Followers

Saturday, June 16, 2012

Pantun buat Datuk Seri Nizar

Ikan keli ikan kelah,
Nasi lemak banyak santan,
Datuk menegur tidak pun salah,
Membazir memang saudara syaitan.

Masak lemak cili api,
Sambil memasak minum susu,
Membeli belah duit sendiri,
Bukan bermakna boleh ikut nafsu.

Singgah sebentar membeli saji,
Singgah membeli di Hentian Tapah,
Memohon maaf sikap terpuji,
Orang tak hendak datuk tak payah.

Ramai menonton filem King Kong,
King Kong berlawan labah-labah,
Ada seronok dengan sokong,
Biarkan...kelak sokong itulah membawa rebah.

Banyak sungguh buah kana,
Buah kana dibuat halwa,
Keras kepala nak sampai ke mana,
Kerana akhirnya ke barzakh  jua.

PRU 13 banyak perkara,
Datuk tak payah buang masa! 
Teruskan kerja!




 

Masitah geram 'Tongkol Kayu'!


Tulisan Dr Masitah Ibrahim dalam Sinar Harian 15 Jun lalu seolah-olah bagaikan ayam betina hendak bertelur. Riuh dan bersibuk konon bercerita pengalaman pahit Shahnon dalam PAS. Apalah agaknya pengalaman pahit sangat Shahnon dalam PAS yang dimaksudkan itu sehingga menarik simpati teramat sangat Masitah?

Kalau dah Shahnon itu dulu penyokong kuat Pas malah ahli seumur hidup Pas, kini telah telah mengecam Pas, apa yang peliknya? Bagi Pas, biasalah dia dipuji dan dikecam, tak ada yang pelik pun dan bukan masalah langsung!

Yang menjadi masalah ialah Masitah itu sendiri, perlu muhabah diri! Kontang-kanting seorang diri dalam Umno sebagai perhiasan politik parti secular itu sangat merosakkan imej.

Sepatutnya kalau Masitah ahli politik bijak, tidak perlu risau kalau benar konon Pas sudah terpesong dari perjuangan asal. Bukankah itu lebih baik bagi Umno untuk mengambil alih tempat Pas sebagai pejuang Islam?

Eh kalau misi menubuhkan Negara Islam oleh Pas bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All, apa pula yang menyebabkan Masitah gatal miang tergaru-garu seluruh anggota badan?

Cepat-cepatlah jumpa Najib Althanthuya Wal Wasatiyyah cadangkan ambil misi Negara Islam, Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama yang begitu disayangi oleh Masitah yang konon Pas telah tinggalkan hingga begitu merisau, menserabut dan mencemaskan Masitah!

Tak payahlah Masitah berlagak cakna kepada perjuangan Pas sedangkan Masitah itu bukannya ahli Pas pun malah penyokong Pas pun jauh sekali, sebaliknya terus menjadi bunga yang dah makin kurang bau buat Umno sekular!

Dalam tulisan itu Masitah ada  menulis, (sama ada Masitah tulis apa yang Shahnon kata atau Masitah kata atau apa Mashitah setuju) Dewan Ulama Pas kini wujud bagai ‘tongkol kayu’. Ulama Pas termasuk Mursyidul Am, kini dibayangi golongan profesional.

Begitulah Masitah, kalau dulu pakat-pakat kata Dewan Ulamak Pas itu ekstreme dan jumud dalam perjuangan mereka kerana mahu menegakkan Negara Islam dan mahu melaksanakan hudud, kini dikatakan pula ‘tongkol kayu’! Galak tangan Masitah!

Kalau Dewan Ulamak Pas itu dikatakan ‘tongkol kayu’ yang mana tongkol kayu itu kalau digunakan untuk pelangkong kepala orang yang mengkhianati Islam, memang cukup padan dan berbaloi, bagaimana pula dengan Ulamak Umno muda dan yang tua dan Ulamak yang pro-Umno?

Perhimpunan Aman Bersih 3.0 haram, kemudian bukan haram cuma nasihat! K-Pop menyanyi sambil tunjuk buntot dan seluar dalam kepada para belia dan Najib Wasatiyyah, ulamak Umno dan Pro-Umno bisu kelu tak mampu nasihat atau keluar fatwa! 

