Followers

Saturday, July 07, 2012

PM tolonglah cermin diri sendiri!

Payah juga kalau pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri ikut sedap mulut bercakap. Nampaknya jelas pemimpin seumpama itu tidak sedar diri! Lebih malang lagi ketidak-matangan sebagai seorang pemimpin bertaraf negarawan langsung menyerlah, tak ubah pemimpin bertaraf JKKKK sahaja!

Dalam usaha mengambil haknya, rakyat dimaki sebagai haramjadah! Menerima apa sahaja bantuan yang dinamakan bantuan kerajaan tambah pula kerajaan persekutuan tak kiralah dalam bentuk durian runtuh ke, cempedak gugur ke, tembikai bergolek ke, bukanlah bermakna mengambil atau menerima hak peribadi mak bapak seseorang! 

Bukankah bantuan kerajaan atau apa sahaja nama peruntukan kerajaan adalah datang dari pelbagai cukai dan hasil dari titik peluh rakyat? Dah tu kenapa pula mesti yang menerimanya hanya yang menyokong parti yang memerintah kerajaan sahaja? Rakyat yang tidak menyokong kerajaan kerana prinsip-prinsip tertentu dan tidak bersetuju dengan kerajaan di atas asas-asas yang munasabah, tak payah guna duit? Tak payah makan? Tak payah hidup dan perlu dicampak ke laut? 

Apa punya dasar kerajaan begini sehingga memaki hamun 'haramjadah' rakyat yang hanya datang mahu mengambil haknya sendiri dan bukan mahu merampas hak mak bapak Najib Razak atau Isa Pendek! 

Tak puas lagi mengharamjadahkan rakyat di Jengka, datang pulak ke Cini menghina pula rakyat yang mahu hak mereka dengan kata-kata perli dan menghina 'muka tak  malu!'. Apa ni?

Siapa sebenarnya muka tak tahu malu ni? Rakyat yang mahu mengambil hak mereka atau bini Najib Razak? Itu, beli cincin dengan harga RM24 juta guna duit sendiri atau duit rakyat? Tiba-tiba pergi bercuti ke Milan dengan kos katanya RM3 juta, guna duit sendiri atau duit rakyat? 

Tolonglah sebelum PM nak 'mengharamjadahkan' peneroka yang mahukan haknya yang tidak seberapa itu, dan sebelum memerli peneroka yang mahukan haknya yang tidak sebanyak mana itu, sebagai muka tak malu, PM cermin diri sendiri dahulu, siapa yang haramjadah dan siapa pula yang muka tak tahu malu, ok!


Friday, July 06, 2012

bukan Kit siang je, aku pun menyampah!!



Dia hairan dan bingong kenapa Lim Kit Siang benci pada dia! Sebenarnya, kalau benarlah Lim Kit Siang benci pada dia, bukan Lim Kit Siang seorang, aku pun menyampah dan benci!! Dalam keadaan rumah kata pergi kubur kata mari, mulut dok merepek macam-macam! 

Orang semua tak bagus, orang semua tak pandai, orang semua tak berjasa, orang semua tak ada pengalaman!

Kalau yang bernama Abdullah Badawi (bukan sokong Abdullah) tu tak ada langsung yang baik! Itu Abdullah salah, ini pun Abdullah punya pasal, dialah seorang yang betul belaka bagaikan malaikat! Piiraah mamak....menyampah aku!!!!

Pada hal dialah yang melungkupkan kuasa raja-raja melayu! Dialah yang menghakis ekuiti ekonomi orang Melayu! Dialah yang banyak menggadai TRM! Dialah yang menjahanamkan bahasa Melayu! Dialah yang nak hilangkan Sekolah Agama Rakyat! Dialah yang mengajar membuat fitnah dalam kalangan orang melayu! Dialah yang menghapuskan Umno tulin! Dialah yang mengayakan kroni dan anak beranaknya! Dialah yang menghina hukum hudud dan syariat Islam. Dialah yang jahanamkan sistem kehakiman Malaysia sampai  terpecat Tun Salleh Abas. 

Dan baru-baru ini pecah rahsia apabila Kassim Ahmad sendiri mengaku bahawa dialah yang kuat sokong buku anti Hadis Kassim Ahmad! Sepatah kata Pak MSO, dia ni tetap jahat! Memang jahatlah!!!! 

Konon apabila orang buat tak baik pada dia, rakyat akan sokong BN!!! Piiiiiraah! Yang sokong ngko bukan rakyat Malaysia tapi...bangla, mynmar, mat indon, filipina!!

