Followers

Saturday, June 30, 2012

Wajah-wajah kuat kencing!

Dah nak buat macam mana, peneroka-peneroka Felda yang totok rela dikencing maka puak-puak ini kencing arr.... 


ANAK dah cakap, jangan sokong, nanti kena kencing! Eh tak nak dengar! Seronok sangat menadah kencing puak-puak yang memang sedia dimaklumi kuat kencing terutama yang pendek tu!

Kalau dah ya bodoh, janganlah bagi orang tahu kita tu memang bodoh! Pakat-pakatlah tanya ANAK atau anak-anak atau sesiapa yang ikhlas nak membantu. Eh tak...lebih percaya kan orang lain daripada ANAK...hah kan dah dapat, Isa pendek dapat ratus ribu, awak seronoklah dapatlah seco'it sebanyak taik gigi! Jadinya, apa nak dikatakan lagi, padan mukalah jawabnya sebab hendak sangat dikencing!
 
Artikel dipetik:


FGV hanya lebih 31 sen hari pertama

http://gayapeneroka.blogspot.com,
29 Jun 2012 

Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.

800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!

Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.

Apapun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Warga Felda tidak boleh di perjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya utk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.

Memetik kata2 Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa diketika Johor, Pahang, Tgnu dan negeri2 lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri2 jatuh. Sekurang2nya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya 

(wawancara dlm program 'In Person' di Astro Awani, siang tadi)

Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dll, yg penting kita ada prinsip. Kita bukan mcm Isa n kuncu2nya; yg berdegar2 cakap dgn peneroka, kami tak ada kepentingan apa2...

Tau2 dlm prosfektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yg nampak.
Seperti kata pelawak Ibrahim Pendek;....Sape yang kena!!!

— dengan Muzamal Mus dan Mohd FadZil.

Sumber:harakahdaily

Orang tak ludah, tempeleng dan gantung lu pun, mujur...!!

Inilah kerja dan mentaliti puak-puak Umno, suka sangat kepada gantung...gantung ni! Suka benda tergantung, sibuk nak gantung orang! 

Ambiga dia orang nak gantung, dan kini Si Kassim anti hadith pula nak gantung Anwar Ibrahim. Aiyoo...orang tak gantung lu, mujur!!!

Wajar amat lah, Umno dihentikan memerintah Malaysia, jika tidak Malaysia nanti akan digelar orang darul gantung wal haramjadah!



Artikel dipetik:

Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung

Fathi Aris Omar & Jimidie Shah Othman

29 jun 2012

WAWANCARA Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.

Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.

Sumber:malaysiakini

Wednesday, June 27, 2012

Semoga perbicaraan pantas PDRM tidak memangsakan rakyat!



Pantas dan cepat memang bagus, tetapi jangan sampai mengenepikan keadilan iaitu tuntutan sebenar sesuatu perbicaraan mahkamah kepada mangsa yang kebanyakannya dalam kes-kes seumpama itu adalah rakyat marhaen.

Demi mahukan pantas semata-mata, terutama dalam kes-kes yang ada kaitan politik lawan, apakah tidak mungkin perjalanan perbicaraan pantas itu akan dimanipulasi oleh mereka yang mempunyai niat serong terhadap lawan politik mereka?

Perkara yang perlu menjadi teras dalam mengendalikan perbicaraan pantas dalam niat menyelesaikan isu longgokan kes-kes kecil di mahkamah ialah proses perbicaraan perlu dilaksanakan dengan hati yang baik dan mulia, bukan dengan hati yang sentiasa diperkakas oleh tuan politik rakus lagi zalim!

Setakat hari ini, dalam pemerintahan  Umno/Bn ini, keadilan perbicaraan sama ada yang pantas atau yang memakan masa, sering dipertikai oleh umum kerana kehilangan integriti dan pertanggungjawaban terutama di pihak eksekutif 1Malaysia yang serba-serbi mahu campur tangan.