Kes makan kedarah duit lembu tiada nasihat dan fatwa. Kes komisyen Scopene pun tak tergamak ulamak Umno nak nasihat dan keluarkan fatwa. Kes Althantuya hancur kena bom tak ada nasihat dan fatwa. Kes gadai Felda melalui FGVH kepada syarikat Yahudi dan asing jugak tidak ada nasihat dan fatwa. 

Kes Menteri bagi duit berjuta seminggu kepada seorang artis perempuan, pun tiada nasihat dan fatwa! Kes Umno cuba khianati pelajar-pelajar  Universiti Teknikal Selangor (Unisel) dalam isu PTPTN, tiada nasihat dan fatwa. Dan untuk Umno memang tak payah nasihat dan fatwa kerana semua olrait, fatwa dan nasihat hanya untuk PAS sahaja!

Jelas Ulamak Umno dan Ulamak Pro-Umno tidak seperti Ulama Pas yang teruk kerana semuanya ‘tongkol kayu’, kayu pulak kayu cengal! Manakala  Ulamak Umno dan Pro-Umno hanya bagaikan ‘Tongkol Taik’, taik pulak kepala Shit  sahaja! Contoh terbaik ‘mungkin’ Masitah!

Tulisan Masitah: di sini

Antara jasa Najib di Kementerian Pertahanan

Malaysia terdedah ancaman udara?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan situasi sukar jika berlaku sebarang ancaman pencerobohan termasuk di ruang udara berikutan sejak dahulu lagi tidak mempunyai Radar Avionics.

Radar yang dimiliki Malaysia hanyalah boleh mengawal dan menentukan penerbangan pesawat dalam negeri sahaja iaitu di Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.
Mendedahkan isu ini Pengarah Strategik KeADILan, Rafizi Ramli berkata, jika penerbangan melintasi Laut Cina Selatan, Malaysia perlu melaporkan kepada negara jiran Singapura.

"Tahap pertahanan negara iaitu dalam aspek ruang udara, kita memandangkan dalam moden warfare ini, udara adalah sangat penting. Saya baru tahu seminggu dua the moment kita punya take off, Singapura akan tahu. Kita perlu report kepada Singapura," katanya kepada Harakah semasa satu wawancara eksklusif di Plaza Peransang dekat Shah Alam 7 Jun lalu. (gambar hanya sebagai hiasan)

Beliau berkata, seluruh rakyat tidak tahu mengenai perkara bahawa Malaysia tiada kawalan ruang udara. Katanya lagi, Malaysia hanya ada kawalan bagi sekitar Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Jadi katakanlah kita sedang berperang di udara, perangnya di Sabahlah sebagai contoh, bila berlepas dari Kerteh nak melintasi kawasan ke Sabah, kita perlu buat laporan kepada Singapura.

"Masuk sahaja Laut Cina Selatan, undang-undang antarabangsanya kita kena lapor kepada Singapura, sebab hanya Singapura sahaja yang ada sistem Radar Avionics yang mematuhi International System Of Aviations, jadi seluruh radar kawasan ini Singapura yang kawal," dakwanya.

Beliau mendapat maklumat itu daripada seorang yang pernah menjadi antara orang yang terpenting dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ditanya sama ada Malaysia pernah membina sistem radar tersebut, Rafizi mendedahkan bahawa sejak 50 tahun lalu, kerajaan gagal untuk membina sistem radar avionics yang memaksa Malaysia bergantung kepada Singapura.

Malah katanya dalam satu penyelidikannya mendapati, seorang kontraktor bumiputra pernah diberikan dana berbilion ringgit daripada kerajaan bagi membangunkan sistem tersebut.

Malangnya, kata Rafizi kontraktor yang dikatakan berasal dari Trengganu itu akhirnya  gagal menyiapkan walaupun kontrak itu diberikan atas asas keselamatan negara.

Bukan tidak pernah buat, dia dah bagi kontrak besar kepada satu syarikat atas dasar keselamatan negara, satu syarikat milik orang Trengganu yang dapat kontrak ini.

"Duit telah dilaburkan berbilon ringgit untuk sistem ini , namun produknya tiada hingga kini. Dari tahun ke tahun, radar Malaysia tidak boleh padankan. Saya tanya kepada bekas orang kuat TUDM, jika kita berperang bagaimana keadaannya, dia jawab....Matilah kita....," dakwanya lagi.