Artikel dipetik:

“Saya tak tahu kenapa dia benci pada saya”

Jonathan Yong

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

"Tidak ada 'Mahathirisme'. Saya berkhidmat kepada negara, itu sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, saya ada hak untuk menyokong negara saya dan memastikan ianya baik," kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini semalam.

Beliau diminta mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.


Lim juga menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya baru-baru ini bahawa pengundi Cina merupaka "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.


"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya," kata mantan perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata serangan DAP itu hanya akan memperkasakan BN dan mendakwa bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditolak pengundi kerana memberi layanan tidak baik terhadapnya.

Katanya, apabila Abdullah tidak baik kepadanya, rakyat tidak sokong BN, "jadi masih ada orang yang bersimpati dengan saya".

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta  menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk kembali berkuasa.

"Jika saya mengawal Najib, maka keadaan akan menjadi agak berbeza," kataya sambil menafikan beliau bekerja di belakang tabir menjelang pilihan raya umum yang penting kali ini.

Ditanya sama ada BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 jika beliau masih berkuasa, Dr Mahathir menjawab beliau tidak pasti.

"Saya berkuasa selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin ia akan berbeza.

"Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.


Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.


Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Sumber: malaysiakini

Thursday, July 05, 2012

Kerajaan 'Melayu' Umno/Bn gadai tanah Melayu!

Kerajaan Umni/Bn sudah tidak relevan lagi kepada seluruh umat Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa terlalu banyak tanah-tanah Melayu telah digadai oleh Umno/Bn.

Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura. Seluas 217 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar yang dikekalkan ketika pemisahan Singapura dari Malaysia telah diserahkan oleh pihak kerajaan Umno-Bn kepada Singapura pada tahun 2011 sehingga menyebabkan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin mengalir airmata memikirkannya sehingga kini.

Lesapnya Pulau Batu Puteh Mei 2008. Kerajaan Umno-Bn tidak bertanggungjawab dalam isu tuntutan bertindih melawan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh. Setelah Singapura dibenarkan membina rumah api, isu tersebut terus terbiar selama 40 tahun tanpa berlaku rundingan serius mengenainya.

Apabila isu itu  dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), gambar lokasi pulau itu yang telah diubahsuai berjaya dibuktikan oleh pihak Singapura, manakala peguam Malaysia gagal berhujah dengan baik.

Akhirnya Malaysia diisytiharkan kalah pada Mei 2008. Namun, pihak kerajaan Umno/Bn melalui Menteri Luar bodohnya pada waktu itu, berusaha memperbodohkan pula rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan mengatakan keputusan itu "menang-menang". 

Kini, kerana kerajaan Umno/Bn, Malaysia telah kehilangan 1 batu, cuma yang tinggal hanya sebelah sahaja lagi, itu pun hanya batu kecil yang kadang-kadang tidak kelihatan, macam tidak ada batu!

Iskandar Malaysia pula telah menelan 16,997 hektar Tanah Rizab Melayu. Iskandar Malaysia yang meniru konsep kemasukan modal dari Hong Kong ke China untuk membangunkan ekonomi Tanah Besar dibina di atas sekurang-kurangnya 16,997 hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) pada tahun 2006, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Pembinaannya diharap mengalirkan modal Singapura ke Malaysia, tetapi sehingga hari ini tidak kelihatan modal Singapura benar-benar menyeberangi ke Malaysia. Sebaliknya ia menjadi tempat Singapura memajak tanah dan membina industri menggunakan tenaga buruh Malaysia dengan upah yang murah. Hartanah di Johor banyak dibeli warga Singapura. Pemilik asal TRM di kawasan itu terpaksa keluar dengan pampasan yang tidak seberapa di negeri totok Umno itu. 

Tanah Rizab Melayu (TRM) adalah harta milik bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Ia selaras dengan undang-undang TRM yang diperkenalkan pada Januari 1914 apabila Enakmen Rizab melayu 1913 (ERM 1913) diperkenalkan.

Sejak merdeka pada tahun 1957, TRM yang diwartakan seluas 3 juta hektar. bagaimana pun pada tahun 1995 aia merosot kepada 1.7 juta hektar ankara kerajaan Umno/Bn. Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 memberi peluang mudah kepada kerajaan Umno/Bn mengambil TRM.

Pada tahun 1990, seluas 930 hektar TRM di Kampng Mambau, Negeri Sembilan diambil oleh kerajaan UBn untuk projek seremban 2.

Pada tahun 1993, 1000 hektar TRM (tanah sawah) di Kerpan, Kedah diserahkan Kerajaan Umno/Bn untuk projek Udang Harimau yang tidak menjadi.

