Followers

Saturday, July 14, 2012

Habislah kita!!!

Hutang negara cecah RM600b?

Hutang kerajaan persekutuan RM456 bilion yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu, dijangka mencecah RM600 bilion bersamaan 63 peratus KDNK hujung tahun ini.

Pemerhati ekonomi meramalkan hutang itu meningkat berikutan beberapa projek mega yang sedang diusahakan pentadbiran Najib termasuk MRT, tambahan LRT Ampang, penyelamatan projek Asia Petroleum Hub dan banyak lagi. 

Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, angka itu realistik jika hutang kerajaan dikira sekali gus bersama hutang agensi kerajaan. 

"Dari segi undang-undang, hutang negara belum mencecah 55 peratus KDNK. Namun jika dicampur hutang agensi kerajaan, angka RM600 bilion mungkin boleh ditemui. Sama ada hutang langsung atau tidak langsung, ia perlu dibayar," katanya.

Beliau tidak menolak Malaysia berpotensi terjerumus ke kancah krisis hutang seperti Greece, Portugal dan Ireland jika kerajaan tidak berhati-hati dalam berbelanja.

"Terdapat kebimbangan Malaysia akan menyusuri Greece yang mencapai tahap hutang 100 peratus KDNK. Mata wang akan susut nilai, pengangguran bertambah dan ekonomi jadi tidak kompetitif.

"Juga tidak boleh ditolak ramalan bahawa Malaysia mengalami krisis kewangan menjelang 2019. Kita nasihatkan Najib mencontohi polisi negeri Pakatan Rakyat yang memberi bantuan melalui lebihan hasil.

"Bukan seperti amalan sekarang , beri bantuan dengan menambahkan hutang," katanya.

Dipetik dari Suara Keadilan 74 untuk informasi pembaca.


Thursday, July 12, 2012

Percayalah...susahkan rakyat satu bisnes yang menguntungkan!

Saman trafik RM2,000 taktik peras wang rakyat

Oleh AEDI ASRI

Beban rakyat bertambah lagi akhir tahun ini berikutan kerajaan Umno BN menetapkan kadar maksimum kompaun kesalahan trafik mencecah RM2,000.

Sebelum ini, jumlah kompaun ditentukan Mahkamah Trafik mengikut perbicaraan bagi setiap kes.

Kadar baru itu ditetapkan selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 28 Jun lalu.

Ia diuruskan dua syarikat lantikan kerajaan, iaitu Beta Tegap Sdn BHd bagi kawasan tengah dan selatan Semenanjung dan ATES Sdn Bhd di Utara, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pada masa sama, penggunaan kamera pengesan kesalahan trafik melalui Sistem Pengakuatkuasaan Automatik (AES) yang dilaksanakan di lokasi tumpuan diperluaskan ke seluruh negara.

Selain dana kepada kerajaan Umno BN, AES dan kadar minimum itu bakal mengkayakan dua syarikat yang dilantik iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Pada sidang media 14 Julai lalu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata kutipan saman dikongsi Kementerian Pengangkutan bersama dua syarikat itu.

Memetik laporan The Edge, beliau berkata, kedua-dua syarikat mensasarkan 10 juta saman setiap tahun dan keuntungan diagihkan melalui tiga peringkat.

"Untuk lima juta saman pertama, RM16 diberikan kepada syarikat bagi setiap saman.

"Seterusnya, kutipan dikongsi 50 peratus antara kerajaan dan dua syarikat itu sehingga mereka dapat keuntungan RM272 juta setahun.

"Selepas itu, mereka akan mendapat 7.5 peratus daripada jumlah saman yang dibayar," kata Ahli Parlimen Selayang itu.

Beliau juga mempersoal kerajaan kerana tidak melantik syarikat Australia, Reflex Pty Limited yang membangunkan teknologi AES kepada Beta Tegap dan ATES.

Mengikut The Edge, antara pengarah Beta Tegap Sdn Bhd adalah Dr Adreas Teoh dan ibunya Yap Kim See @ Yap Ai Lin.

Teoh dan bapanya, Arianta Alikusno juga adalah Pengarah Mediharta Sdn Bhd yang dianugerah kontrak membekal label hologram keselamatan untuk produk farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan pada 2005.

Dipetik dari Suara Keadilan 74 untuk informasi pembaca.