Beliau juga mendedahkan bahawa kecelaruan dalam sistem pertahanan negara ini berlaku akibat tiadanya satu dasar jelas pertahanan negara walaupun Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Petahanan paling lama.

"Sekarang ini isu penjualan rahsia pertahanan negara. Bila saya kaji dan menyelidik mengenai Scopene ini dan melihat kepada persoalan keselamatan negara, rupa-rupanya negara kita tiada Dasar Keselamatan Negara, satu blueprint pun tiada.

"Bila tiada blueprint ini, procument peralatan adalah mengikut citarasa kontraktor yang rasuah kepada Najib dan kata beli Scopene, walaupun tiada dalam strategi," dakwanya lagi. 

Sumber: Harakah

Friday, June 15, 2012

Dulu anak lembu fidlot dapat projek, kini anak Jerung Jalur pulak!



Projek anak bekas menteri bahayakan Negara

Aedi Asri Keadilandaily

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada anak Jamaludin Jarjis, Pengarah Pilihanraya BN sekarang.



(Nurul Izzah menunjukkan bukti pemilikan syarikat anak Jamaludin Jarjis)

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas menteri itu sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.

“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka,” jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


Sistem yang gagal dan bahaya


Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

LAPORAN BERKAITAN

Sumber:harakahdaily

Umno gadai harta Melayu!

1. Lebih 100,000 ekar tanah Felda digadai ke pasaran saham.

2. RM52 bilion saham bumiputera Pulau Pinang hilang di tangan orang2 Umno.

3. RM63,650 wang zakat diambil oleh Menteri Umno untuk bayar duit peguam.

4. Tanah orang-orang Melayu di Kampung Berembang dan Kampung Chubadak tergadai kepada kroni-kroni Umno.

5. Tanah lapangan terbang lama Sungai Besi dijual kepada tauke bangsa asing.

6. Tanah milik Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur jatuh ke tangan bukan Melayu dengan pembubaran Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru oleh UBN.




Dipetik dari SK 70

Wednesday, June 13, 2012

Kali ini Nazri Aziz tak buat lawak...serius!!!


Maka berkatalah Nazri Aziz tanpa membuat lawak sedikit pun, bahawa sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral! Menurutnya, sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. 

Maka setakat hari ini, belum ada lagi rasanya kerajaan jatuh kerana garam dan botol mineral, cuma  Nazri kata jangan ambil ringan, boleh jatuh kerana garam dan botol! Fuh hebat garam dengan botol.

Apa yang aku dengar cerita orang-lah, kalau tanya tok bomoh atau mereka yang arif mengenainya, yang takut, pantang dan  boleh kalah dengan garam dan botol hanya hantu atau pelesit! Katanya, tok bomoh biasa tangkap hantu masuk dalam botol dan buang ke laut atau ke gunung dan gaung atau ada jugak yang dibuat pameran muzium!! Kata ceritanyalah!! 

Garam pula terutama garam jantan, sering digunakan untuk halau hantu dan pagar tempat-tempat kediaman agar tidak diceroboh oleh hantu, pelesit, iblis dan jerangkung! Ambik garam tabur sekeliling!! Puak-puak hantu raya  ni memang pantang betul dengan garam, katanya!

Mari pula si Nazri dengan seriusnya membawa cerita garam dan botol jangan dibuat main-main! Hai...sampai gitu sekali Nazri takut pada garam dan botol? Apa yang Nazri nak bagi tahu ni? Nak bagi tahu UBN membela hantu ke? Hantu seantero dunia, Mynmar, Kemboja, Filipina, Bangla dan Indon!!? Orang dah tahuu tu, tak payah bagi tahu, cuma 2 ekor hantu yang urus SPR je pekak badak!
 
Atau Nazri nak ‘confirm’ UBN itu memang hantu dan pelesit, sebab itu tak boleh main-main dengan garam dan botol? Yang ini orang tak berapa nak confirm cuma agak-agak sahajalah selama ini. Cumanya hari ini macam sah, HaH..HaHHaH.....pecah rahasia!! Terima kasih Nazri!!

Fuh...maka pakatan rakyat rupanya berlawan dengan Hantu!

Berita dipetik:
 
Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).


Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.


"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.


"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.

Sumber:harakahdaily

Buah hati pengarang jantung MAMA!

