Kalau dikatakan orang, Umno/Bn ini
semakin gagal mengawal pemikiran , percakapan dan tingkahlaku yang sering meracau-racau,
itu adalah fakta yang semakin jelas dari hari ke sehari. Semuanya itu rasanya
adalah disebabkan kerana usia tuanya yang banyak penyakit dan kurang amalan
kerohanian. Orang yang sering menderita penyakit dalam keadaan usia tua
kadang-kadang berkelakuan agak anih dan pelik tambah pula kalau orang tua itu
tak ingat Tuhan. Begitulah Umno!
Segala pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan dan tingkahlaku tak
senonohnya mahu digantinya. Islam pada nama PAS nak dibuangnya! Bersih yang
menggalakkan Bersih nak dikotornya! Peneroka yang tidak bersetuju dengannya
diharamjadahkannya dan mahu dihalaunya macam Felda itu harta ba....aaaaa!!!!! Majlis
Peguam yang tidak bersetuju dengannya nak digantinya jugak. Begitulah rupanya
wajah Umno (baru) yang hakikatnya masih setahun jagung namun kepingin usia tua
renta!
Majlis Peguam yang tidak sependapat dengan Umno mengenai Bersih 3.0, mahu
diganti dengan apa yang dipanggil Akademi Undang-undang. Nampaknya Umno memang
suka nama akademi. Segalanya nak diberi nama akademi! Akademi Undang-undang,
Akademi Fantasia!
Umno yang amat tidak bersetuju
dengan Pakatan Rakyat, nanti rasanya Umno akan tubuhkan pula Akademi Rakyat yang
terdiri daripada Jati, Perkasa, puak-puak
tonggeng buntot , TIBAI dan Cibai yang kerjanya menjilat Umno setiap hari, jangan
tak jilat!!
Kalau kita kata Umno ini mabuk, mungkin dia marah, tapi cara dia bercakap
itu merapunya macam orang mabuk! Awak mahukan orang bersetuju dengan awak buatlah
perangai elok-elok bukan perangai macam haramjadah haprak. Kawal segalanya,
RTM, Media, SPR, PDRM, SPRM, JPN dan
segala macam hantu raya dan jerangkong, lepas itu, orang tak bersetuju dengan
awak, ganti! Berapa kali mahu ganti daaa!!!
Sebenarnya awak, wahai Umno yang akan kami ganti tau!!!