Contoh yang nyata, imam lontar kasut yang marhaen, yang mencari keadilan dalam proses mahkamah, didenda dengan berat manakala bekas Menteri Besar yang ‘makan’ jutaan ringgit wang rakyat didenda cukup ringan dan bersahaja! Itupun bekas Menteri Besar itu masih bebas dengan 'awangnya', ke sana ke mari manakala imam lontar kasut telah sekian lama terperosok dalam bilik jeriji berpisah jauh dengan anak isteri!

Contoh kedua, dalam kes penyiasatan polis pula, Ir Nizar yang membuat teguran ikhlas yang menepati ajaran Islam berkaitan tuan punya WWW1, dengan segera didatangi penyiasat polis hingga rumah dan pejabat beliau digeledah serta merta, manakala uncleseekers seorang blogger yang mendedahkan perangai kerabat Johor secara agak mengejutkan, masih lagi tidak dipedulikan oleh mana-mana NGOs dan Jabatan Kerajaan terutama PDRM Johor!

Isunya dalam pelaksanaan sama ada penyiasatan segera dan perbicaraan segera apakah keadilan kepada rakyat akan wujud atau dilihat wujud atau semuanya itu hanya wayang gambar transformasi taik minyak dan mengarut sahaja?

Berita dari akhbar:

PDRM Sedia Jayakan Konsep Perbicaraan Pantas 

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bersedia untuk menjayakan konsep "perbicaraan pantas" sejajar dengan pindaan Kanun Tatacara Jenayah yang berkuatkuasa mulai bulan ini, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaannya, Datuk Razali Basri.

Menurutnya, para pegawai penyiasat dan penyelia penyiasatan kini mula mengikuti seminar mengenai siasatan dan pendakwaan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam menjayakan konsep perbicaraan pantas itu.

Bercakap kepada para pemberita selepas merasmikan seminar dua hari membabitkan 80 penyiasat dan penyelia penyiasatan peringkat wilayah utara di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini, pada Rabu, beliau berkata konsep perbicaraan pantas itu akan menjimatkan masa mahkamah.

Pada Mei lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2012 yang antara lain bertujuan melengkapi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang diwujudkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Razali berkata, konsep itu akan turut dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Peguam Negara, mahkamah dan para pegawai yang menjalankan siasatan di samping memberi ruang rundingan pra bicara bagi pengakuan bersalah orang yang di tuduh.

Menurutnya, pihak mahkamah akan melaksanakan perbicaraan kes dengan sekurang-kurangnya memanggil saksi pertama selewat-lewatnya 90 hari daripada tarikh dituduh manakala sebelum ini ini tiada tempoh masa ditetapkan.

Bagi orang yang dituduh yang membuat pengakuan bersalah, mereka boleh membuat pilihan untuk tuduhan pindaan yang lebih ringan atau mengekalkan tuduhan asal tetapi dengan hukuman yang lebih ringan.

Bagaimanapun, perbicaraan pantas itu hanya membabitkan kes-kes kecil yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun.

Bagi menjaga kepentingan mangsa bagi kes-kes lebih berat termasuk jenayah seksual, Razali berkata, perbicaraan kes adalah seperti biasa dan tidak disenaraikan sebagai kes yang boleh dijalankan secara perbicaraan pantas.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya. BERNAMA

Sumber:mstar

Menteri bentat dilahirkan Demokrat palsu!

Kalau baulu bentat maknanya baulu itu tak berapa nak naik. Kempes dan keras! Ini pulak Menteri bentat 1Malaysia dari puak Demokrat Palsu. Kerja menteri bentat cukup mudah, hanya cakap; tiada maklumat, tiada perbicaraan, tidak timbul, tidak perlu, tidak kenal...eh kenal...kenal! 

Semua jawapan Menteri bentat ialah berbentuk pelarian, tidak meyakinkan dan takut menghadapi kebenaran.

