Followers

Saturday, May 26, 2012

Budak ini akan 'dikunyah' naga tua hingga lumat kerana amukannya hari itu sangat mencederakan sang naga tua.....tunggu..tunggu!!

KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....budak kemewe ini ingat bila dia menyembah mohon ampun naga tua peninggalan Mahathir dia akan selamat?
KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....budak kemewe ini ingat bila dia buat muka kemewe keluar air mata, air hingus dia tidak akan menderita?

KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....budak kemewe ini ingat bila dia menyesal mengamukkan naga tua peninggalan Mahathir dia akan terus berada dalam saf kemimpinan di Kampar?

KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....budak kemewe ini ingat bila dia melaungkan hidup umno..hidup umno itu, puak-puak naga tua itu peduli?

KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH...budak kemewe ini ingat bila dia malaungkan hidup umno...hidup umno itu, puak -puak naga tua percaya?

KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH....KAHKAHKAHKAHKAH...budak kemewe ini ingat dia selamat dari pada kena 'makan' dek naga tua kerana amukan dia tempoh hari? 

KAHKAHKAHKAHKAH...KAHKAHKAHKAHKAH....budak kemewe ini telah tidak selamat lagi! Tunggu dan lihat bahwa puak-puak naga tua akan makan lumat budak ini sampai tak bersisa! Tunggu!!!

Perangai bodoh sombong begitu tak payah diarah, KJ!



Khairy Jamaluddin kata, tiada arahan ganggu ceramah Pembangkang kepada UBN!

Untuk makluman KJ, perangai hodoh dan bodoh mengganggu siri ceramah Pakatan Rakyat, tak payah diarah, cukup hanya dengan memberi galakan, rangsangan dan asuhan awal. Apakah galakan dan rangsangan itu?

Dahulu semasa para pelajar Universiti, Occupy Dataran dibelasah oleh samseng-samseng gila babi, Menteri Pengajian Tinggi memberi ulasan seolah-olah padan muka pelajar-pelajar tersebut dan tiada pun tindakan undang-undang diambil terhadap samseng-samseng UBN itu! Inilah galakan, rangsangan dan asuhan UBN!

Apabila demonstran Bersih 3.0 dibelasah polis, katanya Menteri yang jaga polis tahu dan lihat dari puncak kayangan dengan teropong, tapi buat ‘derkk je’, tak keluarkan arahan langsung agar pembelasahan oleh polis diberhentikan! Ini pun satu contoh galakan, rangsangan dan asuhan!

Semasa Bersih 3.0 selesai, yang diriuh-rendahkan akan didakwa  hanya para demonstran yang  bertindak balas sopntan apabila diserang, bukan polis yang menyerang dengan ganas. Bukan rangsangan, galakan dan asuhankah ini?

Orang yang pernah nak tampar Nurul Izzah sewaktu berceramah di Lepar dahulu, adakah diambil peduli oleh Polis?

Kereta Anwar Ibrahim ‘dijahanamkan’ dekat Sembrong dahulu oleh para bajingan yang membawa bendera UBN dan para samseng itu melontar mercun ke arah pentas ceramah ikut atas kepala para polis, adakah diambil tindakan sampai sekarang? Inilah contoh galakan, rangsangan dan asuhan!

Banyak sudah berlaku kes-kes macam di Lembah Pantai tu, namun pengganggu dan para samseng tak pun di tahan polis dan kalau ditahan pun hanya dengan dipanggil ke balai namun tidak pun di dakwa di mahkamah! Ini pun satu galakan, rangsangan dan asuhan kepada para banjingan yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat!

Maka itu sebenarnya wahai KJ, puak-puak bodoh sombong UBN ini tak payah diberi arahan, kerana silibas asuhan United Malays National Organisation (Baru) pimpinan Najib Rosmah ini sebenarnya, sudah terkandung galakan dan rangsangan ke arah menjadi orang kurang akal macam itu! Tamrin Ghafar, orang Umno Asal pun kecewa dan bengang apa dengan perangai tak bertamadun macam itu! 

Orang lain satu dunia sibuk dengan politik kebijaksanaan yang bergerak ke hadapan , Umno/Bn berpolitik akal di kepala lutut yang membawa mereka bergerak ke belakang!

