Apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan
untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) kononnya ‘buat sementara waktu’, sementara waktu yang
tidak diketahui tempohnya, tindakan ini sebenarnya cukup melucukan.
Lucunya bukan kerana para pelajar Unisel tidak mendapat PTPTN tetapi
tindakan PTPTN itu, sama ada diarah oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Khalid Nordin/Umno)
atau tindakan sendiri, tetapi kerana ianya memperlihatkan bahawa, tidak payah
untuk menjadi tolol rupanya !
Tololnya pemikiran puak-puak yang berada di PTPTN atau yang mengarahkan
tindakan itu adalah kerana mereka gagal memahami isu yang sebenarnya yang
dibangkitkan. Betapa benaknya pihak PTPTN atau pihak Menteri Pengajian Tinggi
yang sepatutnya mempunyai aras fikiran tinggi namun tetap gagal memahami intipati perdebatan postif antara Rafizi
dan KJ serta hasrat Pakatan Rakyat.
Nampaknya Malaysia kini malang dalam segenap segi, dalam hal ini malang
kerana mempunyai pengurusan PTPTN yang lebih kuah dari sudu sementara Menteri
Pengajian Tinggi yang tak standard, cukup beremosi, baran malah adakalanya
macam bengong pula.
Apa yang diperdebatkan mengenai PTPTN bukanlah susah mana untuk
difahami namun kerana ketololan maka tolollah tindakannya.
Teras kepada persoalan isu PTPTN ini adalah paranan dan tindakan serta
tanggungjawab apa yang dipanggil Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Negeri.
Rafizi memberi hujah berpaksi kepada asas pendidikan tinggi adalah
bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan
Kerajaan Pusat, maka sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi negara
hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat.
Maka itu, pada pandangan Rafizi dan Pakatan Rakyat berdasarkan kajian
yang mereka lakukan, jika tiada
ketirisan, pecah amanah, rasuah, pembaziran dengan perbelanjaan berhemat maka pendidikan
percuma untuk rakyat boleh dilaksanakan. Apa yang susah sangat hendak difahami
oleh puak-puak di Kementerian Pengajian tinggi dan PTPTN?
Itulah sebabnya penulis katakan tindakan PTPTN dan Kementerian
Pelajaran Tinggi kepada para pelajar di Unisel itu sebenarnya lebih kepada
tindakan lucu yang menyerlahkan ketololan bukan kebijaksanaan.
Seorang ayah membiayai
anak-anaknya dengan mensyaratkan setiap anak wajib membayar kepada ayah apabila
habis belajar nanti. Apabila ada orang menegur sang ayah, tak elok ayah buat syarat
begitu kerana tanggungjawab membiayai anak-anak adalah tangungjawab hakiki
seorang ayah. Ayah meradang, lantas menghempas cermin matanya sambil melaung, “dah....
aku tak akan tanggung engkau orang semua, pergi minta duit dengan mak engkau
orang!”. Ayah terus duduk dikerusi malas sambil menikmati akhbar Utusan
Pembodoh!
Tak tolol ke?
Berita dipetik:
PTPTN Tangguh Pinjaman Unisel Buat Sementara Waktu
PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti
Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN
dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil
kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan
pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara
ini.
"PTPTN
sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan
tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan
adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan
itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel
dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan
percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
"PTPTN
percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan
percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan,"
kata kenyataan itu lagi.
Menurut
kenyataan itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT).
Sementara
itu, PTPTN berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik akan menjejaskan
keupayaan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian
termasuk di Unisel.
Kata
kenyataan itu lagi, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi
kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membuat bayaran balik
sehingga menjejaskan kemampuan memberi pinjaman kepada pelajar baru.
"Seterusnya,
PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian
dan jaminan Unisel mengenai perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.