Followers

Saturday, June 02, 2012

Catatan di himpunan hijau ke Putrajaya

Hari ini baru penulis berangkat pulang setelah semalam bersama ribuan pencinta perjuangan PAS di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah. Tak kiralah berapa ratus ribu yang hadir, 100,000 ke, 120,000 ke ataupun melalui kaedah kiraan Rais Yatim, 22,000 ke, yang penulis tahu sama ada di luar atau di dalam begitu payah kaki ini nak melangkah panjang. Kadang-kadang terpaksa berjalan berensot-ensot dan berasak-asak. 

Penulis sendiri ada mengambil beberapa gambar dan merakamkan video beberapa senario untuk turut membuktikan bahawa di tempat duduk stadium mahupun di atas padang yang basah dan lecak, memang penuh dengan manusia berpakaian hijau.

Sepanjang himpunan itu penulis rasa cukup bangga dengan PAS kerana berjaya mentarbiyah  manusia untuk hadir dari beratus kilometer seluruh negara dengan perbelanjaan sendiri tanpa penaja dn upah semata-mata untuk menzahirkan rasa pejuangan bersama yang kental dalam menghadapi segala tekanan dan tribulasi dari pihak UBN.

Kehadiran ratusan ribu manusia itu tidak meluakkan sedikit pun duit parti Pas yang memang tak banyak mana duitnya, malah sebaliknya mendapat sumbangan derma ikhlas dari ratusan ribu para hadirin.

Acara kemuncak sebelah malam bermula dengan solat maghrib yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kemudian Tuan Guru Haji Salleh mengimamkan solat sunat hajat. Paling menarik Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil turut serta dalam solat hajat. Rasanya Tan Sri bukan tidak pernah solat sunat hajat namun rasanya solat hajat malam tadi memberi pengalaman yang lebih mengujakan kepada Tan Sri!

Penulis melihat dan mendengar dengan jelas suara hadirin ketika mengikut Cikgu Pa berbaiah. Jelas setiap perkataan yang disebutkan oleh hadirin yang berada di sekitar penulis malah ada di antara mereka bagaikan menjerit kerana semangat yang cukup tinggi. Ini membuktikan mereka yang hadir tidak main-main dalam perjuangan ini.

Tatkala selesai Tuan Guru Mursyidul Am yang kasihi membaca doa, para hadirin sekali lagi berasak-asak keluar stadium. Walaupun berasak-asak namun tetap dapat dilihat kesabaran dalam kalangan mereka. Mereka yang tua, yang OKU dan seumpamanya diberi ruang dan dibantu untuk keluar.

Di luar sekali lagi penulis dan kawan-kawan tersangkut sebelum sampai ke hotel. Tiba-tiba seorang anak muda mengetuk cermin kereta bertanya kami hendak ke mana. Kawan yang memandu memberi tahu bahawa kami mahu pulang ke hotel. 

"Kalau macam tu, abang undur sikit kereta abang dan ikut kawan saya ni", kata pemuda itu. Kami cuak jugak tapi kami ikut sahaja.

Setelah melalui beberepa jalan 'short-cut' akhirnya dalam 10 minit kami sampai ke hotel. Tak sempat kami mahu bersalam, pemuda yang membawa kami ke situ mengangkat tangan sambil mengucap selamat kepada kami. Jika tidak dibantu pertolongan pemuda itu kami mungkin tersang kut hampir sejam di atas jalan raya yang sesak.

Hari ini penulis pulang ke kampung halaman untuk meneruskan perjuangan parti di cawangan kami. Nanti apabila sampai di rumah, penulis akan terus mencoret pelbagai kenangan menarik himpunan ke Putrajaya!


Thursday, May 31, 2012

Selamat berhimpun di Himpunan Hijau Ke Putrajaya!

Dalam tempoh lebih kurang 10 minit lagi, penulis bersama para sahabat dan anak akan berangkat ke Alor Star untuk turut menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya. Perhimpunan ini tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa turut menyertainya kerana seluruh ahli jemaah harus merasai gelombang perjuangan yang belum selesai dan akan berterusan hingga akhir nanti.
 
Amanat para pemimpin jemaah sangat penting dalam saat-saat genting menjelang PRU 13 untuk disebar-luas ke seluruh ahli diserata ceruk rantau, kampung dan desa.