Dipetik dari MK:

KJ: Tiada arahan ganggu ceramah pembangkang

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan arahan mengganggu program ceramah pembangkang.

Mengutuk kejadian yang menyaksikan batu dan botol air dilemparkan ke atas hadirin satu ceramah pembangkang, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, menggesa supaya perbuatan itu dihentikan.

"Keganasan tidak ada tempat dalam politik Malaysia," katanya sambil menegaskan tidak ada arahan seumpama itu (mengganggu ceramah pembangkang).

Khairy menegaskan demikian ketika ditanya sama ada terdapat arahan yang dikeluarkan oleh parti itu untuk mengganggu program ceramah pembangkang.

Beliau juga berkata, pihak polis tidak sepatutnya membenarkan ceramah dua parti lawan diadakan di tempat berhampiran dan juga mesti memastikan keselamatan ahli politik dan para hadirin, tanpa mengira parti mereka.

Ceramah ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menyaksikan  batu, botol air dan telur dilemparkan ke atas hadirin, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di pergelangan tangannya.

Sumber:malaysiakini

Tuesday, May 22, 2012

Nervous betul aku, habislah PAS kali ini1

Timbalan Presiden Parti United Malays National Organisation (Baru) atau PEKEMBER (Baru), Tan Seri Muhyiddin Yasin berkata kalau PAS tak mahu muzakarah dengan Umno, tak apa, tak nak sudah! Katanya United Malays National Organisation (Baru) boleh bermuzakarah dengan NGO-NGO Melayu lain. Katanya kalau campur-campur Umno dan Ngo-Ngo Melayu itu ramai jugak Melayu, Pas bukan mewakili Melayu! 

Ikut engkaulah Muhyiddin, buatlah!

Untuk pengetahuan Muhyidddin, PAS wakil Islam pertama, kedua baru Melayu kerana bagi PAS hanya Islam yang boleh menjamin syurga bukan Melayu!

Rasanya seluruh orang sudah tahu Ngo-Ngo Melayu yang bakal bermuzakarah dengan United Malays National Organisation (Baru) yang akan mengumpula jutaan Melayu itu nanti! Kalau boleh diagak dan dijangkalah, rasanya Ngo-Ngo itu pastinya yang hebat-hebat macam PERKASA, Jalur Tiga, TIBAI, Persatuan Senaman Buntot, Akedemi Undang-undang (kalau sempat wujudlah!), Persatuan Tokeh Pasir yang Baru Mengamuk di Peghok, tokeh ikan bakar yang miskin dan rugi kerana Bersih 3.0 dan mungkin ada ngo baru iaitu NMI (Nasharuddin Mat Isa kalau ianya ngo-lah!). Wah semuanya itu hebat belaka habislah PAS kesepian dan sendirian!

Ha...baru PAS tahu!!!

 

Pemimpin Umno Pulau Pinang baru sedar dari 'mabuk' agaknya?



Setelah 54 tahun ‘melemaskan’ hampir mati, orang Melayu di Pulau  Pinang maka inilah perjuangan Pak Pandir United Malays National Organisation atau PEKEMBER! Menjerit melolong konon nasib orang Melayu Pulau Pinang terpinggir!

Kalau benar terpinggir, siapa yang ajar meminggirkan orang Melayu Pulau Pinang, kalau tidak para pemimpin Umno!

Kalau benar terpinggir, siapa yang benarkan proses peminggiran, kalau tidak para pemimpin Umno!

Kalau benar terpinggir, depan mata siapa selama 54 tahun orang Melayu Pulau Pinang terpinggir, kalau tidak depan mata dan celah kelangkang para pemimpin Umno!

Kalau benar terpinggir, bukan baru empat tahun, dah lama dahh!! Dah 50 tahun wey bangang, orang Melayu Pulau Pinang terpinggir di bawah kuasa Umno/Bn!

Kalau benar harga rumah melambung naik, bukan sahaja di Pulau Pinang wey, tapi di seluruh negara, di negeri-negeri yang diperintah UBN, kerana dasar Umno/Bn yang lebih membela kapitalis kroni!

