Followers

Saturday, July 28, 2012

Semua yang orang nak buat, semuanya akan memufliskan!

Pemikiran politik para pemimpin Umno kian lemah dan lembam:

Hapuskan PTPTN untuk kesenangan rakyat - akan bankrapkan negara...

Tawaran Buku Jingga untuk kebahagian dan maruah rakyat- juga akan membankrapkan negara hinggakan tergamak dibuang dalam tong sampah...

Selangor nak terus bagi air percuma kepada rakyat justru itu tolak Langat 2 dan tolak beli air mentah dari Pahang - rugikan negara...

Tentang gadai harta Felda dan peneroka melalui penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia - peneroka di-haramjadah-kan...

Hendak runding dengan IPP agar tidak memberi beban kepada TNB dan dapat turunkan tarif eletrik demi kesejahteraan rakyat - memundurkan dan melemahkan ekonomi negara...

Demonstrasi menentang ketidak-adilan pilihanraya, pengadaian harta Felda dan kezaliman ISA - diresapi musuh negara, JI dan komunis...

Turunkan harga kereta untuk kurangkan beban kewangan rakyat- akan muflis dan lemahkan ekonomi negara...

Agaknya beginilah yang menguntungkan negara bagi para pemimpin Umno:

Beli cincin RM24 juta, beg tangan, kasut dengan harga ratusan ribu untuk seekor manusia!

Tinggal di hotel bernilai ratusan ribu satu malam di Dubai!

Tunangkan anak bernilai ratus ribu ringgit!

Shopping sakan di luar negara untuk seekor badak air!

Bela panda dengan harga jutaan ringgit dengan menggunakan wang rakyat!

Beli peralatan tentera dengan harga yang berkomisyen tinggi untuk seekor dua manusia!

Lawatan ke luar negara atas nama pemimpin negara semahunya dengan nilai kos yang berbilion ringgit! 

Gadai tanah-tanah rezab melayu selagi mahu untuk kepentingan perut dan bawah perut para pemimpin Umno/Bn dan kroni!!

Lupuskan hutang ratusan ribu RM kepada para kroni!

Suruh bela lembu dalam kandang lembu untuk industri daging lembu negara beli kondo untuk lembu-lembu!

Para bapak dan mak menteri yang semuanya ditanggung free walau bergaji besar, tol free, makan free, minyak kereta free, cukai jalan dan insuran kenderaan free, sewa rumah free, tambang kapal terbang free, alat solek bini free, bil air dan letrik rumah free dan semua free! Tahniah Janji ditepati!

Agaknya bagi para pemimpin Umno, itulah yang sebenar-benarnya menguntungkan negara dan rakyat jelata yang semakin tertekan kehidupannya kerana bayaran bil-bila dan cukai yang meningkat dan entah apa-apa, kos makan minum yang kian mahal, sewa rumah dan tambang pengangkutan awam yang melambung, tol yang mahal, kos kesihatan yang semakin tidak mampu ditanggung dan kos pendidikan anak-anak yang semakin gila khinzir dan macam-macam lagi?


Friday, July 27, 2012

Alahai Majlis Profesor Negara....Pandir!!

Tiba-tiba MPN muncul dengan kajian bahawa anak Mahathir adalah calon popular untuk menjadi MB Umno di Kedah! Tiba-tiba! 

Bila termuntah hasil kajian ini ianya agak menimbulkan pertanyaan kepada ramai orang termasuklah penulis. Apa pentingnya agaknya isu anak Mahathir itu konon paling popular sebagai bakal MB Umno Kedah hingga yang membuat kajian itu ialah MPM? Apa ke benda MPM ini?

Menurut ceritanya MPM ini ialah Majlis Profesor Negara! Majlis Profesor Negara buat kajian tentang anak Mahathir sebagai bakal MB Kedah? Di sini ada kelakar sedikit tentang puak-puak profesor di Malaysia ini, kerana isu itu yang dikajinya!!