Perjuangan yang penuh tribulasi dijalanan perlu disuntik semangat perjuangan kental untuk meredah segalanya. Jika tidak ahli jemaah akan terkulai layu lemas dihimpit cabaran yang tidak putus-putus dari golongan yang benci kepada kedaulatan Islam.

Kepada para sahabat yang turut ke sana, marilah kita membulatkan tekad untuk teruskan perjuangan parti ini demi menegakkan Islam di bumi tercinta ini. 

Berhati-hati di jalanraya dengan pemanduan yang penuh kecergasan dan ingatan kepada Yang Maha Berkuasa. Semoga kita selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan yang penuh onak dan duri ini. Selamat Berhimpun!
 
 

Nak sangat jadi orang tengah, hah jadilah!

Nampaknya Tok Peti ni menjadi Haniif Omar nombor 2. Hanif Omar kutuk Bersih 3.0 puas-puas, lepas itu nak jadi pengadil Bersih 3.0 dengan Polis! Tok Peti ini pulak kutuk PAS puas-puas, nak jadi orang tengah muzakarah antara PAS dengan Umno! Daahh kena reject buta!!

Itulah....orang suruh duduk diam-diam mentelaah, nak bercakap! Orang kata jangan campur percakapan politik, nak campur! Orang suruh main tepi-tepi, nak main tengah-tengah! Nak main sangat, mainlah, jadikan debat Anwar -Najib itu realiti kalau terrer sangat nak jadi orang tengah!

Berita dipetik:


Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar

Salmah Mat Hussain 30 Mei 12

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya.

Sumber: harakahdaily

Wednesday, May 30, 2012

A'ah Nik Aziz melampau - Hj Najib penuuh wasatiyyah!

 Perjuangan Haji Najib seperti yang di bawah ini - tidak melampau pun, 
okay apa!! Cara kepimpinan Haji Najib - penuh wasatiyyah - 
walau pun dah tua, saya suke hehe...!!!




Tuesday, May 29, 2012

Sebab sebenar Najib tak mahu berdebat dengan Anwar


Apabila Najib PM dicabar berdebat dengan Anwar Ibrahim Bakal PM, maka ramailah pahlawan cangkul muncul member alas an untuk Najib tidak berdebat! Ada yang kata debat Najib dengan Anwar tidak perlu kerana konon akan mencetus keadaan untuk mendapat ‘mileage’ politik-lah! Ada yang kata debat yang sangat ingin dilihat rakyat itu akan mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista-lah!

Alahai pahlawan cangkul Umno, Najib kelu tak berkata, kamu pula yang menyibuk memberi  alasan itu ini, macamlah kamu itu Najib Razak!

Amat diyakini sebenarnya kalau Najib Razak itu Sabri Chek dah lama debat itu menjadi kenyataan! Amat diyakini juga kalaulah Najib Razak itu Chua Soi Lek dah dua kali agaknya debat itu berlangsung! Dan amat diyakini juga kalaulah Najib Razak itu KJ dah lama dah debat itu disiar secara langsung di Astro  dan dianjur oleh Sinar Harian! 

Masalahnya sekarang ialah Najib Razak itu adalah tetap Najib Razak yang  kata Tukar Tiub, "Najib bini Rosmah"! Pahlawan-pahlawan cangkul tak payahlah memberi alasan yang bukan-bukan kerana hakikat sebenarnya kenapa debat itu tidak menjadi kenyataan ialah kerana:

Najib Razak yang itu tidak pandai berdebat!
Najib Razak yang itu tidak cekap berdebat!
Najib Razak yang itu gagap bila berdebat!
Najib Razak yang itu tidak berfikiran ilmiah untuk berdebat!
Najib Razak yang itu lemah fikiran untuk berdebat!

Itulah alasan yang sebenar-benarnya, tiada alasan-alasan lain....tiada...tiada...tiada!!!

Berita dipetik:

Mengapa Najib dan Umno takut debat dengan Anwar?

Riduan Mohd Nor 29 Mei 2012

Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?

Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.

Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Sumber:harakahdaily

Setelah 48 tahun baru rakyat kenal Tuan Sadiq Sigaraga dan Penasihat 20 persen yang sebenarnya!

Ustaz Suhaimi Said, Ketua Penerangan PAS Pahang mengimbas bahawa P Ramlee telah mengarah filem 3 Abdul pada tahun 1964 dengan Ahmad Nisfu memegang watak Tuan Sadiq Sigaraga dan Salleh Kamil memegang watak Penasihat 20 persen!