Semoga seluruh orang Melayu sedar bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang selama ini adalah kerana tangan-tangan para pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab terhadap bangsa sendiri! Itulah hakikatnya!


Nasib Melayu Pulau Pinang

 2012/05/22

ISU penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang kerana tidak mampu menampung kos sara hidup menimbulkan pelbagai reaksi. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangka lebih 80 peratus keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan di negeri itu terpaksa berhijrah menjelang 2020. Prof Ahmad Atory Hussain pula berkata keengganan kerajaan DAP meneruskan dasar subsidi Kerajaan Pusat, menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berpindah. Apa reaksi kerajaan Pulau Pinang?

18,000 pindah bukti DAP laksana dasar pinggirkan Melayu

GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang menyifatkan pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin, mengenai lebih 18,000 orang Melayu negeri ini berhijrah sebagai bukti baru DAP memang berniat mengabaikan golongan itu.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan berkenaan kerana dasar pembangunan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu jelas meminggirkan orang Melayu.

Katanya, sejak empat tahun lalu, harga rumah di Pulau Pinang naik melambung sehingga ada yang berharga antara RM500,000 sehingga jutaan ringgit, sekali gus tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.


"Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas.


"Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran," katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, turut mengakui tiada projek perumahan kos rendah dilaksanakan sepanjang empat tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang.


Katanya, kerajaan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai dasar perumahan untuk menampung golongan berpendapatan rendah menyebabkan golongan itu tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi di bahagian pulau dan Seberang Prai.


“Kerajaan BN dulu menetapkan dasar pemaju perlu membina rumah kos sederhana berharga antara RM45,000 hingga RM72,000 mengikut zon ditetapkan,” katanya.


Sumber: bharian

Monday, May 21, 2012

Harapkan orang lumpuh dan musnah, tiba-tiba dia yang kian lumpuh dan musnah

Begitulah resam dunia. Kalau sibuk dok harapkan orang lumpuh dan musnah, akhirnya tak sedar diri sendiri yang bakal lumpuh dan musnah! Masin mulut mamak maidin yang mahukan Pas lumpuh dan musnah, bakal terkena dan tersumpah kepada Umno parti assabiyyah nombor satu dalam dunia!

Petang tadi Tuan Guru Presiden Pas kata, 'no muzakarah' dengan Umno kecuali dengan NGO tertentu, maka pintu muzakarah main-main Umno itu, yang meniti  di bibir mulut busuk para pemimpin Umno ditutup rapat. Maka dalam diam sambil Umno menyembunyikan muka di bawah ketiak busuknya sendiri, Umno pula yang bakal lumpuh dan musnah...huhuhuuu!!!

Sekarang nampaknya sumpah Mamak Maidin bakal makan diri. Apalah Umno tanpa Pas mahu muzakarah dengannya? Umno kering modal dan isu. Maka Umno hanya menjadi katak yang meraung memanggil hujan, namun hujan tidak kunjung tiba!

Demikianlah Umno! Umno (Tua) dilumpuh dan dimusnahkan oleh pemimpin tua yang bernama Mahathir. Dan kini Umno (Baru) bakal dilumpuhkan oleh kesialan mulut seorang lagi mamak!




Banyak jenis 'gila' dalam Umno rupanya! Ini 'gila' terbaru!



Dalam Umno ini banyak jenis gila! Ada ‘gila’ Ahmad Maslan, ada ‘gila’ Zahira, ada ‘gila’ haramjadah, ada gila lembu dan mungkin ada juga gila babi agaknya! Dan satu lagi jenis gila ialah ‘gila’ Zam Maidin!

Mana tak gilanya, puak dia yang sibuk nak wujudkan konon runding kerjasama dengan Pas, puak dia jugak yang kecoh mengulas itu dan ini pasal muzakarah Umno-PAS! Malah ada juga yang hinggakan seolah-olah bercakap bagi pihak Pas, konon Pas begitu dan begini!  Macam-macam ulasan pandir yang di keluarkan, tak perlu syaratlah, tak ikhlaslah, gimik pilihanrayalah, macam-macam! Datang pulak si mamak maidin ni, lumpuh dan musnahkan Pas! Amboi-amboi.....apa? Pas ini parti tunggul kayu ke?