Selain itu, 273 ekar TRM di Kampung Chubadak, Sentul (Kampung tradisi Melayu) turut diambil oleh Umno/Bn.

Setiap yang diambil itu melibatkan pengusiran keluar ratusan keluarga berbangsa Melayu yang telah tinggal di kawasan itu sejak puluhan tahun lamanya.

Dan kini tanah-tanah Rancangan Felda antara 'harta' bangsa Melayu  kian terancam kerana kerakusan kerajaan Melayu Umno/Bn yang bagaikan Yahudi Israel merampas tanah Palestin di bumi bangsa Arab!

Oleh yang demikian, yang masih setia dan terus mahu menyokong Umno, cukuplah menjadi bodoh dan diperbodohkan Umno/Bn!

 

Tak sabar melihat Johor menjadi contoh pelaksanaan hudud!!

Semoga Datuk Ayub, ADUN Johor yang mencadangkan mengikut katanya hukuman Hudud Umno, dilaksanakan di Malaysia khususnya di Johor tidak menjadi mangsa keganasan politik mechiavelli UBN dengan tidak dipilih semula menjadi calon dapal PRU ke 13, sepatutnya mengiktiraf beliau sebagai winnable candidate!

Winnable candidate yang macam mana lagi yang Umno mahu, kalau bukan yang berani seperti Adun itu. Di negeri yang di katakan paling kuat Umno, dia tiba-tiba mendacadangkannya!

Sepatutnya semua  mufti-mufti yang masih mendiamkan diri mengenai cadangan Adun  Umno itu ke arah pelaksanaan Hudud, mencontohi mufti Pahang yang telah berbunyi.

Tak sabar rasanya untuk melihat pelaksanaan hudud di Johor oleh Abduil Ghani Othman dengan restu Ketua Agama Negeri! TakbiR!!

Berita dipetik:
 

Pinda dahulu Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003)

Abdul B.A. Karim

Hasrat seorang ADUN Johor untuk menjadikan negerinya sebagai negeri yang pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang Hudud yang sebenar ke atas semua rakyat negeri itu amat disanjung tinggi.

Langkah pertama yang perlu dibuat oleh beliau ialah memastikan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) dipinda terlebih dahulu supaya menepati kehendak Islam.

Secara sepintas lalu berikut dinyatakan beberapa fasal (seksyen) yang amat bercanggah dengan Islam di dalam Enakmen itu;

SEKSYEN 19. MINUMAN YANG MEMABUKKAN

(1) Mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebagai perbandingan dinyatakan bentuk denda di dalam  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 yang didakwa tidak menepati kehendak Islam.

22        (1) Syurb adalah kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan siapa yang melakukan kesalahan ini, samada mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.

Dan di TerengganuEnakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002

5          (2) Sesiapa yang melakukan kesalahan Syurb hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan, jika dia mengulangi kesalahan kali kedua dan seterusnya maka dia akan dikenakan hukuman sebat sebanyak empat puluh kali sebatan, manakala kali ketiga ditambah dengan hukuman Ta’zir sebanyak empat puluh kali sebatan dan jika mengulangi kali keempat atau seterusnya akan disertakan dengan hukuman tahanan Ta’zir.

Bagi kezalahan zina pula Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) memperuntukkan:

SEKSYEN 27. PERSETUBUHAN LUAR NIKAH

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Di dalam  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002dinyatakan:

11        (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.

(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu-mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.

Ada beberapa lagi kesalahan yang dihukum dengan Hudud dan Qisas yang belum dibincangkan di sini.

Apa pun kita doakan UMNO Johor akan tampil dengan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Johor yang baru yang betul-betul menepati kehendak Islam seperti yang dicadangkan oleh ADUN berkenaan.

Sumber:harakahdaily

Wednesday, July 04, 2012

Memang para pemimpin UBN kepala taik!

Kerajaan 1Malaysia UBN terus membuat kerja hipokrit dan auta apabila menurunkan hanya harga minyak Ron97! 

Semenjak Ron97 dinaikkan melambung-lambung dulu, mana ada rakyat marhaen yang menggunakan minyak itu? Baik di kota, bandar mahu pun desa dan peneroka, rakyat marhaen keseluruhannya bagaikan dipaksa dan terpaksa menggunakan Ron95. Oleh itu apa kesannya kepada rakyat marhaen apabila diturunkan harga minyak Ron97? 