Orang tidak boleh sahkan yang Allahyarham Ahmad Nisfu itu Tuan Sadiq Sigaraga yang sebenar dan tidak boleh juga mengenali Salleh Kamil sebagai Penasihat 20 persen yang sebenar kerana mereka berdua hanya berlakon dengan memegang watak yang P Ramlee amanahkan. Selesai filem itu maka kembalilah mereka itu menjadi Ahmad Nisfu dan Salleh Kamil! Maknanya mereka hanya melakonkan watak-watak tersebut!

Rupa-rupanya Ustaz Suhaimi yang boleh dianggap antara penganalisis terbaik filem-filem allahyarham P Ramlee telah menarik perhatian kita bahawa Tuan Sadiq Sigaraga yang tamak dan Penasihat 20 persen yang sebenar, benar-benar wujud hari ini. 

Kalau selama ini kita hanya mengenali Tuan Sadiq Sigaraga dan Penasihat 20 persen sebagai watak-watak dalam filem namun pada hari ini, setelah 48 tahun filem itu dibikin, ada sunggguh Tuan Sadiq Sigaraga dan Penasihat 20 persen yang penipu itu! A'ah la Ustaz, hebat ihasil seni Allahyarham P Ramlee ni!

Kerana kehebatan dan pandangan jauh fikiran kritis Allahyarham P Ramlee itu, maka hari ini semua orang kenal sungguh Tuan Sadiq Sigaraga yang tamak dan dan Penasihat 20 persen bapak penipu, yang sebenarnya! Terima kasih Ustaz Suhaimi....kalau yang itu, kami dah kenal dahh...dah lamooo dahh!!!


Umno semakin dibenci anak muda selepas Himpunan Jutaan Belia



Kerana Himpunan Jutaan Belia, anak muda bakal ‘mengamuk’dan Umno bakal terpelesok dalam semak! Anak muda  bakal pemimpin negara sangat bencikan maksiat di mana-mana termasuk di himpunan jutaan belia yang direstui para pemimpin negara. Anak muda hebat bakal pengganti generasi tua, bencikan budaya hedonisme di himpunan jutaan belia yang dijadikan ‘juadah’ buat mereka. Dan anak muda berjati diri, sudah mula bencikan Umno/Bn kerana himpunan jutaan belia, padan muka!

Berita dipetik:

Post Mortem Himpunan Jutaan belia 2012
Aminuddin Ismail

Rata-rata pihak menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap bersahaja kerajaan Malaysia menghalal raikan konsert artis-artis K-Pop dan Jepun ke Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Saya tidak mahu bercakap terlalu panjang. Bukan tampil membuat kenyataan rasmi bantahan wakil Ma’ruf Club. Secara dasarnya, kami pasukan penggerak Amar Ma’ruf Nahi Munkar memang bencikan sikap bersahaja pihak penganjur merelakan budaya hedonisme kurang sihat ini, lebih-lebih lagi apabila memfokuskannya kepada kami anak muda harapan negara.

YA, MEMANG KAMI BANTAH HIMPUNAN BELIA NEGARA!

Tidak dinafikan memang banyak aktiviti yang bermanfaat dalam Himpunan Belia Negara, contohnya pengisian kerohanian, booth-booth kerjaya dan pengajian tinggi, jambori, kolokium, ceramah motivasi, pertandingan-pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Sempat juga beberapa sahabat saya berkunjung ke sana, mereka kongsikan pengalaman melawat mega karnival. Saya tidak pergi, saya mengambil pendekatan menjauhi perkara yang lebih besar keburukan berbanding kebaikan.

Benarkah keburukan lebih besar berbanding kebaikan?

Mudah sahaja. Anda tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti kerohanian dan pendidikan digembar-gemburkan dan menjadi main highlight dalam promosi Himpunan Belia Negara? Berapa banyak peruntukan diberikan untuk tujuan-tujuan tersebut? Apakah relevannya mencampur-adukkan pentas dengan persembahan nasyid pada siangnya, dan persembahan maksiat pada malamnya? Berapa banyak aktiviti pendidikan dan kerohanian yang dikunjungi Perdana Menteri dan diwar-warkan di media?

Saya nak tanya sendiri kepada pihak penganjur. Apa jenis belia yang anda mahu hasilkan manifestasi daripada Himpunan Jutaan Belia tahun ini? Belia sekularkah? Belia harapan negarakah?