Bila pula dalam Pas berlaku keruntuhan moral? Bila pulak dalam Pas berlaku kekalutan politik ni? Dengar ceritanya mamak maidin ni, orangnya hebat sangat tapi rupanya bebal  erti keruntuhan moral dan kekalutan politik! Ada pulak, waktu orang-orang yang sedar,  insaf dan prihatin berbondong-bondong menyertai Pas, Pas runtuh moral! Mabuk apa dia ni?

Wey mamak, yang maknanya runtuh moral ialah bagi duit suruh ternak lembu buat joli anak beranak.  Beli kapal selam, makan komisyen sampai mati budak Monggolia! Duduk hotel mahal, bershopping sakan macam orang gila, guna duit rakyat! Berjumpa hujung minggu bagi duit beratus ribu rm pada perempuan! Membiarkan daftar pemilih SPR penuh dengan pengundi laknat dan haramjadah! Itu semua barulah betul dikatakan keruntuhan moral dan kekalutan politik wey!!

Memang gila, adake perpaduan Melayu hanya wujud jika hapuskan Pas! Apa, majoriti ahli Pas bukan orang Melayu? Ahli Umno semua Melayu ke? 

Sesungguhnya, perangai Zainuddin Maidin ini adalah contoh terbaik seorang yang sedang mengalami keruntuhan moral dan kekalutan minda politik daripada parti yang runtuh moral dan kalut politik, United Malays National Organisation (Baru) atau PEKEMBER (Cheh... tak elok lalu bunyinya!)!

Zam cadang lumpuh dan musnahkan PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan.

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan  Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."


Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.


Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.


Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.


Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.


Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.


Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.


Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sunday, May 20, 2012

Nasib media pembodoh!

Media pembodoh bukan pembaca lari, tapi pembaca sepak teghuih atau buat alas mangkuk tingkat waktu berkelah kat pantai ja! Lebih tenteram jiwa, buat alaih pungguk sambil melihat laut! 

Jadinya, Sinar Harian pun kena ambik pelajaran tu semua, jangan cakap ja deghaih ok!



Media: Pembodohkan, pembaca akan lari

Salmiyah Harun

KAJANG: Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali (gambar)  berkata, biarlah pembaca yang menentukan sama ada mahu kekal dengan akhbar arus perdana atau pun beralih kepada akhbar lain.

Katanya, para pengamal media tidak perlu memeningkan kepala dengan istilah akhbar arus perdana kerana para pembaca hari ini dilihat semakin bijak mendapatkan maklumat.


"Soal akhbar arus perdana, tak payah peningkan kepala. Kalau akhbar itu memperbodohkan, pembaca akan beralih kepada akhbar lain. Banyak pilihan," katanya.


Yang penting katanya, perjuangan para pengamal media adalah menjadikan media berkredibiliti dan tidak perlu bimbang dengan media arus perdana ini.


Beliau juga bersetuju, kewujudan media baru menjadi sumber kepada pembaca sekali gus dapat membantu pembaca untuk menilai dan membandingkan laporan media arus perdana.


"Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Memperbodohkan masyarakat, kita bersedia menolak semua yang bodoh, kita akan terselamat dan keluar dari kebodohan," katanya dihadapan kira-kira 100 hadirin yang hadir di Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan anjuran Abim.


Terdahulu, dalam sesi pembentangan, Jalil Ali tidak menolak kecenderungan pembaca memilih suratkhbar bertambah kurang kerana kewujudan media sosial yang dilihat lebih cepat.


Beliau yang mempunyai pengalaman luas menguruskan akhbar arus perdana juga mengakui etika kewartawanan yang diperjuangkan selama ini tidak diterima editor akhbar arus perdana.


"Malah mereka lari dari etika semata-mata mahu selamat. Kadang-kadang saya dapati editor takut untuk menyiarkan sesuatu. Silap-silap kena dipanggil," katanya.


Akhirnya, kata beliau pembaca yang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh media lain sama ada 'Facebook', 'twitter' atau blog-blog.

Sumber:harakahdaily