Wednesday, July 11, 2012

Ruang-ruang kemenangan yang disediakan buat Umno?


SPR Malaysia yang terkenal dengan lagak pekak badak terhadap komplen rakyat, namun kini dalam keadaan rupa wajah SPR begitu hodoh dan buruk dengan masalah integriti dan keadilan terhadap parti-parti yang membangkang Umno, apakah tindakan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi melalui undi pos dalam PRu ke 13 nanti boleh dipercayai keadilan dan kesahannya?

Proses undi pos yang dilaksanakan dalam negara pun begitu dipertikaikan, inikan pula undi pos yang berlaku di luar negara! Telah banyak pendedahan dari bekas tentera dan polis yang ‘mengaku’ bahawa undi pos terlalu dimanipulasi untuk kepentingan Umno/Bn, apakah jaminan yang boleh diyakini bahawa perangai jahat memanipulasi undi pos demi kepentingan Umno/Bn tidak akan berlaku terhadap undi pos yang dibenarkan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara?

Pelik dan anih mengapa susah sangat buat SPR untuk membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi awal secara terus tanpa menggunakan kaedah undi pos yang sering dipertikai ini  di kedutaan-kedutaan Malaysia atau di tempat-tempat yang dibenarkan? Jikalah alasannya penjimatan bajet, maka ia tidak wajar ditimbulkan kerana lawatan dan cuti seorang VVIP dan isteri ke Milan boleh mencecah Rm 3 juta, kenapa pula perbelanjaan penting untuk memilih kerajaan yang mendukung hak rakyat menjadi begitu berkira?

Tuntutan mereformasikan undi pos oleh Bersih 3.0 pun belum memuaskan, proses undi pos terus mahu diperluaskan! Nampaknya sehingga ke saat ini bilangan pengundi pos yang sepatutnya telah berkurangan secara drastic sekali, mungkin telah menjadi sebaliknya semakin bertambah ramai berbanding dalam PRU sebelum ini! 

Setakat hari ini, inilah gambaran wajah yang semakin hodoh dan buruk SPR yang dikendalikan oleh dua orang yang disyakki sebagai ‘ahli Umno’! Nampaknya kerja memenangkan Umno/Bn secara penuh muslihat barangkali menjadi kerja wajib puak-puak yang tidak tahu malu ini!

SPR: Rakyat M’sia luar Negara boleh undi melalui pos

Lee Way Loon

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.

Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.


Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.


Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.


Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi.

Sumber: malaysiakini

Monday, July 09, 2012

Musatafa Muhamed risau PAS ghairah!

Tiba-tiba je Datuk Mustafa Muhamed menjadi 'warak' apabila menasihati PAS agar jangan terlalu ghairah! Masalahnya bila pulak PAS ghairah? Lagi pun kalau para pemimpin PAS ghairah dengan bini dia lantak dialah! Apa pulak Mustafa Muhamed sebok!

Mustafa sepatutnya bukan nasihatkan PAS agar jangan ghairah, tetapi yang paling utama kalau nak menjadi ustaz, nasihatkan suami  dan bapak orang dalam gambar di sebelah ini. Ini contoh perbuatan menuju keghairahan yang sebenar! Bahaya tu! 

"Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, "setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak." 

Hah cakap ayat tu kat suami dan bapak dia orang tu!

Dipetik:
 
Umno nasihat PAS jangan terlalu ghairah

WARTAWAN SINAR HARIAN 

9 Julai 2012

KOTA BHARU - Umno Kelantan mengingatkan Pas dan sekutunya supaya tidak melemparkan fitnah kepada mana-mana pihak sehingga memporak-perandakan bangsa dalam keghairahan menawan Putrajaya.

Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, jangan hanya kerana mahu mencapai cita-cita untuk mentadbir negara mereka boleh memecahbelahkan rakyat sesama Islam.


“Ke Putrajaya itu memang betul, kita orang Islam perlu mendekatkan diri dengan ALLAH SWT yang pastinya kita tidak akan tersasar dari ajaran agama.


“Urusan ke Putrajaya banyak dikaitkan dengan dunia yang kadang kalanya boleh menghuru-harakan negara, yang penting jangan memecahbelahkankita sesama Islam,”  katanya demikian ketika mengulas teguran Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud terhadap sikap pimpinan dan ahli parti itu yang begitu ghairah mahu menawan Putrajaya.


