Perdana Menteri Najib akan lancarkan pelan tindakan pendidikan kebangsaan pada 11 September 2012.
Diharap
pelan ini tidak menjadikan pendidikan negara sebagai satu bidang yang eksklusif
yang tidak memberi banyak kebaikan kepada pendidikan penduduk luar bandar dan
miskin. Tidak ada gunakannya pelan tindakan pendidikan yang akhirnya akan terus
melahirkan perbezaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, yang kaya terus kaya
dan yang miskin terus miskin.
Apa ertinya pelan tindakan pendidikan kebangsaan jika sekiranya minda rakyat terus diasak dengan mitos bahawa Umno dan Bn adalah segala-galanya dalam proses kemerdekaan negara ini sehinggakan tema hari kebangsaan pun (55 tahun janji ditepati!) memunahkan mood dan amat mengganggu fokus rakyat untuk menyambut sama hari kemerdekaan negara.
Isu
pendidikan yang sebenarnya adalah:
# Pendidikan
negara tidak realistik dan tidak mampu melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran,
# Pendidikan
negara begitu longgar dari aspek pembinaan akhlak, moral serta jati diri generasi akan datang,
# Pendidikan
negara semakin menjadi bahan perniagaan yang menyusahkan rakyat,
#
Pendidikan negara tidak pernah mengambil kira hasrat, kehendak hati nurani dan
budaya rakyat terbanyak terutama bangsa Melayu dan bumiputra sebagai bangsa utama dalam negara ini.
# dan
yang paling dahsyat ialah dasar pendidikan negara diganggu-comot oleh
kerja-kerja politik yang tidak bertanggung-jawab demi kepentingan politik rakus
parti pemerintah yang sentiasa menjadikan setiap perancangan pendidikan
bagaikan tikus membaiki labu!
Apakah pelan Tindakan Pendidikan Kebangsaan ini juga penuh dengan tangan ghaib politik murahan yang bakal mencomotkannya terus-terusan? Kita lihatlah nanti!
Berita dipetik:
Selasa
Ogos 21, 2012
PM Akan
Lancar Pelan Tindakan Pendidikan Kebangsaan September Ini
Oleh HAMDAN RAJA ABDULLAH
MUAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
melancarkan pelan tindakan pendidikan kebangsaan pada 11 September ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, dokumen tersebut yang terdiri daripada pandangan, cadangan dan maklum
balas untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.
“Selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur, pelan tindakan ini akan dipaparkan untuk dilihat orang ramai.
“Beberapa kandungan turut akan dimuktamadkan
sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet menjelang akhir tahun,” katanya pada
rumah terbuka Hari Raya beliau di Pagoh, Isnin.
Beliau berkata, bekas ketua pengarah pelajaran, Tan
Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin yang mengetuai panel memudahkan siri dialog di
seluruh negara, telah menerima beribu-ribu cadangan.
“Sesi berkenaan dikendalikan oleh pihak
berkepentingan di seluruh negara sepanjang tempoh tiga bulan,” kata Muhyiddin.
Salah satu cadangannya adalah daripada Najib
sendiri dan ia melibatkan pengenalan Kesusasteraan Inggeris bagi meningkatkan
penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar.
Muhyiddin berkata, perubahan itu akan mengalakkan
para pelajar untuk membaca dalam bahasa Inggeris dan membantu mereka menguasai
bahasa itu dengan lebih cepat.
Pelaksanaan pelan tindakan itu melibatkan tiga
peringkat sepanjang tempoh 13 tahun dengan kursus pertama akan dijalankan untuk
tiga tahun, kedua dan ketiga bagi tempoh lebih lima tahun.
“Semasa tempoh tiga tahun pertama, keutamaan
diberikan kepada semua aspek pendidikan yang boleh memudahkan pelaksanaan dan
di mana ia akan memberi kesan tanpa mengubah struktur keseluruhan atau
menanggung implikasi kewangan yang besar,” tambahnya.
Kerajaan telah memperkenalkan sebuah panel pada
tahun lalu, melibatkan pakar pendidikan dan pemimpin korporat bagi mengkaji
semula sistem pendidikan dalam sembilan bidang keutamaan.
Sembilan bidang keutamaan itu adalah, guru-guru,
pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kokurikulum dan penilaian, kemahiran
pelbagai bahasa, peluang pengajian tinggi, peranan ibu bapa dan masyarakat,
keberkesanan sumber dan perkongsian maklumat dan struktur pentadbiran
Kementerian Pelajaran.
Panel tersebut diketuai oleh Naib Canselor
Universiti Antarabangsa Albukhary, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan para panel
lain termasuk ahli korporat seperti Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan
Sri Tony Fernandes dan Pengasas Yayasan Jeffrey Cheah dan Sunway, Tan Sri
Jeffrey Cheah.