Buah hati pengarang jantung mama big!  
Alahai saling tak tumpah mama big! 
Mama big borek, buah hati mama big rintik !!
Kuah kalau tak tumpah ke nasi, nak tumpah ke mana lagi...kan!!?
Bakal menantu mama big lah katakan, perangai pun iras-iras mama big!!
Sukker mama.....bangga lagi!!!

Bacalah ulasan beberapa oportunis kemaruk lagi bebal!



Ahmad Maslan:

“PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian”

“Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama”

“Jangan anggap parti itu agama”

“PAS menjunjung pilihanraya melebihi agama”

Raja Ning Chik:

“sebaik-baiknya janganlah dihalang pergi”

Zahid Mat Arip:

PAS “mempersendakan rukun Islam.”

Utusan Meloya:


Alahai susah menjadi puak-puak bodoh sombong ni...bodoh, tak dapat diajar, cerdik, tak boleh diikut! Orang cakap lain, dia ulas lain!

Berita dipetik:

Rabu Jun 13, 2012 

Tindakan PAS Minta Anggota Tangguh Haji Demi Pilihan Raya Umum Diselar 

KUALA LUMPUR: Tindakan PAS meminta anggota-anggotanya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji, dianggap tidak wajar apabila meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak agama.

Berikutan itu, PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata beliau kesal dengan kenyataan PAS kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama.

"Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di sini, Selasa.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta angggotanya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.

Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor, berkata penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum.

Ahmad berkata Tuan Ibrahim sepatutnya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu, yang menunjukkan PAS menjunjung pilihan raya melebihi agama.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai berkata bagi umat Islam, ibadah haji adalah jauh lebih penting daripada politik dan kenyataan itu tidak harus dibuat.

"Hampir 900,000 yang mendaftar (dengan Lembaga Tabung Haji). Ikut senarai menunggu, hampir 20 hingga 30 tahun baru boleh pergi (menunaikan haji).

"Kalau dapat peluang pergi kali ini, tapi tidak pergi, tidak tahu bila lagi boleh pergi...itu pun bergantung kepada faktor umur dan keadaan kesihatan...sebaik-baiknya janganlah dihalang pergi (menunaikan haji)," katanya.

Turut mengecam kenyataan PAS itu ialah Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip yang mencabar Tuan Ibrahim supaya menunjukkan bukti dalil, hadis atau ayat Al-Quran bagi menyokong kenyataannya itu.

"Saya selar sikap beliau yang mempersendakan rukun Islam. Ini jelas menunjukkan PAS sangat terdesak (untuk menghadapi pilihan raya)," katanya. - 

BERNAMA

Sumber:mstar

Mat Sabu pun buat lawak jugak?

Najib mana nak fikir tentang dosa-dosa ni? Najib Razak ? Najib Rozmayyev ? Najib Althantugovic? Lambatlah!!!

"negara akan hura-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - Najib Razak 20 April 1983 kepada wartawan.

Pernah juga terdengar ada orang tertentu yang kata "SAR pusat melahirkan pengganas!!!"

Nak fikir dosa?

Berita dipetik:


Najib tanggung dosa umat Islam jika PRU musim haji

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas dosa umat Islam di Malaysia sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan pada musim haji tahun ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mat Sabu berkata demikian sebagai menyokong kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyeru ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti iaitu calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti untuk menangguhkan ibadah haji tahun ini sekiranya Najib begitu tidak sensitif untuk mengadakan PRU13 di musim haji untuk meningkatkan peluang menangnya.

“Najib yang berkuasa untuk membubarkan parlimen bukan Datuk Tuan. Apa susah sangat nak umum tarikh PRU13? Umumlah sahaja,” kata Mat Sabu kepada Harakahdaily.

Mat Sabu berkata kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13.

Beliau berkata semua pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh PRU13 dengan lebih awal supaya mudah untuk rakyat merancang membuat persediaan yang perlu.

“Kalau buat musim haji, sudah tentu orang yang terlibat terus PRU13 akan tangguh, calon tunai haji, siapa yang kempen? Yang paksa mereka tangguh itu Najib sebab buat PRU13 musim haji,” tegas beliau.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim menggesa Najib memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.
Kata beliau, Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.

"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti dan bukan semua ahli.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.

"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya.  Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji.  Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.

Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi.

Sumber:harakahdaily