Sesungguhnya Majlis Profesor Negara buat malu puak-puak yang bergelar profesor sahaja! Sudah tak ada kerja ke puak-puak ini dan dah tak ada isu penting lainkah yang hendak dikaji oleh para profesor? Woi...awak itu profesor bukan pengerusi JKKKK!! Tak payahlah MPM kaji benda-benda begitu! Banyak lagi perkara ilmiah lain yang lebih cerdik buat dikaji oleh MPM! 

Contohnya kajilah bagaimana Bahasa Melayu boleh didaulatkan kembali sebagai bahasa perpaduan dan ilmiah bertaraf dunia setelah 'dimandulkan' oleh Umno/Bn. Bagaimana melahirkan lebih ramai usahawan sederhana yang bertaraf jutawan di Malaysia? Bagaimana boleh dihapuskan kronisma dan rasuah dalam parti-parti yang memerintah di Putrajaya selarang? Bagaimana mahu menghapuskan kemiskinan secara total di Malaysia yang kaya raya? Bagaimana mahu menjayakan ekonomi berdikari bumiputra setanding dengan kaum lain dan lain-lain isu yang lebih penting dan munasabah berbanding isu siapa MB Umno Kedah yang hanya sesuai dikaji oleh para blogger bebas melalui laman blog masing-masing!!

Dengan kajian konon anak Mahathir adalah calon popular  MB  Umno di Kedah, Majlis Profesor Negara telah merendahkan taraf keprofesoran mereka. Kalau begitu, apakah keterlaluan jika ada yang menggelar MPM, 'Majlis Pandir Negara'?


Thursday, July 26, 2012

"Janji ditepati", Umno tak tahu malu!

Biasanya dalam menyambut hari kemerdekaan sesebuah negara, tema sambutan sudah tentu tema yang berasaskan kepada semangat yang cuba ditanamkan ke dalam jiwa rakyat untuk terus mempunyai rasa cinta dan kasih kepada negara. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia pada tahun ini begitu berbeza.

Tiba-tiba kerajaan Umno/Bn berusaha gigih menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai hak peribadi Umno/Bn sahaja. Sikap ini dapat dilihat apabila Umno/Bn menggunakan 'Janji Ditepati' sebagai tema sambutan hari kebangsaan tahun ini.

Kerajaan Umno/Bn cuba memberitahu bahawa kononnya sepanjang menjadi kerajaan, mereka sentiasa menepati janji! Sikap ini jelas membuktikan sikap Umno/Bn yang melampau dan tidak tahu malu, yang cuba menipu dan 'membuli' rakyat Malaysia dengan menjadikan sambutan hari kemerdekaan itu sebagai hak Umno/Bn sahaja sedangkan penyokong parti-parti lain yang juga rakyat Malaysia, juga meraikan tarikh kemerdekaan yang sama seperti penyokong parti Umno/Bn.

Apa sumbangannya kepada rasa cinta negara dengan usaha menanam dalam minda rakyat yang kononnya 'Umno/Bn sentiasa tepati janji'? Parti Umno bukanlah elemen rasa cinta negara yang penting dan yang sebenarnya. 

Elemen rasa cinta kepada negara yang sebenarnya bukan kata-kata 'Umno/Bn sentiasa menepati janji' tetapi ia contohnya, perpaduan rakyat, menjunjung amalan berbahasa Kebangsaan, Integriti pemangkin kemajuan, Bersih cekap dan amanah dan seumpamanya! Malangnya Umno kali ini menjadi gelojoh dan buruk kelaku dengan masuk tong golek sendiri dengan melaungkan tema, "janji ditepati"!

Umno/Bn patut sedar, soal mereka tepati janji atau tidak, tak perlu mereka nak pukul gendang memberitahu sana-sini! Rakyat boleh menilai sendiri. Lagi pun  sebagai kerajaan yang memerintah adalah menjadi tanggungjawab mana-mana parti yang menang memberi perkhidmatan kepada rakyat, tidak timbul soal janji ditepati! Tanggungjawab kerajaan yang memerintah ialah menyediakan kemudahan prasarana  dan perkhidmatan yang secukupnya dan seselesanya kepada rakyat. Rakyat minta atau tidak minta pun, mereka kena fikir dan bagi! Jadi tidak timbul soal janji ditepati!

