Followers

Saturday, July 21, 2012

Sufian Makinuddin tersalah pilih kerjaya!



Dari analisis Tuan Berahim Tuan Man, Sufian Makinuddin hanya sesuai jadi penyelia Kemas dan penceramah BTN sahaja! 

A'ah rasanya memang ya lah! Tapi Datuk Tuan, pegawai Polis yang mengigau itu layak juga rasanya jadi anggota di JASA untuk menjadi penceramah Umno! Kalau dia terus berada di SB tu buat membazir wang rakyat je bagi gaji kat dia! Tidak membazir apanya wang rakyat, risikan pun bertaraf pandir!

Kat pembangkang kepada Umno, macam-macam dia nampak, diresapi itulah diresapi inilah. Yang dalam Umno yang diresapi malah dianggotai pelbagai ideologi perangai manusia, kaki samseng, hantu jerangkong, pelesit dan jin afrit dia tak nampak! Mabuk punya SB!

Berita dipetik:

Dakwaan diresapi JI, komunis rosakan imej SB

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat.

“Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.


Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.


“Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak,” tegas beliau.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mencabar Sofian untuk mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang  awam.


PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.


"Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS,” tambah beliau.


PAS, kata Tuan Ibrahim sentiasa menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti.


“Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus,” tambah beliau.


Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren, katanya adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.


“PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak,” sindir beliau.


Kata Tuan Ibrahim, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

Sumber:harakahdaily

Umno/Bn melakukan suapan persepsi di sana sini!

Memang kini Umno/Bn terlalu sibuk dengan program  memperbetulkan persepsi walaupun terhadap perkara yang salah yang telah dan sedang dilakukan. Program jelajah "Janji Ditepati" adalah salah satu diantaranya yang memakankan belanja yang besar. Namun mahu mengakui kesalahan dan kesilapan dan memperbaikinya tidak sekali-kali! 

Bagi pihak rakyat, mereka tidak bodoh untuk menerima asakan persepsi baik, jika sesuatu yang dilakukan itu salah atau perkara yang memang menyusahkan kehidupan mereka. 

PRU ke 13 rakyat akan membuat keputusan ke arah perubahan kerana sudah menyampah dengan permainan persepsi selama 55 tahun Umno/Bn memerintah! Tunggu sahaja masanya akan tiba untuk rakyat menghukum kerajaan yang keterlaluan membazirkan wang rakyat tanpa faedah yang munasabah!

Berita dipetik:

RM170 juta ubah persepsi tapi jenayah meningkat

Oleh SIDIQIN OMAR

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan (kerajaan Umno/Bn) membelanja RM170 juta untuk membetulkan persepsi orang awam, berbanding menangani masalah jenayah.

" Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia akan sentiasa bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis, bukan semata-mata memikirkan persepsi umum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, 10 Julai lalu.

Katanya 71 peratus daripada belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tahun 2012 adalah untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Pada masa yang sama, tambahnya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam terhadap polis.

Sumber: SK75

Friday, July 20, 2012

Memang gila!

Maka berkatalah pegawai polis sesat mana entah, parti-parti pembangkang (yang jelas dapat difahami yang dimaksudkan dalam konteks politik Malaysia hari ini ialah PAS, PKR dan DAP) telah diresapi anasir JI dan Komunis! 

Nampaknya dek kerana Amerika Syarikat dan Israel telah mencipta istilah penganas Islam, maka pagawai polis ini nampaknya begitu selesa untuk menjadikan JI ini sebagai watak yang wajar diwujudkan dalam parti-parti pembangkang terutama PAS walaupun tanpa ada sebarang bukti kepada umum dan mana-mana mahkamah undang-undang!

Bukti yang nyata dan terlalu ketara, PAS terutamanya, yang selama ini dengan istiqamah mengajak umat Islam menjadikan Islam sebagai cara hidup, mengajak umat manusia melakukan amal makruf nahi mungkar. Itulah kerja PAS siang dan malam dan terbukti tidak pernah sesaat pun PAS membunuh walau sekerat manusia pun dalam memperjuangkan haknya seperti mana sebaliknya yang dilakukan oleh sebuah parti lain yang membunuh ahli-ahli PAS dalam peristiwa Memali - itupun PAS di tuduh diresapi pengganas JI!?

Gila, PAS yang mengajak umat Islam menjadikan Islam sebagai cara hidup - dikatakan diresapi penganas?

Gila, PAS yang mengajak umat Melayu menentang penyenaraian FGVB ke bursa Malaysia daripada dikuasai oleh cukong kapitalis tamak yang boleh melesapkan harta orang melayu - dituduh diresapi pengganas!?

Gila, PAS bersama PKR dan DAP yang menentang dan mendedahkan rasuah dan pembaziran harta rakyat oleh para pemimpin Umno/Bn yang jelas dan nyata seperti yang didedahkan oleh Rafizi dan Mazlan Aliman - dikatakan diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang mahukan Suruhanjaya Pilihanraya yang dikuasai oleh orang yang disyakki ahli Umno berlaku adil dan berintegriti sebagai SPR - dikatakan diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang berusaha mentarbiyah Abby Abadi dan artis-artis lain mencintai Islam - dituduh sebagai diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang mengajak orang ramai menjaga akhlak dan moral dikatakan diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang sokong sepenuhnya hasrat seorang wakil rakyat Umno Johor mahu Umno laksanakan hudud di Johor - dituduh diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang mengajak rakyat berdemonstrasi aman dalam menentang kerajaan yang zalim dikatakan diresapi pengganas!?

