencacai kepada 'syaitan yang dikenali' ini. 

Nampaknya orang Melayu seumpama ini selagi Umno/Bn memerintah akan terus menjadi bodoh, hodoh dan tidak berkembang kepala hotak mereka serta tak akan kental emosi dan jiwa untuk melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah daripada mengganggu tazkirah agama!

Berita dipetik:



Serang masjid tak hormat majlis agama

Hazayani Zakaria 03 Sept 2012.

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan samseng menyerang majlis tazkirah maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah suatu penghinaan kepada rumah ibadah.

Samseng yang dipercayai ahli Perkasa itu menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden itu sangat memalukan dan menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati majlis agama.

"Perbuatan ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada rumah Allah, tempat ibadat dibaling kasut ketika orang ramai sedang mengimarah masjid dengan mendengar tazkirah.

"Mereka yang diupah tak hormat imam masjid walaupun berkali-kali imam memberitahu bahawa beliau yang memberi kebenaran untuk majlis tazkirah itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz yang turut berada berada dalam majlis tersebut turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan sikap biadab orang Islam sedangkan orang bukan Islam turut berada di luar masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan.

"Tapi ada orang Islam yang menggunakan Perkasa, yang bukan qariah tempatan melakukan perkara yang memalukan.

"Inilah kejayaan 55 tahun Umno menternak rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Umno gagal mendidik rakyat, tapi mereka ternak rakyat untuk bersikap biadab," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.