Followers

Saturday, June 23, 2012

Budaya-budaya baru Malaysia yang kian menololkan!

Kata-kata, "debat bukan budaya kita" adalah kata-kata yang mahu membawa rakyat undur jauh ke belakang untuk menjadi orang yang bodoh. Dalam dunia ilmiah hanya orang cerdik sahaja yang mampu berdebat atau yang suka dan gemar kepada acara debat walaupun dia tidak berapa cekap berdebat. 

Manakala orang bodoh sentiasa mengelak berdebat secara baik  dan sangat menyampah dengan acara debat tetapi sangat suka mengata orang lain dalam keadaan orang yang dikatakan itu tidak boleh menjawab! 

Betapa terhinanya perasaan para pelajar yang petah berdebat yang kini sedang berlatih di sekolah-sekolah untuk menyertai acara debat apabila dikatakan debat bukan budaya kita. Dan mungkin guru-guru yang melatih para pelajar berdebat kini telah mula merasakan membuang masa melatih debat apabila mendengar orang penting negara mengatakan debat bukan budaya orang terpelajar.

Sesungguhnya kata-kata "debat bukan budaya kita" telah juga menjadi bukti kukuh akan dakwaan umum selama ini bahawa parti yang memerintah negara ini sekarang, memang sukakan rakyat yang bodoh yang tidak kritis dan tak pandai berhujah dan mahukan rakyat selamanya begitu untuk mudah diauta dan diperkakaskan.

Malang sungguh negara ini kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak mahu menjadikan debat yang menjadikan rakyat cerdik, sebagai budaya rakyat! 

Betullah kata orang ramai kini, bahawa budaya kita yang sedang dicipta oleh pengasas 1Malaysia adalah budaya samseng ganggu ceramah, budaya lucah K-Pop, budaya senaman tunggeng buntut, budaya haramjadah dan budaya PRU musim haji ok apa!

Friday, June 22, 2012

Pilihan raya di musim haji, salah (berdosa): Najib tak kisah pun!!



Mantan Mufti Perlis, Dr Maza berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Najib Rosmah pula mempertahankan pilihan raya di musim haji yang pernah diadakan oleh anak kutty pada 1986. Kesimpulan Najib Rosmah, siapa nak pergi haji, pergilah haji, buat pilihanraya musim haji, pilihanrayalah!

Itulah Najib Rosmah yang mudah kita kenali, selamba je nak buat benda salah! Maka rasanya sahlah Najib nak buat pilihanraya di musim haji ini kalau itulah pegangannya!

Satu lagi, bila orang bercakap tentang dosa dan pahala, dia kata pulak, orang nak menjadi lebih dari Tuhan! Laa...fahaman Islam apa macam begini?

Bukan nak lebih dari Tuhan Najib ooi, cuma nak bagi tahu hukum! Tak solat kerana menyeberangi Selat Inggeris untuk pecah rekod dunia, tak solat itu satu kesalahan kerana aktiviti itu, hukumnya berdosa! Tak solat kerana menonton pertandingan badminton Piala Thomas hingga habis waktu mahgrib, tak solat maghrib satu kesalahan maka hukumnya berdosa, bodoh!

Buat pilihanraya sewaktu rakyat yang layak dan berhak mengundi, tak dapat mengundi kerana terpaksa menunai haji, adalah merampas hak rakyat untuk memilih kerajaan yang adil dan berintegriti untuk mengurus kehidupan dan Negara mereka selama 5 tahun akan datang, adalah satu kesalahan dan kesalahan itu berdosa.

Najib...Najib...tak takut dosa nampaknya?

Berita dipetik:

Najib pertahan p’raya di musim haji

Zulaikha Zulkifli

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini pada tahun 1986. 

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih pada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Sumber: malaysiakini

Thursday, June 21, 2012

PKR, sedarlah segera!

Apa yang disebut sebagai isu Fakeah yang tiba-tiba muncul di akhir-akhir ini tidak begitu menyeronokkan kepada rakyat marhaen yang sedang bersemangat dan begitu fokus kepada gelombang kebangkitan ke arah perubahan bagi merobohkan Umno/Bn. 

Jika isu ini terus membarah, ianya pasti menyakitkan bukan sahaja kepada PKR secara peribadi malah kepada Pakatan Rakyat khususnya di Selangor. PKR dan Pakatan Rakyat tidak mampu bergelumang dengan isu-isu pertelagahan sesama sendiri dalam keadaan Umno/Bn begitu menggila dengan media dan agen perkakas mereka.

Dalam hal ini, PKR sewajarnya mencontohi PAS dalam mentarbiyah ahli-ahlinya yang beragama Islam. Kepada ahli-ahli yang beragama Islam, PKR wajar mengkaji modul tarbiyah yang PAS lakukan. Sesungguhnya tanpa tarbiyah yang mampu memantapkan keimanan, ketaqwaan dan pejuangan kerana takutkan Allah, PKR akan menjadi parti yang rapuh dan mudah diugut oleh ahli-ahli sendiri.