Nampaknya para pemimpin Umno/Bn mengalami masalah 'mental' yang kronik  hingga sambutan hari Kebangsaan pun mahu dijadikan  bahan kempen politik sempit mereka! 

Malang besar bagi Umno/Bn jika tahun ini rakyat sekali tidak ghairah kibar jalur gemilang dan menyambut Hari Kebangsaan, bukan kerana tidak patriotik atau tidak menghargai hari kemerdekaan negara tetapi kerana menyampah dengan perangai Umno/Bn yang tak tahu malu!

Wednesday, July 25, 2012

Strategi Muhyiddin makin menjadi?

Apakah strategi Muhyiddin Yasin untuk menjadikan Najib bagaikan Pak Lah akan menjadi kenyataan? Kelihatan elemen ke arah itu sedang berlaku apabila desas-desus mengatakan bahawa pilihanraya bakal diadakan pada September 2012. Pilihanraya pada tahun ini dikatakan adalah 'kehendak selesa' Muhyiddin dalam menpercepatkan impian menjadi kenyataan?

Mahathir pula sedang 'menekan' Najib untuk segera melihat kepada anaknya sebagai MB Kedah jika kononnya Umno/Bn  menang di Kedah! Konon telah ada survey yang suka anak Mahatahir menjadi MB Kedah?

Apakah team 2M kembali muncul - Muhyiddin-Mahathir?

Berita dari akhbar:


Jangan ‘nafi’ hak rakyat balik mengundi

Muhammad Faizal 25 Julai 2012

KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan peratusan undi akan rendah jika pilihanraya umum (PRU) ke -13 diadakan selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua selepas pulang bercuti Aidilfitri.

"Jika benar ia diadakan pada bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang mengundi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus banyak pihak bahawa kemungkinan PRU-13 akan diadakan selepas cuti Aidilfitri atau lebih spesifik pada September ini.

"Kita dapat lihat pihak yang menyokong Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)mendesak agar pilihanraya diadakan pada tahun ini, namun bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pengikutnya berpendapat agar ia diadakah pada tahun hadapan.

"Tetapi melihat kepada senario yang berlaku sekarang yang mana bajet tambahan sudah diluluskan maka saya pasti ia akan diadakan pada tahun ini," sambungnya lagi.

Gerakkan kempen balik mengundi


Sementara itu beliau memberitahu, PAS akan melancarkan kempen besar-besaran menyeru rakyat keluar mengundi pada pilihan raya itu nanti.

Pihaknya juga jelas Tuan Ibrahim, akan mengerakkan seluruh jentera agar menemui serta memberi penerangan kepada ahli dan juga pengundi-pengundi yang berada diluar agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Jadi atas sebab itulah kita akan melancarkan kempen balik kampung agar setiap ahli PAS dan pengundi dapat menggunakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi menentukan siapa pemerintah pada masa yang akan datang," jelasnya.

Katanya lagi, isu yang paling besar jika pilihanraya diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bebanan kepada rakyat yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedangkan mereka terpaksa menanggung bebanan yang lain lagi.

"Kalau fenomena ini berlaku maka Umno-Barisan Nasional akan menggunakan wang sebagai umpan mereka agar pengundi dapat balik mengundi," katanya.

Sumber:harakahdaily

Tuesday, July 24, 2012

Sudah...sudahlah mengundi Umno/Bn, kita cuba Pakatan Rakyat pulak.



Sokong Umno/Bn yang mengakibatkan Umno/Bn menang lagi PRU 13 bermakna:

PTPTN akan diteruskan – tiada pendidikan percuma dari pra sekolah hingga ke U!

Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dikenakan!

Tanah dan harta Felda terus tergadai!

Wang pencen hanya akan dapat setelah usia 60 tahun!