Memang gila dan segelintir yang gila sahaja yang akan mempercayainya kerana mereka itu memang gila...gila babi!

Thursday, July 19, 2012

Penyebuk nombor satu negara ialah dia, menyampah aku!

Permata yang baru setahun jagung dah nak telan yang lebih berpengalaman daripadanya. Didik anak sendiri haru biru, dah berangin nak ajar orang didik anak orang! Siapalah yang nak belajar didik anak daripada makcik ni agaknya!? Penyebuk!

Dipetik:

Wajibkan Taska swasta ikuti kursus Permata: Rosmah berlagak menteri

Oleh Mohd Martin Kahar

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlagak sebagai menteri apabila mewajibkan semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta menghadiri kursus Permata, kata  Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

"Ini membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri Wanita yang dipegang suaminya.

"Menteri Wanita dan Kebajikan adalah suaminya bukannya dia, kenapa Rosmah mahu jadikan ia sebagai  satu dasar?" soal Zuraida.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Permata tidak layak mewajibkan taska swasta mengikuti kursus itu kerana kurikulum Permata lebih rendah. Katanya, kemudahan disediakan taska swasta juga jauh lebih baik dan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sana.

"Isu ini telah dibangkitkan pada persidangan Parlimen lepas. Kita gesa supaya kerajaan mempertingkatkan taraf kurikulum taska kerajaan, bukan menyerapkan taska kerajaan kepada Permata," kata Zuraida.

Bermula tahun depan, semua pengusaha taska swasta wajib menghadiri kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Arahan itu dikeluarkan oleh Rosmah yang merupakan Penaung Permata Negara.

Sumber:SK75

Tuesday, July 17, 2012

Sekolaj-sekolah kerajaan Umno/Bn semakin diswastakan ?

Wah....rupa-rupanya tanpa disedari sekolah-sekolah kerajaan telah diswastakan? Sudah banyak kedengaran urusan-urusan pungut duit rakyat (ibubapa) untuk perbelanjaan sekolah kerana tiada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Umno/Bn!

Nampaknya ini dah melampau...dah macam menipu rakyat ni! Rosmah jenuh ke hulu ke hilir seantero dunia menghabiskan wang rakyat, rakyat terbongok-bongok keluarkan duit untuk perbelanjaan peruntukan persekolahan!

Memang jelas dasar pengswastaan kerajaan Umno/Bn semakin menguasai sekolah dan yang menanggung bebannya ialah ibubapa! Pangkah lagi!!

Berita dipetik:

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4

Harakahdaily

SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.

Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.

Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.

Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.

"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.

"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu.

Monday, July 16, 2012

Isu catuan air di Selangor bukti 'penyiksaan' terhadap rakyat!

Kerajaan Umno/Bn akan menggunakan segala peluang walaupun terpaksa menyusahkan rakyat! Tembolok kroni mesti didahulukan walaupun terpaksa 'menyiksa' rakyat. Isu bekalan air di Selangor menjadi bukti nyata akan hal ini. 

Kalau baru-baru ini mereka tergamak menarik  balik PTPTN kepada para pelajar UNISEL dan kemudian selepas disergah kerajaan Selangor dan rakyat prihatin, mereka segera batalkan hasrat jahat  mereka itu, kini isu air pula menjadi senjata mereka. Mereka cuba membuat rakyat Selangor rasa tersiksa agar lantunan keresahan rakyat akan konon 'membidas' kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Sebenarnya, jika Umno/Bn yang menguasai Kerajaan Pusat ikhlas terhadap nasib rakyat dalam isu air di Selangor mereka sepatutnya bukan bertindak secara jumud dan bebal malah sebaliknya perlu bersikap lebih demokratik terhadap hasrat dan pandangan kerajaan Selangor demi rakyat yang mereka kononnya prihatinkan!

Persoalannya apakah rakyat Selangor begitu pandir untuk memahami perangai jahat dan khianat Umno/Bn ini dalam isu air di Selangor?

Apakah Umno/Bn Pusat dan Selangor begitu selesa dengan permainan ini tanpa memikirkan bahawa senjata bakal makan tuan? 

Rakyat Selangor harus merasa bosan dan menyampah dengan perangai jahat dan hipokrit ini. Masalah air yang berlaku di Selangor adalah bukan sangat masalah AIR dan ketidakcukupannya tetapi ia lebih kepada masalah SYABAS kroni 'kesayangan' Umno/Bn!

Maka itu, Umno/Bn perlu diberi pengajaran sewajarnya dalam PRU ke 13 nanti agar Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya untuk menyelesaikan segala kemelut yang sengaja diperpanjangkan! Cukuplah dibiarkan mereka membuli!!

Berita dipetik: Konon!!!!


Isu Air: MB Selangor Tidak Beri Kerjasama 

BANTING: Kegagalan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kejasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini pada Isnin.

Mohd Zin berkata kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyatan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Sumber:mstar