Sepatutnya sebagai menteri yang berada di Kementerian yang menjadi fokus isu, jawapan haruslah mantap. Kalau pun bimbang untuk memberi jawapan biarkanlah pihak penyiasat atau suruhanjaya tertentu yang berintegriti yang memberi jawapan kepada rakyat kerana ianya pasti lebih meyakinkan.

Seluruh dunia telah hebuh dengan isu scopene, masih tiada maklumat, tiada perbicaraan, tidak timbul dan tidak perlu? Memang lambat maklumat sampai ke Kementerian ini dan Menteri ini, terhegeh-hegeh (baca lagi Utusan Meloya dan berita Hairan!) atau sebenarnya ini jangkitan penyakit Demokrat Palsu?

Berita dipetik:


Tiada maklumat jual dokumen sulit pertahanan

Abdul Rahim Sabri

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tiada maklumat mengenai dakwaan berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.

"Sepanjang pengetahuan kementerian, sehingga kini tidak ada maklumat keluar dari Malaysia," katanya lagi dalam ucapan penangguhannya di Dewan Rakyat lewat malam tadi.

Tambahnya, kementerian itu juga tidak pernah membayar komisyen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene

"Perolehan kapal selam dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu syarikat Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing," katanya lagi.


Tambahnya, kementerian itu juga tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen oleh syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada syarikat Thint Asia (Thales International), didakwa bernilai 36 juta Euro.


"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada syarikat Terasasi (Hong Kong)," katanya.


Tiada perbicaraan berlangsung di Perancis


Perkara tersebut ditimbulkan sebelumnya oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) ketika mengemukakan usul penangguhan mesyuarat di akhir persidangan.


Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah antara lainnya bertanya menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan kes tersebut.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata keperluan itu tidak timbul.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tidak ada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene, justeru tidak timbul soal kerajaan akan mohon jadi pemerhati," katanya.


Mengulas satu lagi soalan Nurul Izzah berhubung cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pembelian kapal selam tersebut, Ahmad Zahid juga berkata langkah itu tidak perlu.


"Pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat ikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahan negara.


"Ia melibatkan pelbagai tingkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga setelah penilaian teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM (Angkatan Tentera Malaysia).


Tak perlu j/kuasa tetap parlimen


"Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa kontrak tersebut," katanya.


Kelulusan kemudiannya dibuat di peringkat Kementerian Kewangan setelah kesemua terma dan kelulusan untuk rundingan terus itu dikemukakan, tambahnya.

Menjawab satu lagi soalan Nurul Izzah (kiri), menteri berkata kerajaan juga berpandangan bahawa sistem jawatankuasa tetap parlimen untuk pertahanan tidak perlu diwujudkan.

Jelasnya, rancangan untuk membeli kelengkapan ketenteraan telahpun dinyataka dalam anggaran belanjawan yang akan dibahaskan dan diluluskan di parlimen.


"Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti arahan perbendaharaan dan tatacara prosedur kewangan.


"Manakala itu, setiap perbelanjaan tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara. Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka," katanya.


Jawapannya di parlimen itu merupakan kenyataan rasmi pertama oleh kerajaan kepada parlimen setelah dakwaan penjualan rahsia pertahanan negara itu berlarutan hampir sebulan apabila didedahkan oleh NGO hak asasi Suaram di Bangkok.

Sumber: malaysiakini

Tuesday, June 26, 2012

Mati dan cacat kerana PLKN

Selama 8 tahun PLKN dilaksanakan boleh tahan jugak jumlah kematian dan kecacatan kekal kerananya! 19 kematian, 21 cacat kekal! Kalau kira purata lebih kurang 2 orang mati setahun dan lebih kurang 2 atau 3 orang cacat kekal! 

Apakah data ini bukan suatu jumlah yang perlu dipandang serius atau pihak kerajaan Umno/Bn akan menjawab seperti lazim jawapan yang kerap diberikan, "biasalah.... PLKN-kan program lasak, mati dan cacat tak dapat kita elakkan! Lagi pun kadar kematian dan cacat kekal itu masih rendah  berbanding negara Asean  dan negara dunia yang lain!" 