Maaf pihak penganjur, kami bukan bermaksud apa-apa. Jujurnya, anda telah merosakkan anak muda. Orang ramai memandang serong kepada anak muda. Kata mereka, “Agaknya tiada masalah kalau anak muda hari ini siangnya diisi dengan motivasi, nasyid dan kerohanian, malamnya diisi dengan maksiat dan persembahan artis separa telanjang. Begini ialah model pemimpin negara akan datang.”

Habis busuk nama Islam! Habis busuk nama anak muda Malaysia! Kononnya Islam agama rasmi Persekutuan. Kononnya Kepercayaan kepada Tuhan, kononnya keluhuran perlembagaan, kononnya kedaulatan undang-undang, kononnya kesopanan dan kesusilaan menjadi intipati Rukunegara yang disanjung-sanjung. Mana perginya keunikan identiti Malaysia yang disanjung-sanjung seluruh dunia hari ini? Habis sepah dibuang dan dicampak-campakkan oleh pemimpin negara Malaysia sendiri!

Ya kami memang marah dan benci! Kami sangat sayangkan kerajaan kami, hanya cuma kami cukup marah dan benci dengan sikap kerajaan yang tidak pernah sayangkan kami.

Saya nak nasihatkan kepada pihak kerajaan yang menganjur, lain kali kalau nak anjurkan Himpunan Belia Negara, bawa-bawalah berbincang dengan kami anak muda. Bawa-bawalah berbincang dengan kami mahasiswa. Kami lebih memahami jiwa anak muda, kami lebih kreatif, kami lebih tahu bagaimana nak corakkan generasi pemimpin negara suatu masa nanti.

Jangan salahkan kami kalau anda ‘hilang kuasa’ di Putrajaya ‘suatu hari’ nanti.

Jangan salahkan kami kalau Tuhan timpakan malapetaka terhadap dosa-dosa anda. Naudzubillahi min zalik.

Kami terus mendoakan...Amin.

Penulis ialah Presiden Ma'ruf Club IIUM

Sumber berita:harakahdaily

Apa?Tanah Rezab Melayu bakal lenyap? Yahudi akan telan FGVH?



Ini jelas merupakan antara perancangan perniagaan ‘haramjadah’ (meminjam lafaz PM Najib kepada peneroka Felda) UBN di bawah pemerintahan Najib Rosmah. Pemerintahan ini sudah tidak kira apa lagi, selagi boleh dibuat, mereka akan melakukan apa sahaja asalkan kekal menjadi pemerintah.

Di himpunan apa yang dipanggil ‘himpunan sejuta belia’ tarian seksi dipersembahkan demi undi anak-anak muda. Anak-anak muda yang hilang pegangan dan pedoman akan lebih mudah untuk ‘diperlembukan’ berbanding anak-anak muda yang punyai jati diri dan prinsip hidup.

Kini peneroka Felda pun mahu diperlembukan. Masalahnya apakah para peneroka rela diperlembukan atau tidak? Jika rela maka para peneroka akan sah menjadi lebai malang sedikit masa lagi, menang sorak kampung tergadai! 

Seluruh generasi Felda tak kira muda mahu pun tua, wanita mahupun lelaki, pondan mahupun khunsa perlu menolak UBN dalam PRU ke 13 untuk memastikan warisan Tun Abdul Razak kepada mereka tidak digadai oleh anak Tun Razak sendiri! 

Anak-anak muda Felda wajar pulang ke Felda-felda di mana mereka berkampung untuk terangkan kepada makcik pakcik mereka, ibu ayah mereka akan kesan parah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang dilakukan oleh Isa  Samad dan Najib Rosmah yang bakal menjahanamkan harta anugerah istimewa kepada bangsa Melayu selama ini. 

Pelbagai cukong dan kapitalis termasuk syarikat Yahudi bakal ‘menyembelih’ FGVH dan Felda bila-bila masa selagi peneroka Felda terus lena dan selesa dengan apa yang berlaku, bagai ayam daging menunggu esok pagi!

Felda, FGVH dan Tanah Rezab Melayu bakal menjadi seperti Bank Bumiputra, Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang telah hilang entah ke mana kerana angkara Umno yang bodoh, dah lah bodoh, sombong pulak!

Berita dipetik:

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

Harakahdaily 28 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.


 (Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis)

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.


Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.


"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.


Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.


"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.


Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
 
"Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?


"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.


PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.