PKR perlu sedar di masa-masa mendatang, cabaran dalaman parti akan lebih tegar lagi berbanding hari ini. Mekanisma untuk menghadapi suasana tersebut perlu dilakukan sekarang jika tidak PKR akan kalah dengan keletihan dan mudah goyang dengan tekanan dari berbagai arah, dalam berbagai bentuk.

Jika semua pihak dalam PKR, semuanya mahu menunjukkan 'kecerdikan' masing-masing tanpa mahu bertolak-ansur dan tanpa mahu menerima hakikat kelebihan dan kelemahan kepimpinan atau mana-mana individu, lambat laun PKR akan 'termakan racun' yang disediakan musuh untuk PKR menjadi punah dan rosak.

PKR boleh menjadi seperti hari ini, namun PKR wajar menanam aqidah perjuangan yang diredhai Allah kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR yang beragama Islam. Para pemimpin tidak harus hanya pandai bercakap dan mengkaji tetapi pada hakikat sebenarnya tidak sabar, tidak boleh berbeza pandangan, jumud dengan pemikiran dan pegangan sendiri, akhirnya berbalah dan merajuk pergi meninggalkan parti. Lebih malang kalau selepas meninggalkan parti menjadi pula hulubalang kepada parti lawan untuk merobek-robek PKR seperti beberapa ekor yang telah pergi  meninggalkan PKR selama ini.

PKR, baik Azmin, Fakeah, Khalid, Anwar mahupun Rafizi, selesaikan segera segala isu itu! Jangan menjadi bodoh, kerana bodoh itulah yang Umno/Bn suka ada pada kamu untuk terus membuat rakyat merana buat lima tahun lagi!


Yang salah itulah yang Umno seronok nak buat!



Berdasarkan kepada pengalaman yang pernah berlaku, makhluk yang bernama Umno ini memang gemar melihat orang lain kelam-kabut, orang lain tertekan, orang lain berhempas-pulas, orang lain tertonggeng. Memang itulah Umno, melakukan kesalahan menjadi keseronokkan dan melihat orang terlingkup kerana kesalahan yang dilakukan lagi menyeronokkannya!

Berita dipetik:

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.
"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada
Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.


Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".


Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya

berlangsung pada tempoh masa sama.


Sumber: malaysiakini

Wednesday, June 20, 2012

Para pemimpin Umno pakar buat U-Turn!



Kahkahkahkah...inilah kerja Umno/Bn. Seronok sangat nak melumur busuk kepada  orang lain, terlupa bahawa dirinya sebenar sedang buruk dan busuk. Apabila menyedari bahawa orang lain tetap tak busuk dan dirinya sendiri yang busuk kohong, akhirnya cuba melumur bedak wangi tanpa membasuh busuk diri sendiri terlebih dahulu. padahnya hapak yang berbau! 

Mungkin para pemimpin Umno berharap dengan data yang menggambarkan peningkatan jenayah akan memalukan negeri selangor yang di perintah Pakatan Rakyat! Dia terlupa bahawa urusan mengawal jenayah adalah antara kerja utama PDRM di bawah Kerajaan Pusat! Bila terasa data itu bakal membusukkan diri sendiri, Umno terpaksa membuat U-Turn sebagaimana yang dilakukannya dalam kes PTPTN kepada para pelajar Unisel!

Kerana permainan politik yang semakin tak betul kepala ini, rakyat semakin menyampah dan geli untuk mendekati Umno. Para pemimpin Umno terus menjadi tak tentu arah tindakan! Membangkit isu basi 3 bilion, apabila dicabar oleh Anwar Ibrahim dedah akaun, senyap! Dicabar nafi dan ulas isu Scopene, senyap!. Isu cuba tunjuk pandai dan warak antara pilihanraya dan haji, senyap! Isu pendidikan percuma , senyap! Isu video agen Umno membeli ahli Pakatan Rakyat, senyap tak terjawab!

Isu Isa samad sebagai Pengerusi haram koperasi felda, senyap! Isa Samad semalam pula ‘terguling’ seketika dihadapan koperasi Felda! Sungguh memalukan tapi Isa Samad mana yang ada kemaluan?

Nampaknya Umno kian hura-hara untuk bertindak waras dan bijak. Yang Umno tahu sekarang ialah gerakkan para pencacai untuk membuat saman sana sini yang entah apa-apa dan buat gangguan kepada ceramah-ceramah Pakatan Rakyat!

Kini yang Umno mahir hanyalah ganggu ceramah Pakatan Rakyat, tabur wang yang tak seberapa yang bertaraf tulang ikan dan buat U-turn terhadap keputusan bila disergah! Umno benar-benar sedang melakukan transformasi! Transformasi taik kucing!!

Berita dipetik:
 
Kementerian tarik balik data jenayah S'gor

Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.

Pua
semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.

Beliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.


"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.


"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.


Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.