Yang hanya mampu menikmati penurunan harga Ron97 esok hanya golongan kaya raya dan puak-puak kroni Rosmah Najib dan UBN! Buat rakyat marhaen harga RM2.60 sen tetap mahal dan terus memaksa mereka melihat terkebil-kebil biji mata akan penurunan Ron97. Mereka tidak dapat menikmati apa-apapun dan terus terpaksa menggunakan Ron95 yang dipaksa ke atas mereka !

Puak-puak yang kaya raya terus dijaga, rakyat yang papa kedana terus dipersetankan! Kalau benar-benar kerajaan yang berPMkan Rosmah Mansur dan berkhadam Najib itu ikhlas terhadap rakyat jelata turunkan juga harga Ron95, jika tidak, tindakan menurunkan harga Ron97 tanpa turut menurunkan harga Ron95 hanya kepala taik belaka!

Memang para pemimpin UBN kepala taik kerana membuat rakyat marhaen terus mengharap tanpa mendapat! Cheh!


Tuesday, July 03, 2012

Waktu-waktu terhebat 1Malaysia



Rahim Nor kepada Tn Guru Nik Ab Aziz- dikatanya bapak kafir!
 
Najib kepada peneroka – diberinya haramjadah !

Muhamad Aziz MP Seri Gading kepada Ambiga - hukum gantung dia!

Kassim Ahmad kepada Anwar Ibrahim- mahu digantungnya sampai mati!!

Soi Lek kepada Ayub Rahmat – hilang akal (gila)!

TMJ kepada uncleseekers – anjing menyalak! Huhuhu....

Haji Hadi kepada ahli-ahli PAS – berkawanlah dengan polis!

Monday, July 02, 2012

Hudud pertama akan dilaksanakan di Johor! Kelantan dah ketinggalan!

Nampaknya rakyat Johor lebih bertuah berbanding rakyat Kelantan, Trengganu dan Kedah kerana tidak lama lagi Johor akan laksanakan hukum Hudud! Tak kiralah hudud Umno ke, Pas ke, yang penting hudud yang menepati tuntutan Islam!

Kalau Kelantan dan Trengganu mahu laksanakan hudud penuh dengan pertembungan dengan Mahathir dan kuncu-kuncunya, diharap hasrat Johor itu tidak akan diganggu. Sekurang-kurangnya jika hasrat Johor yang disuarakan oleh seorang wakil Rakyat Johor itu tidak akan mudah dihalang oleh pelbagai halangan petualang yang cuba bersilat lidah bercabang biawak!

Kita sebagai umat Islam gumbira kalau benar-benar ianya menjadi kenyataan di Johor walaupun Johor yang diperintah UBN mendahului negeri-negeri yang di perintah oleh parti yang kita sokong! Hudud punya hal kita sokong da kita suke.

Cuma yang menjadi ralat setakat hari ini, Tok Ti Johor dan Exco Agama Islam Johor masih tak nak komen. Leceh betul! Patutnya komenlah cepat-cepat, bukankah itu benda baik dan tuntutan agama! Tak apalah, biarkan siluncai berdua atau bertiga itu, cuma kita nak dengar selepas ini apa pula komen pihak yang dimaktubkan perlembagaan sebagai ketua yang menjaga agama? Setuju tak? Kalau setuju ia, alhamdulillahhh....bolehlah kita selamatkan golongan yang suke berfoya-foya itu!!!

Sunday, July 01, 2012

Alahai Tok Tiiiiii!!!!!!!

Kalaulah kata-kata, "jangan sertai perhimpunan yang langgar hukum syarak" itu dijawab berhubung-kait dengan perhimpunan anti Lynas  di Gebeng baru-baru ini maka ianya cukup kelakar.

Cukup kelakar apabila 'difatwakan' bahawa himpunan seumpama himpunan Lynas langgar hukum syarak! 

Tak ada kerja ke apa dia ni? Atau tak ada benda lain dia nak cakap ke? Dia ni luas atau tidak pengetahuan amnya atau katak bawah tempurung kelapa?

Memalukan dan merusakkan imej Islam! Adakah himpunan yang menentang penduduk Kuantan dan Pahang  serta rakyat jelata daripada dijadikan zombie dikatakan melanggar hukum syarak?

Dato Mufti, yang patut dilaungkan ke telinga para ketua agama dan pemimpin negara yang memegang kuasa, yang langgar hukum syarak, ni... yang bawah  ni, nampak seluar dalam, nampak peha putih, nampak belah dada, nampak pusat, nampak perut, nampak ketiak, nampak rambut, pakai seluar jean ketat, dan nampak itu, nampak ini!

Himpunan anti Lynas langgar hukum syarak??? Aparaaa!!!!! Lebih baik jangan buka mulut, bila buka mulut.........