"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

 

Monday, May 28, 2012

Motivasi penting dari Tengku Aziz buat pemimpin Pakatan Rakyat

Betul atau tidak dakwaan Tengku Aziz ini adalah tidak penting. Yang penting kata-kata Tengku Aziz itu harus dijadikan motivasi penting kepada para pemimpin Pakatan Rakyat dalam menguasai pemerintahan Malaysia secara demokrasi melalui pilihan raya adil dan bersih di PRU ke 13 nanti.

Memantapkan perancangan, kecilkan jurang perbezaan, elakkan kontraversi, utamakan perbincangan dalaman, elak keluar kenyataan sensasi, utama yang lebih utama dan penting, fokus PRU ke 13 adalah antara pra-syarat utama ke arah membawa rakyat memiliki Malaysia baru! 

Berita dipetik:


Isnin Mei 28, 2012 

Pakatan Rakyat Sukar Perintah Negara – Tunku Aziz 

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berpendapat bahawa adalah sesuatu yang sukar bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negara ini sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya sekalipun.

Ini kerana, katanya, parti-parti pembangkang masing-masing masih belum mendapat kata sepakat mengenai ‘kabinet bayangan’ mereka nanti.

“Apakah jawatan yang ingin diberikan kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Dan apa yang akan jadi kepada negara ini?

“Dan kemudiannya masing-masing akan berkelahi sesama sendiri. Berapa jawatan dalam kabinet akan diberikan kepada parti ini dan berapa untuk parti itu,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, Isnin.

Ketika ditanya adakah PR tidak sesuai untuk memerintah negara ini, Tunku Abdul Aziz menjawab: “Saya tidak berkata begitu. Apa yang saya kata, ia adalah sukar.”

Beliau berkata, pentadbiran itu bukan sesuatu yang mudah kerana memerintah Malaysia merupakan satu perniagaan yang kompleks.

“Pakatan Rakyat perlu menyelesaikan perkara-perkara darii kalangan mereka terlebih dahulu sebelum menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kabinet bayangan akan dipersoalkan. Anda (Pakatan Rakyat) tidak boleh terus pergi ke Putrajaya tetapi anda tidak tahu siapa dan apa yang akan dilakukan,” katanya.

Mengenai kontroversi jawatan perdana menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pelantikan perdana menteri di kalangan bukan Islam tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa negara perlu melihat realiti politik di negara ini berdasarkan kelaziman dan amalan tradisi.

“Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang yang beragama Islam dan menteri yang pertama yang diberikan tugasan dan fungsi perlu selaras dengan agama (Baginda).

“Pelantikan (Perdana Menteri) boleh di kalangan mereka yang berbangsa Cina atau India tetapi yang beragama Islam,” katanya lagi.

Sumber:mstar.com.my

Najib hanya pandai merapu, berdebat yelle'k!

Najib Razak terus merapu dan merepek! Konon demonstrasi (sudah tentu yang dimaksudnya himpunan aman Bersih 3.0) 'baling pasir dalam periuk nasi' penjaja! Dari kenyataan Najib itu jelas memperlihatkan bahawa beliau bukanlah seorang yang cekap dalam bidang ekonomi dan perniagaan. 

Ada ke baling pasir dalam periuk nasi, dalam keadaan ratus ribu manusia yang berhimpun AMAN, yang dahaga dan yang lapar nak beli minuman dan makanan dikatakan baling pasir dalam periuk nasi! Punyalah bengap!

Yang sebenarnya baling pasir dalam periuk nasi peniaga bukan demonstran tetapi yang pakai seragam biru tu, yang kejar orang itu, yang belasah orang ini,  yang pancut air gas, tembak gas, yang itu yang sebenarnya baling pasir dalam periuk nasi penjaja dan peniaga!

Tak kan lah beratus penjaja di Chow Kit tergamak jadi ahli parti yang turut serta dalam demonstrasi yang Najib kata 'baling pasir dalam periuk nasi' mereka! Mereka tak sebodoh para pemimpin UBN dan taukeh ikan bakar sekinchan!

Yang sebenar-benarnya 'baling pasir dalam periuk nasi' ialah yang diterima oleh rakyat Kelantan hari ini iaitu tidak diberikan hak royalti minyak!! Ha...kan!!!

So jangan merapu wal merepek, Najib! Lebih baik banyak diam kerana bila bersuara orang tahu Najib tak pandai ekonomi dan perniagaan tulen serta takut berdebat!