Tiada air percuma lagi di Selangor, malah tarif akir akan meningkat mendadak, sebab kena tanggung gaji Pengerusi SYABAS  berjuta setahun!

Warga asing yang mendapat kerakyatan segera lebih berkuasa daripada rakyat tempatan!

Pengangguran makin meningkat dan kerja tidak setimpal dengan kelulusan!

Harga barang keperluan akan semakin mahal!

Saman lalu lintas akan mencekik darah dan kroni akan terus membuat duit!

Tol-tol akan diteruskan!

SYABAS akan naik tocang di Selangor!

Harga kereta makin mahal!

Kroni dan anak beranak makin kaya!

Kehidupan rakyat terus tertekan dan merana!

Oleh yang demikian JOM kita semua terutama anak-anak muda kita sokong  dan menangkan Pakatan Rakyat. Harga kereta pun murah apatah lagi dapat pendidikan percuma! Tak mahu juga, memang tak cerdik!

Berita dipetik:
 
Kurangkan harga kereta jadi manifesti Pakatan Rakyat

Ahmad Fadli KC 24 Julai 2012

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.


Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan

perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.


"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.


"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.


Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.


ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.


"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.


"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.

Monday, July 23, 2012

Apakah Sufian Makinuddin tidak menjumpai 'anasir jahat' dalam isu mencatu air yang mencukupi di Selangor?

Perlu diketahui bahawa air adalah survival rakyat. Ia sangat penting demi untuk hidup dan mati rakyat. Menjadikan air keperluan rakyat sebagai mainan politik murahan untuk menghasut rakyat menyusahkan kerajaan pilihan rakyat demi kepentingan keuntungan peribadi dan kroni parti pemerintah adalah perbuatan zalim. 

Lebih zalim dan kejam malah penipuan yang tidak wajar dimaafkan apabila pihak yang diamanahkah menyediakan air terawat  bertindak mencatu keperluan air yang terbukti cukup dan banyak. Keperluan air terbukti mencukupi apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan keperluan air tidak perlu dicatu di Selangor, WP dan Putrajaya. Penipu ini membahayakan keselamatan negara!

Perbuatan zalim ini (mencatu air yang sebenarnya cukup) sangat mengancam keselamatan negara. Maka itu, tidakkah perangai zalim yang cuba menyusahkan hidup rakyat ini adalah akibat daripada mungkin 'diresapi' perangai komunis atau pengganas? 

Siapakah sebenarnya yang diresapi perangai jahat komunis atau pengganas sekarang? 

Inilah yang sebenarnya antara yang perlu disiasat dan didedahkan oleh Sufian Makinuddin kepada umum bukan merapu dan merepek tanpa bukti macam pak pandir!

Sunday, July 22, 2012

Shafie Apdal kata kalau Umno diresapi komunis, Umno sedia disiasat! Bagaimana dengan Shafie sendiri...ada dakwaan wang ratusan ribu kepada sidia itu, boleh disiasat?


Wah sungguh berintegriti dia! Tapi jangan lupa bah, siasatkan jugak ya bagaimana seorang artis boleh dapat ratusan ribu RM wang setiap kali berjumpa seorang ahli politik Umno? Siasatkan itu wang siapa? Dari mana wang itu? Untuk apa diberikan kepada artis itu? Apa spesialnya artis itu hingga ratusan ribu diberikan bah?

Oh ya...jangan mahu disapuin bawah karpet kes itu! Zuraida PKR  dan rakyat  prihatin sedang menunggu hasil siasatan itu bah!

Soal Umno dengan komunis, ah itu kan semua udah maklum parti mana yang ada hubungan dengan Parti Komunis Negara Cina dan pemimpin parti mana yang bawa rombongan Parti Komunis Negara Cina ke tanah rancangan Felda di Pahang baru-baru ini?

Berita dipetik:

Shafie: Umno sedia disiasat dakwaan diresapi komunis

Zulaikha Zulkifli

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.

"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.

Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.

"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.

"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.


Sumber: malaysiakini