Dimaklumkan bahawa antara punca  kematian ialah masalah kesihatan yang dihidapi pelatiH. Apakah ini  bermakna pihak PLKN mengambil mudah soal kesihatan calon pelatih  sehingga mereka yang tidak fit atau tidak sihat untuk berada dalam program seperti PLKN dipilih juga untuk berada dalam kem yang penuh risiko?

Memang sakit pening, cacat, ajal maut dalam takdir qada' dan qadar Ilahi, namun berasaskan usaha dan ikhtiyar, rasanya jika pihak PLKN serius dengan penilaian calon yang mantap perkara kematian dan kecacatan kekal mampu dielakkan.

Yang penting PLKN jangan terlalu dijadikan medan paksaan asuhan politik tidak sihat kepada generasi muda negara oleh pihak tertentu sehingga faktor kesihatan dan keselamatan tidak dipandang utama!

Berita dipetik:


KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.


Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.


Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
(gambar) di Dewan Rakyat.

Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.


Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.


Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

Sumber:harakahdaily

Monday, June 25, 2012

Ini mamak sudah buat taik ka?

Baru dua tiga hari menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) ini mamak sudah buat taik! 

Apakah ini mamak mau bikin 'cawangan Umno' di pejabat KSN seperti adanya Umno di pejabat SPR? 

Actually ar...tak payah nasihatlah benda-benda begitu kepada kakitangan kerajaan kerana mereka semua bukannya bodoh untuk membezakan tugas sebagai pelaksana dasar kerajaan dan sebagai pengundi!a

KSN adalah ketua kepada penjawat awam untuk melaksanakan dasar-dasar dan perancangan kerajaan walaupun apa pun parti yang memerintah, bukan sebagai tukang kempen Umno!

Kalau nak jadi tukang kempen Umno jugak, tempatnya bukan di Pejabat KSN tapi di tadika KEMAS ok lagilah jugak, kan? walaupun salah! Atau lebih manis Ali Hamsa bertugas di Pejabat Umno atau jadi je AJK KIMMA, memang layak pun! Serasi lagi!




Tahniah Rafizi, semoga terus istiqamah dalam perjuangan!

Semoga Rafizi terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Sebagai ahli politik muda yang cemerlang, cabaran dan tribulasi pasti mendatang buat Rafizi. Dalam menghadapi segala tribulasi dan ancaman serta ugutan dari musuh politik, Rafizi perlu terus kuat dan teguh dengan prinsip perjuangan yang berasaskan kebenaran. 

Lebih cantik jika Rafizi Ramli sentiasa berpegang teguh kepada prinsip Islam yang sentiasa menekankan pahala dan dosa serta syurga dan neraka dalam setiap amal perbuatan. Saya doakan yang terbaik buat Rafizi sebagai pemimpin masa depan PKR, Pakatan Rakyat dan negara!


Kenyataan Media dari Rafizi Ramli, isu letak jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.


Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya.


Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.


Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.


Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.


Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.


Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.


Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.


Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.


Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.


KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.


Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.


Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.


Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor
semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

Sunday, June 24, 2012

Muhyiddin Yasin senak, Melayu ancam Melayu!



Beginilah apabila orang perasan bercakap! Bercakap tapi tak sedar apa yang terkeluar dari lubang mulut! TPM  Muhyiddin Yasin ‘menghasut’ orang Melayu untuk konon bersatu mempertahankan nasib bangsa sendiri daripada ancaman yang dibawa kelompok tertentu konon daripada bangsa Melayu sendiri. 

Ancaman daripada kelompok tertentu bangsa Melayu sendiri?

Nak ajak orang-orang Melayu agar pandai berdebat untuk membentuk fikiran yang cerdik, cerdas dan kritis – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?