Indeks jenayah di Selangor pada 2006 sebanyak 51,393 kes; tahun 2007 sebanyak 58,592; tahun 2008 sebanyak 57,752; tahun 2008 sebanyak 54,994; tahun 2010 sebanyak 49,469 dan 2011 sebanyak 44,302 kes.


Di peringkat nasional, katanya, indeks menunjukkan kes pada 2006 sebanyak 196,780 kes; tahun 2007 sebanyak 209,582; tahun 2008 sebanyak 211,645; tahun 2009 sebanyak 209,817; tahun 2010 sebanyak 177,520 dan tahun 2011 sebanyak 157,891 kes.

Sumber: malaysiakini

Tuesday, June 19, 2012

Geledah pejabat Nizar kerja tak normal!


Apabila terbaca berita mengenai Pejabat Datuk Seri Nizar digeledah polis, penulis termenung seketika. Termenung memikirkan akan negara kelahiran ini. Tertanya-tanya di benak fikiran ini, apakah negara ini sedang diuruskan oleh orang kemaruk atau orang gila?

Macam mana penulis tidak kata kemaruk dan gila, hanya menegur demi kebaikan, kesalahannya kalau tidak melebihi penjenayah, nampaknya dilayan oleh Sang Hamman bagaikan menyamai kesalahan seorang penjenayah!

Penulis sedar tidak semua pengkritik itu betul tapi sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah Yang Esa, kalau teguran itu tak baik sekali pun, bagi tahu sahaja ianya tak baik menegur Sultan begitu, dan mohon penegur itu tarik balik dengan kenyataan memohon ampun kepada baginda Sultan, habis cerita! Tidak akan ada langsung maruah yang tercemar malah ianya amat disanjung oleh Islam!

Tapi yang menulis menjadi termenung memikirkannya ialah teguran yang penuh dengan kebaikan itu boleh menjadi penegurnya bagaikan sama taraf dengan penjenayah atau pengganas! Sampai kuncu-kuncu hamman boleh geledah rumah dan pejabat lagi? Nak cari bukti apa lagi? Bukankah bukti yang nyata ialah batang tubuh itu sendiri dan tulisannya telah pun  tertulis di twitter itu.  Itulah buktinya, nak geledah apa lagi?

Memang gila sebenarnya keadaan sekarang! Penulis terfikir nampaknya keadaan 1Malaysia di bawah UBN hari ini telah menjadi tidak normal lagi! Sungguh luar biasa kerana nampaknya Sang Hamman berada di mana-mana dan terlalu berlebih-lebihan serta tidak mengajak mentaati hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa! Sang Hamman telah menjadikan teguran Nizar itu sebagai kesalahan yang terlalu maha besar  nampaknya! Kerana para Hamman ini, nampaknya yang baik menjadi jahat, yang mulia mungkin tak akan menjadi mulia lagi! Na’uzubillah!

Semoga para Hamman ini tidak merosakkan Institusi Raja yang kita kasihi!

Pejabat Nizar digeledah

Normawati Adnan

19 Jun 2012

IPOH – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.

Sinar Harian dimaklumkan, operasi yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.

Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.

“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.

“Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.


Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.


Menurutnya, apa juga keadaan yang berlaku sekarang, beliau berharap siasatan yang dilakukan itu berjalan dengan baik. “Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

Sumber:sinarharian

Monday, June 18, 2012

Najib marah Anwar gagal pada 16 September 2008 ?



Sewaktu di Keningau Sabah pada 16 Jun yang lalu Datuk Seri Najib mengajak rakyat supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menurutnya melakukan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia, pada tarikh 16 September 2008. 
 
Tu diaa!!!

Kata Najib, “Pada masa itu, satu negara dia bohong. Ini pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini.”

Najib bunyinya macam marah sungguh Anwar tidak berjaya mengajak 30 Ahli Parlimen BN menyertai parti pembangkang, sampaikan ajak rakyat tidak memaafkan Anwar!

Apakah sebenarnya Najib mahu Anwar berjaya melakukannya pada tarikh tersebut?

Masalahnya Najib kata Anwar berbohong, tetapi pada waktu yang sama Najib ‘bawa lari’ jugak Ahli-ahli Parlimen BN itu ke Taiwan? Kalau dah Anwar Ibrahim berbohong kenapa pulak bawa lari, tak payahlah buat lawatan sambil belajar secara tiba-tiba! 

Najib jelas macam budak kecik, ajak Anwar main kejar-kejar, bila Anwar sekelat sedikit, marah! “Tak acilah Anwar, engkau sekelat macam tu! Apa ni main tipu!!”

Apalah Najib, main kejar-kejar memanglah ada sekelat sikit di sana-sini, inikan pulak main politik! Tektikallah!

Begitulah para pemimpin Umno, suruh orang main politik lurus bendul, dipihak dia pulak kalau tak tipu, tak bohong, tak sah! 

Kalau nak cakap bab bohong ini, tak usah katalah konon ‘bohong’ Anwar pada 16 September 2008 itu “pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia” kerana dakwaan Najib itu sendiri pun jelas antara pembohongan paling besar!