Berita dipetik:

Najib: Demonstrasi ‘baling pasir dalam periuk nasi’ penjaja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar golongan yang mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara sebagai "membaling pasir dalam periuk nasi" penjaja dan peniaga kecil.

Walaupun beliau tidak merujuk secara khusus kepada perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan hujung bulan lalu, Najib dipercayai merujuk kepada gabungan NGO tersebut yang didakwanya menyebabkan penjaja mengalami kerugian sehingga "jutaan ringgit."

"Siapa yang membaling pasir dalam periuk nasi tuan-tuan. Jawab... Tidak kisah (nasib) penjaja, peniaga merana.

"Sudahlah hujan tak boleh berniaga, beli mi, sayur, tak kira ratusan biji telur lagi... Ini angkara yang dibuat oleh manusia... jutaan ringgit rugi kepada penjaja dan peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 8,000 hadirin yang hadir dalam Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka malam ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut tidak akan berlaku jika pihak yang menganjurkan demonstrasi jalanan itu "menerima nasihat" kerajaan untuk mengadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.

"Tetapi jangan ganggu golongan ini. Rakyat seperti ini, yang sepatutnya dibela oleh kita.

"Janganlah kita membaling pasir ke dalam periuk nasi mereka", katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Dalam ucapannya juga, Najib turut menyatakan tindakan peniaga yang berhimpun secara "aman, tertib dan beradab" malam ini sebagai satu isyarat bahawa "kekuatan peniaga kecil dan penjaga tidak dapat disangkal" lagi.

"Isyarat peniaga kecil dan penjaja (malam ini) adalah cukup hebat dan perlu diberi pengiktirafan.

"Kalau kita nak demonstrasi jalan, huru hara boleh atau tidak," katanya sambil diiringi dengan laungan "boleh" oleh pada hadirin.

"Tetapi peniaga kecil dan penjaja tetap menghormati undang-undang. Kita mahu menunjukkan imej baik bahawa kita inginkan keamanan, keharmonian dan berhimpun secara aman," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Perhimpunan malam ini, kata Najib, memberi isyarat jelas bahawa kumpulan tersebut merupakan satu masyarakat penting dalam masyarakat untuk memenuhi kesejahteraan rakyat dan penyumbang ekonomi serta menentukan hala tuju negara.

SPR=Suruhanjaya Perbodohkan Rakyat!



Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui mulut lembek wakil Umno dalam SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sitem pilihan raya mungkin disebabkan “mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan” adalah petunjuk jelas bahawa SPR adalah sebuah badan yang cuba memperbodohkan rakyat.

Apakah Wan Ahmad ingat rakyat bodoh macam dia juga sehingga tidak mampu memahami apa yang mereka lakukan? Apakah ahli Umno dalam SPR itu ingat rakyat terlalu bodoh untuk menilai yang mana telus dan yang mana tidak, yang mana adil dan yang mana tidak? Fikiran Wan Ahmad ini adalah contoh fikiran bangang orang degil yang cuba bertindak secara bodoh sombong demi menjaga kepentingan tuan yang memeliharanya.

Wan Ahmad terus membuktikan bahawa pilihan raya yang kotor  lagi tidak adil di Malaysia ini akan diteruskan sampai bila-bila selagi Umno memerintah. Nampaknya rakyat akan terus kecewa untuk melihatkan PRU ke 13 akan dilaksanakan saksama.

Ulasan Wan Ahmad terhadap minda rakyat, “mereka tidak tahu apa yang mereka katakan” terus meningkatkan hilang keyakinan rakyat kepada SPS ke peringkat 100 peratus bukan lagi 92 peratus!

Maka itu dua ekor pencacai Umno dalam SPR itu perlu terus ‘diajar’ dengan himpunan demi himpunan aman rakyat yang dianggap bodoh oleh mereka berdua. Jika tidak dua ekor itu akan terus  merancang perkara yang tidak bermoral dan berintegriti demi memenangkan Umno/Bn dan terus akan bercakap dan merancang ikut sedap emosi untuk memperbodohkan rakyat.


SPR: Responden mungkin tak tahu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

"Soalan yang diberikan jelas dan menggunakan logik, semua orang akan menjawab mereka mahu dafar pemilih yang bersih, termasuk SPR.

"Saya hairan kenapa masih ada lapan peratus daripada mereka menjawab negatif untuk soalan itu," katanya sinis.

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.