Nak ajak  orang Melayu menjauhi sifat membazir yang sangat dibenci oleh ajaran Islam – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu berakhlak mulia dengan menjauhi budaya fitnah, budaya video lucah, budaya samseng, budaya tunggeng buntot, budaya K-Pop tunjuk seluar dalam, budaya buat pilihanraya musim haji  dan seumpamanya – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang rasuah, pecah amanah dan amalan kronisme dalam kalangan pemimpin Umno/Bn – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?

Nak ajak orang Melayu menyokong pendidikan percuma untuk para pelajar hingga ke peringkat Universiti– ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong penghapusan PPSMI – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang orang yang kata sekatan sementara PTPTN kepada pelajar Unisel yang ramainya pelajar berbangsa Melayu baru-baru ini, sebagai tindakan yang adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu tuntut kembali Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Singapura – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong hapuskan Tol – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu sokong turun harga minyak yang mana kenaikan harga minyak sangat menekan kehidupan rakyat yang majoritinya bangsa Melayu – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang petualang-petualang yang menyebabkan ketirisan berbilon wang negara – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu menentang pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR Malaysia yang kotor dan tidak adil – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu selamatkan tanah rezab Melayu di Felda dan di mana-mana dalam tanah air daripada digadai dan tergadai oleh tindakan Umno – ini ancaman daripada bangsa sendiri ?

Nak ajak seluruh orang Melayu  (tambah pulak kini golongan artis antara yang mendahului dan  ramai yang sedar dan insaf bahawa Islam adalah satu cara hidup)  kembali mengamal Islam sebagai cara hidup – ini ancaman daripada bangsa sendiri?

Nak ajak orang Melayu terutama yang telah berusia dan yang telah bersara kembali menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan perjuangan menegakkan Islam dan mengerjakan dakwah – ancaman daripada bangsa sendiri?

Kalau semua itulah yang dikatakan ancaman dan ianya dipercayai sepenuhnya oleh orang Melayu, memang Melayu itu, Melayu bodoh!

Dan kalau semua yang tersenarai itu dimaksudkan sebagai ancaman kepada bangsa Melayu daripada bangsa Melayu sendiri, maka aku redha bangsa Melayu itu diancam dengan ancaman-ancaman itu! Dan aku adalah bersama dengan pasukan bangsa Melayu yang dimaksudkan ‘pengancam’ itu!

Berita dipetik:

Orang Melayu Diseru Bersatu Hadapi Ancaman Kaum Sendiri - Muhyiddin 

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah sampai masanya Orang Melayu bangkit dan bersatu mempertahankan nasib bangsa daripada ancaman yang dibawa kelompok tertentu daripada bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata orang Melayu perlu teguh untuk menghadapi pemimpin yang mendukung ideologi yang bertentangan dengan agama, adat resam, cara hidup budaya bangsa Melayu kerana mereka hanya memikirkan soal politik daripada membantu kaum sendiri.

"Bagi saya sudah sampai masanya kita bangkit dan bangun mengukuhkan jemaah kita hari ini. Saya menyebut begini kerana saya sedar tentang ancaman yang dihadapi oleh kita yang datangnya dari puak-puak kalangan orang Melayu juga, membawa ideologi bertentangan dengan agama, adat resam, budaya cara hidup kita yang sudah terkanun sekian lama.

"Tindakan sesetengah pemimpin menyokong ideologi songsang seperti jika sokong parti berkenaan akan masuk syurga adalah fahaman yang merosakkan akidah," katanya ketika berucap pada Program Sembang-Sembang Bersama Pemimpin anjuran Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (Warisan) di sini, Sabtu.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden Pertubuhan Warisan Melayu Johor (WARISAN) Datuk Abd Rahman Yunos serta lebih 3,000 ahli persatuan itu dari seluruh negeri ini. Muhyiddin kerkata jika orang Melayu terus tidak bersatu untuk menentukan hala tuju bangsa, mereka akan tersisih daripada arus pembangunan lebih-lebih lagi dalam era dunia tanpa sempadan pada masa kini.

. -BERNAMA

Sumber:mstar