Terdahulu beliau menyempurnakan majlis penutupan Kenduri Perdana Polis Kontinjen Kelantan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, di sini.


Mohamed dalam tegurannya itu berkata, sepatutnya tumpuan diberikan kepada agenda dakwah sebenar yang pada pandangan beliau seperti dipinggirkan.


Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas lanjut berhubung perkara itu, berkata, setiap perkara dilakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sunday, July 08, 2012

Negara Malaysia kini telah ditakbir Najib secara celaru

Fuh...semakin hari negara 1Malaysia ini kelihatan semakin menjadi pandir! Pandir yang memeningkan dan menggelisahkan rakyat jelata!

Amalan kronisme, nepotisme semakin mendarah daging dalam kalangan para pemimpin Umno/Bn> Muka tak tahu malu membelasah wang rakyat semakin hari semakin kerap muncul di kaca-kaca TV dan media cetak arus perdana. Slogan Janji ditetapi dijaja merata-rata!

Namun apa yang berlaku, penyelewengan semakin hari semakin menyesakkan. Betapa teruknya tahap penyelewengan dalam pemerintahan Umno/Bn hingga boleh dibuat peribahasa, 'Siapa jadi pemimpin Umno bagai perompak siang hari", "pemimpin Umno borek, ajk Umno rintik". Sekadar dua contoh betapa para pemimpin Umno boleh dibuat peribahasa!

Keadaan hari ini lagilah haramjadah ( meminjam maki ajaran Najib Razak)! Apa tidak haramjadahnya, yang menyiasat, yang mendedah dan yang membuktikan ada penyelewengan dan kezaliman seperti Rafizi, Uncleseekers dan Zuraidah, yang itulah yang akan awal-awal ditingkap! 

Yang terus menipu, atau yang terus berjanji  nak bagi itu dan ini kepada rakyat, sebaliknya dipelihara undang-undang dan dibebaskan ke mana sahaja nak pergi dengan awang atau dengan cik meknya. 1 Malaysia dah lah pandir malah semakin gila...gila babi!
 

Guan Eg dan Soi Lek dah bersembur-sembur air liur berdebat, bos Soi Lek pula terus buat air liur basi!

CM Lim Guan Eng dan don juan MCA Chua Soi Lek meneruskan kelangsungan tradisi orang berilmu dengan berdebat di perdebatan siri kedua antara mereka. Tidak pedulilah siapa menang dan siapa kalah kerana rakyat umum akan membuat penilaian terhadap hujah-hujah yang mereka utarakan. Maka itu kedua-dua pemimpin utama bangsa Cina ini harus dipuji kerana berani berdebat walau apa pun keputusan yang akan ditentukan oleh rakyat nanti.

Malangnya pemimpin utama sebuah parti Melayu yang berbuih mulut tak henti-henti mengaku dengan gah nya Umno konon sebagai parti orang Melayu utama, sehingga hari ini haram, masih belum berdengup-berdengap untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim! Membisu seribu bahasa, membungkam tak terkata, yang kelihatan hanya mata terkebil-kebil adakalanya pejam terus biji mata!

Pada hal apa salahnya menyahut cabaran debat Anwar Ibrahim tu. Anwar Ibrahim bukan muda lagi, bercakap pun dah ada gagap-gagap di sana sini! Takut apa - sama-sama tua! 

Lagi pun debat antara pemimpin, bukan payah macam debat budak budak sekolah Piala YAB Perdana Menteri! Debat antara pemimpin, dah tahu dah apa yang point-point puak sebelah sana, suruhlah pegawai peribadi yang ramai-ramai di JPM tu untuk sediakan jawapan atau bidasan. Mudah je...bila Anwar tanya, jawab! Fakta Anwar salah, bidas! Semudah makan kacang apa! Itu pun tak boleh? Sampai nak tunggu jadi budaya baru nak debat? Eh padah!!

Sesungguhnya yang dicabar oleh Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya itu memang amat memalukan kerana hingga hari ini masih belum ada teluq untuk berdebat! Malu pada Guan Eng dan Soi Lek! Playboy-playboy Soi Lek pun boleh berdebat! Ini kata ceritanya warak sangat tapi debat pun tak boleh! Buat malu je...buang batu tu!